X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak terhantuk hingga lebam? Periksa tanda ini untuk tahu jika mereka alami gegaran otak

3 min bacaan
Anak terhantuk hingga lebam? Periksa tanda ini untuk tahu jika mereka alami gegaran otak

Jika anak anda terjatuh dan terhantuk kepalanya, penting untuk anda tahu tanda gegaran pada anak agar anak anda tak mengalami kecederaan kekal pada otaknya.

Kalau dah namanya kanak-kanak, memang sentiasa jatuh. Lebih-lebih lagi yang baru belajar berjalan. Tapi kanak-kanak yang lebih tua pun sering jatuh semasa bermain. Benjol di kepala bukanlah sesuatu yang luar biasa, kan?

Biasanya benjol di kepala boleh disembuhkan dengan ciuman atau dituam. Tapi ada benjolan yang lebih serius, lagi-lagi yang boleh menyebabkan gegaran pada anak.

Bila anak jatuh, pasti anda akan google untuk tengok jika anak anda mengalami kecederaan yang serius atau hanya benjol biasa.

Ini jawapannya.

Macam mana nak tahu gegaran pada anak selepas jatuh?

Apa itu gegaran?

Menurut Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika, gegaran biasanya disebabkan oleh hentakan pada kepala, muka, leher atau bahagian lain di badan secara langsung atau tidak langsung dengan tekanan impulsif yang dihantar ke kepala.

gegaran pada anak, benjol kepala, anak jatuh, terhantuk kepala, jatuh tergelincir, anak sakit kepala

Mungkin bunyinya agak menakutkan, tapi anda perlu tahu yang biasanya kesan ini tak berpanjangan atau mengancam nyawa.

Sakit kepala, susah untuk menumpukan perhatian, masalah untuk seimbangkan badan dan koordinasi adalah antara kesan gegaran pada anak.

Simptom gegaran pada anak

Simptom gegaran pada anak biasanya sukar untuk diketahui serta merta. Simptom juga berbeza pada bayi, kanak-kanak dan kanak-kanak yang lebih tua.

Penting untuk anda mengetahui simptom ini dan perhatikan tandanya pada anak anda.

Simptom pada bayi

Oleh sebab bayi tak boleh bercakap untuk beritahu anda yang mereka sakit, anda perlu berhati-hati jika bayi anda terhantuk kepala. Lihat tanda-tanda ini:
  • Cranky
  • Menangis setiap kali menggerakkan kepala
  • Ada benjolan atau lebam
  • Perubahan corak tidur
  • Muntah

gegaran pada anak, benjol kepala, anak jatuh, terhantuk kepala, jatuh tergelincir, anak sakit kepala

Simptom pada kanak-kanak

Berbanding bayi, kanak-kanak lebih bijak dalam memberitahu yang mereka sakit dan di mana mereka sakit. Dengar apabila mereka mengadu tentang sesuatu sebelum ia menjadi serius. Lihat tanda-tanda ini:
  • Perubahan tingkah laku
  • Kurang semangat untuk aktiviti kegemaran seperti bermain mainan
  • Sakit kepala
  • Grumpy
  • Muntah

Simptom pada kanak-kanak yang lebih tua

Simptom pada kanak-kanak yang lebih tua (tiga tahu ke atas) adalah sama dengan kanak-kanak tapi ada beberapa perubahan perangai yang perlu anda perhatikan seperti:
  • Perubahan mood yang ketara
  • Sukar untuk ingat sesuatu
  • Tak boleh menumpukan perhatian
  • Sensitif pada cahaya dan bunyi
  • Masalah pada keseimbangan
  • Pening

Nota: Kanak-kanak yang lebih tua dengan simptom gegaran tak boleh bersukan sehingga pulih.

Rawatan untuk gegaran pada anak

Rawatan terbaik bagi gegaran pada anak adalah dengan berehat yang banyak. Otak memerlukan rehat untuk penyembuhan dan pemulihan.

Ini bermakna, anda perlu meminimakan aktiviti fizikal dan mental. Jadi, hentikan penggunaan elektronik seperti telefon, tablet dan video game.

Tip: Galakkan tidur yang lebih awal dan lama, keadaan sunyi dan tidur tengahari untuk mempercepatkan proses penyembuhan otak.

gegaran pada anak, benjol kepala, anak jatuh, terhantuk kepala, jatuh tergelincir, anak sakit kepala
 

Berjumpa doktor juga adalah tindakan yang baik selepas anak terhantuk dan benjol. Mereka boleh membantu jika anda memerlukan perubatan.

Tak ada ujian yang boleh mendiagnos gegaran, tapi doktor boleh memeriksa dengan lebih lanjut melalui imbasan CT atau MRI untuk memastikan tiada kecederaan dalaman.

Pengetahuan simptom gegaran ini penting untuk mengelakkan risiko kemalangan berulang dan komplikasi jangka panjang yang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak anak anda.

Sementara itu, ini adalah tip bagaimana untuk meminimakan risiko gegaran pada anak.
    • Pakai perlindungan untuk aktiviti luar seperti berbasikal
    • Pakaikan tali pinggang keledar
    • Pastikan rumah selamat dan child-proof

Tip: Gunakan pelindung bucu untuk meja dan kerusi. Pastikan rumah terang dan lantai kering dan bebas dari apa-apa yang boleh menyebabkan anak tergelincir atau jatuh

Harap maklumat ini dapat membantu anda untuk lebih berhati-hati selepas anak jatuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Ditulis oleh Criselle Nunag; diterjemah dengan kebenaran oleh theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-jatuh-katil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Anak terhantuk hingga lebam? Periksa tanda ini untuk tahu jika mereka alami gegaran otak
Kongsikan:
  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham