TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

5 min bacaan
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

Cara bawa pulang bayi baru lahir dari hospita mestilah menggunakan car seat untuk newborn yang direka selamat! Malah cukup memudahkan ibu bapa.

Berbulan-bulan anda membuat perancangan bagi menyambut kedatangan si manja, dan kini tiba masanya untuk membawa dia pulang! Kami kongsi 5 tip untuk anda membawa pulang anak anda di dalam kereta menggunakan car seat untuk newborn dengan selamat.

#1 Jangan sesekali pangku bayi walaupun dalam perjalanan dekat!

Bayi akan terjatuh dengan terjadinya brek mengejut atau lebih bahaya lagi, bayi akan tercampak keluar sekiranya kemalangan berlaku. Jadi, car seat untuk newborn jenis infant carrier adalah dalam senarai semak barangan yang perlu disediakan sebelum bersalin.

#2 Sekiranya menggunakan infant carrier, ambil masa untuk belajar cara pemasangan di dalam kereta sebelum bayi lahir.

Bawa bersama ke wad bersalin sebelum bayi keluar dari hospital. Dengan car seat jenis ini, pastikan bayi di pasangkan di dalam car seat terlebih dahulu sebelum di pasang di dalam kereta. Menguruskan bayi kecil buat pertama kali mungkin menjadi pengalaman yang menakutkan bagi anda, jadi semasa memasang bayi di dalam car seat, gunakan sebanyak masa yang perlu.

Di sini kami kongsikan beberapa panduan untuk diikuti:

  • Pastikan kedudukan harness di bahagian bahu berada di kedudukan yang paling rendah.
  • Longgarkan tali harness dan letakkan di bahagian sisi car seat untuk mengelakkan ia berbelit.
  • Letak bayi di dalam car seat dan pastikan bahagian belakang bayi disokong sepenuhnya di mana tiada ruang di antaranya. (Rujuk Gambar A)
car seat untuk newborn

Gambar A

Ini cara guna car seat untuk newborn dengan:

  • Menarik tali harness ke atas bahu bayi dan letakkan berdekatan dengan leher bayi. Pastikan tali tidak berbelit.
  • Pastikan buckle berada di antara kaki bayi. Cantumkan buckle tongue dan masukkan ke dalam buckle untuk menguncinya. (Rujuk Gambar B)
car seat untuk newborn

Gambar B

Periksa tali di bahagian pinggul (bagi sesetengah model mungkin tiada) tidak bertindih di dalam padding. Tarik tali di bahagian bahu ke atas untuk mengurangkan kelonggaran di bahagian pinggul (Rujuk Gambar D), kemudian tarik tali di bahagian tengah untuk mengetatkan harness. (Rujuk Gambar C).

car seat untuk newborn

Gambar C

Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

Gambar D

Pastikan tali tersebut berdekatan dengan leher bayi. Shoulder pad pula perlu berada di bahagian bahu serta dada dan di bawah dagu bayi. Sekiranya pad berada di belakang bahu bayi, laraskannya ke bawah dada sedikit untuk mendapatkan kekemasan yang betul. (Rujuk Gambar E)

Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

Gambar E

Periksa kekemasan harness dengan memasukkan 2 jari di bawah tulang selangka bayi. Sekiranya anda boleh memutar jari anda ke atas, anda perlu mengetatkan harness sekali lagi. (Rujuk Gambar F)

Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

Gambar F

Bedung bayi dengan memasukkan selimut atau kain lampin di sekeliling bayi SELEPAS bayi selamat di pasang harness. (Rujuk Gambar G)

Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

Gambar G

#3 Sekiranya anda menggunakan convertible car seat, pemasangan di dalam kereta perlu di lakukan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran.

  • Periksa kedudukan harness di bahagian bahu dan pastikan ianya berada di kedudukan paling rendah. Jarak antara slot harness yang paling rendah dan tempat bayi diletakkan di dalam car seat hendaklah tidak lebih dari 21cm. Sekiranya kedudukan harness terlalu tinggi, ini bermakna car seat tersebut tidak sesuai untuk bayi baru lahir. Periksa perkara ini terlebih dahulu sekiranya anda belum membeli car seat lagi!
  • Harness perlu berada sama paras dengan bahu bayi atau ke bawah sedikit.

Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

Joshua, berusia 22 hari buckled in dengan sempurna di dalam Joie i-Snug.

Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

Joshua, berusia 22 hari sangat selesea berada di dalam Joie Tilt.

Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya

Joshua, berusia 22 hari yang sangat sesuai untuk Joie Every Stage.

#4 NOTA PENTING: SEMUA CAR SEAT UNTUK BAYI WAJIB DI PASANG DALAM KEADAAN MENGHADAP BELAKANG ATAU REAR FACING!

  • Selalu rujuk buku panduan manual terlebih dahulu sebelum memasang car seat kerana setiap model adalah berbeza walaupun ianya nampak seakan sama. Sekira perlu, anda juga boleh mencari video pemasangan mengikut jenama car seat pilihan anda di internet!
  • Pemasangan car seat menggunakan tali pinggang keledar kenderaan atau isofix adalah selamat asalkan ianya sesuai dengan kereta dan di pasang dengan betul.
  • Kedudukan tempat duduk belakang bahagian kiri kenderaan adalah posisi yang ideal untuk pemasangan car seat. Ini kerana kedudukan ini merupakan laluan yang selamat untuk meletakkan dan mengeluarkan bayi dari kenderaan.

#5 JANGAN SESEKALI MENGELUARKAN BAYI DARI CAR SEAT SEMASA KERETA BERGERAK. SEKIRANYA PERLU, BERHENTI DI TEMPAT YANG SELAMAT SEBELUM MENGELUARKAN BAYI.

  • Sekiranya perjalanan mengambil masa lebih dari 45 minit, pastikan anda membuat perancangan untuk berhenti beberapa minit untuk mengeluarkan bayi dan periksa pernafasan dan kedudukannya. Dalam masa yang sama, anda juga boleh menyusukan bayi.
  • Selepas menyusukan, pastikan bayi sendawa dan periksa lampin sebelum memasukkan dan dipasangkan harness di dalam car seat semula.
  • Perlu diingatkan, bayi perlu selamat dipasangkan harness terlebih dahulu dan hanya dibedung selepas itu. Dengan membedung ianya boleh membantu menenangkan bayi. Sekiranya bayi merengek, tepuk dada bayi dengan perlahan.
  • Untuk pengetahuan anda, kereta bergerak yang menyebabkan getaran perlahan juga membantu untuk menenangkan bayi. Semasa berada di luar kenderaan, anda juga boleh menggoyangkan infant carrier dengan perlahan di mana ianya juga boleh dijadikan sebagai rocker!
  • Jangan tinggalkan bayi baru lahir di dalam infant carrier lebih dari 45 minit pada satu masa. Jadi sekiranya bayi tidur, pindahkan bayi ke katil semasa anda sampai di rumah supaya bayi boleh sambung tidur dengan selamat!

Semasa sesi fotografi dilakukan, Baby Joshua berumur hanya 22 hari dan mempunyai berat 3.52kg dan tinggi 50cm semasa dilahirkan. Jadi, jutaan terima kasih kepada Baby Joshua kerana menjadi model cilik kami dan memberi kerjasama yang sepenuhnya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Joie Baby Malaysia

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham