X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Elfira Loy Menggigil Lihat Anak Terhantuk Sampai Benjol Kebiruan, Ini Parents Boleh Buat Bila Anak Terjatuh

19 Jun, 2020
Elfira Loy Menggigil Lihat Anak Terhantuk Sampai Benjol Kebiruan, Ini Parents Boleh Buat Bila Anak Terjatuh

Lagi risau bila anak kecil jatuh dan terhantuk di bahagian sensitif seperti kepala. Jatuh memang biasa tetapi jika di kepala ia perlu diawasi juga ya!

Bagai nak terkeluar jantung! Pasti itu yang ibu bapa rasa bila anak kecil jatuh tidak kira dari tempat tinggi atau sebaliknya.

Lagi risau bila terhantuk di bahagian sensitif seperti kepala. Walaupun diakui, kecederaan sepanjang mereka membesar adalah perkara biasa dalam fasa meneroka perkembangan diri tetapi awasi juga keadaan mereka ya ibu!

Ibu muda yang juga artis terkenal, Elfira Loy berkongsi kesedihannya kerana kepala bayi kesayangannya benjol selepas terjatuh ke dalam laci baju! 

Dia tidak memaafkan dirinya kerana menganggap kecuaian itu datang darinya sendiri. Sabar ya Elfira. 

Dalam pada itu, Elfira turut mengingatkan kepada ibu bapa diluar sana supaya terus ke hospital sekiranya anak mereka muntah selepas terjatuh.

Anak kecil jatuh kepala terhantuk? Apa yang perlu ibu lakukan?

Anak kecil jatuh

Kredit foto: rotikaya

Kepala adalah bahagian paling sensitif yang perlu diberi perhatian jika anak anda jatuh. 

Jangan mudah memandang remeh kerana yang biasa pada pandangan mata kita, tidak semestinya biasa pada bayi kecil.

Tapi jangan terlalu panik sehingga ibu atau bapa tidak boleh rasional. Cuba relaks dan periksa perkara ini. 

Panduan ini dikongsikan isteri kepada angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Dr. Halina Mohd Yunos kepada ibu bapa apabila berdepan situasi anak terjatuh.

Ini selepas anak beliau sendiri pernah terjatuh dari kaunter dapur sebelum ini.

#1. Periksa tahap kesedaran mereka. Adakah mereka menangis atau pun tidak? Jika menangis itu sesuatu yang bagus kerana bayi anda sedar.

#2. Periksa sistem pernafasan mereka. Adakah mereka bernafas dengan betul atau sesak?

#3. Lihat kepala mereka untuk kesan benjol. Jika terdapat benjol pada bahagian kepala letakkan air batu untuk mengecutkan benjol dari terus membesar.

#4. Pastikan kaki dan tangan mereka boleh bergerak seperti biasa. Jika anak menangis tidak henti dan nampak sakit, bawalah segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

#5. Pada waktu yang sama periksa anak anda untuk melihat jika mereka muntah ataupun tidak? 

Muntah adalah petanda yang tidak baik untuk bayi yang jatuh bahagian kepala dahulu. Biasanya doktor menyarankan untuk memantau selama 6 hingga 24 jam. Jika mereka muntah baik terus rujuk kepada doktor.

Pastikan anda mempunyai maklumat yang tepat apabila anda merujuk doktor seperti tarikh bayi jatuh katil, waktu atau tempoh, ketinggian katil, dan simptom awal.

Sesetengah ibu bapa hanya akan membawa anak berjumpa doktor pada hari berikutnya kerana mungkin tiba-tiba bayi menunjukkan tanda yang merisaukan.

Jadi, maklumat ini amat diperlukan supaya doktor dapat menganalisa kejadian dengan lebih tepat. Jangan sesekali anda rahsiakan sebarang maklumat daripada doktor kerana ia hanya akan menyukarkan rawatan.

Tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh 

Anak kecil jatuh

  • Sukar dibangunkan selepas tidur
  • Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga
  • Muntah-muntah
  • Menangis dengan kerap dan nyaring
  • Kekejangan pada wajah
  • Terdapat anggota badan yang tidak boleh digerakkan mereka
  • Pengsan

Cegah sebelum terlambat

Anak kecil jatuh

Siapa yang mahu anak ditimpa kecelakaan? Ia memang bukan perkara yang menggembirakan.  Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?

Stories Rakan Kongsi
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Is Your Child’s Gut Health Causing Tantrums? Here Is What You Need To Know
Is Your Child’s Gut Health Causing Tantrums? Here Is What You Need To Know
The Foundation Of Resilient Children: A Simple Guide To Understanding Pre- And Probiotics
The Foundation Of Resilient Children: A Simple Guide To Understanding Pre- And Probiotics
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know

Dalam apa juga keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa, tempat tinggi atau berisiko tanpa pemantauan. 

Selain berdepan risiko terjatuh dari katil atau tempat tigggi mereka mungkin boleh terhantuk di dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.

Jadi lebih baik cegah sebelum terlambat. Sediakan persekitaran selamat untuk anak kecil anda supaya risiko terjatuh dan terhantuk boleh dikurangkan. 

Apa yang pasti, jika mempunyai anak kecil, sentiasalah beringat. Jangan sekali-kali biarkan bayi anda keseorangan walaupun dengan anak kecil yang lain yang masih tidak faham. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak terhantuk hingga lebam? Periksa tanda ini untuk tahu jika mereka alami gegaran otak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Elfira Loy Menggigil Lihat Anak Terhantuk Sampai Benjol Kebiruan, Ini Parents Boleh Buat Bila Anak Terjatuh
Kongsikan:
  • Bayi Maut Selepas 2 Kali Jatuh Katil, Ibu Ayah TOLONG Alert Keselamatan Anak!

    Bayi Maut Selepas 2 Kali Jatuh Katil, Ibu Ayah TOLONG Alert Keselamatan Anak!

  • Kanak-Kanak & Bayi Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa Mereka

    Kanak-Kanak & Bayi Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa Mereka

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Bayi Maut Selepas 2 Kali Jatuh Katil, Ibu Ayah TOLONG Alert Keselamatan Anak!

    Bayi Maut Selepas 2 Kali Jatuh Katil, Ibu Ayah TOLONG Alert Keselamatan Anak!

  • Kanak-Kanak & Bayi Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa Mereka

    Kanak-Kanak & Bayi Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa Mereka

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.