TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Tantrum Sampai Usia Berapa? Ini Penjelasan Lengkap Dari Pakar Kanak-Kanak

4 min bacaan
Anak Tantrum Sampai Usia Berapa? Ini Penjelasan Lengkap Dari Pakar Kanak-Kanak

Anak tantrum sampai usia berapa dan apakah perbezaannya dengan meltdown? Ini perkara penting ibu ayah kena tahu

Ibu dan ayah pernahkah alami situasi anak kecil terjerit-jerit berbaring sewaktu di dalam pusat beli-belah, sehingga pelbagai cara dilakukan tetapi tidak berjaya. Justeru anda mungkin tertanya anak tantrum sampai usia berapa dan adakah ia akan hilang sebelum si manja memasuki alam persekolahan?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Keadaan anak tantrum sampai usia berapa?
  • Tantrum vs meltdown
  • Apa perlu ibu ayah buat jika anak meltdown

Keadaan anak tantrum sampai usia berapa?

anak tantrum sampai usia berapa

Berdasarkan penjelasan seorang doktor pakar kanak-kanak, Dr Andreas, tantrum ialah keadaan melibatkan ledakan emosi yang umum terjadi kepada anak sekiranya keinginan mereka tidak dipatuhi.

Jadi bagaimana keadaan anak tantrum ini dan sampai usia berapa mereka menghadapinya?

Menurut beliau, tantrum biasanya terjadi kepada anak yang berusia 1 hingga 3 tahun kerana pada umur ini, mereka masih berdepan kesukaran berkomunikasi serta belum mampu menyampaikan keinginan dengan baik.

Dr Andreas juga menjelaskan, tantrum adalah normal kepada kanak-kanak pada usia tersebut dan apabila di atas usia 3 tahun, anak-anak sudah tidak lagi mengalami tantrum.

Bagaimanapun, beliau menambah, ketika mereka berusia 3 hingga 5 tahun, anak-anak lebih agresif sekiranya mengalami tantrum kerana luapan emosinya sudah berlebihan. Justeru, beliau menasihatkan supaya sebaik-baiknya tantrum dihentikan pada usia 1 hingga 2 tahun kerana jika sebaliknya, ia dapat mendorong kepada masalah gangguan perilaku.

Perbezaan antara tantrum dengan meltdown

anak tantrum sampai usia berapa

Menurut perkongsian oleh seorang wanita pada akaun Twitter Ayong Qiela, pemilik akaun ini menjelaskan perbezaan kanak-kanak menghadapi tantrum dan meltdown. Dia memberitahu maklumat itu diperolehi daripada ibu mentuanya, Puan Wan Roslina Wan Yusoff yang juga seorang Ahli Psikologi Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Berdasarkan perkongsiannya, wanita itu menyebut tantrum dan meltdown adalah dua perkara berbeza.

Tantrum:

  • Secara umumnya terjadi apabila kanak-kanak tersebut mahukan sesuatu tetapi keinginannya tidak diberikan.
  • Kanak-kanak tersebut akan menangis, menendang dan menjerit. Apabila mereka tantrum, memang ibu dan ayah akan membiarkan mereka melepaskan rasa tersebut. Namun sebagai ibu dan ayah, perlu pastikan mereka dalam keadaan selamat.
  • Selepas anak bertenang, bercakaplah dengan baik. Beritahu anak sebab dan alasan kenapa keinginan mereka tidak dipenuhi serta apa yang boleh kita menggantikanya.

Meltdown

  • Tindak balas emosi secara tiba-tiba terhadap deria yang terangsang lebih.
  • Ada tanda yang boleh dilihat apabila APB (Anak Perlukan Bantuan atau lebih dikenali sebagai Special Needs Children). Tanda tersebut ialah rumbling dan stimming.
  • Rumbling boleh dilihat apabila kanak-kanak mula gelisah dengan apa sahaja di tangan atau membuat bunyi yang menunjukkan perasaannya tidak selesa.
  • Stimming ialah kanak-kanak cuba mengatasi keadaan yang tidak selesa dengan melakukan tindakan ‘rangsangan kendiri’ seperti mengepak tangan, menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang dan lain-lain.

Bagaimana meltdown berlaku?

Ia apabila keadaan rangsangan berlebihan berterusan walaupun selepas ‘rangsangan kendiri’ atau stimming.

Bagaimana mengenal pasti meltdown?

Apabila berhadapan dengan keadaan deria terbeban atau sensory overloading, anak akan menjerit, menjatuhkan badan ke lantai, menendang-nendang, menangis dan menunjukkan kelakuan yang agresif.

Apa perlu ibu ayah buat jika anak meltdown

anak tantrum sampai usia berapa

1- Ibu ayah kenal pasti sensory sensitivity yang menyebabkan anak boleh trigger. Cuba elakkan atau siap sediakan anak dengan situasi berikut iaitu dengan kerap bercerita apa yang akan terjadi.

2- Sentiasa bawa barang, permainan dan makanan kesukaan anak-anak.

3- Sentiasa bercerita tentang perubahan jadual yang akan berubah sedikit, terutamanya ketika hari raya.

4- Bila anak-anak mula menunjukkan sensory overload iaitu dengan rumbling atau stimming, bawa anak ke tempat lain serta biarkan mereka bertenang.

5- Cuba ajar anak untuk luahkan apa yang menyebabkan ketidakselesaan pada diri mereka.

6- Acknowledge perasaan anak-anak dan beri sokongan apa yang dia rasa.

Selain itu, ibu dan ayah juga ubah strategi untuk menguruskan anak-anak yang meltdown.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada ibu dan ayah tentang tantrum dan meltdown. 

Makuku, Twitter Ayong Qiela

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga: Bukan Mudah Menangani Anak Tantrum, Perlukah Ibu Biarkan Saja Anak Mengamuk & Menangis?

Baca juga: Stres Bila Anak TANTRUM, MERAGAM Di Luar? Doktor Ini Kongsi Seni Alihkan Perhatian Anak!

Baca juga: Kalau Anak Tantrum, Jangan Terus Pujuk! Buat Kiraan Ini, Confirm Lama-Lama Dia Behave!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Tantrum Sampai Usia Berapa? Ini Penjelasan Lengkap Dari Pakar Kanak-Kanak
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham