X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kerana Terpaksa Duduk Dalam Rumah, Anak Autisme Mula Tantrum Dan Meltdown

4 min bacaan
Kerana Terpaksa Duduk Dalam Rumah, Anak Autisme Mula Tantrum Dan Meltdown

Bukan mudah berhadapan anak-anak autistik ketika tempoh PKP. Namun, terdapat beberapa terapi autisme yang boleh ibu ayah lakukan dalam melayan mereka

Bagi ibu ayah yang dianugerahkan anak kelainan upaya, jangan cepat berputus asa dalam menghadapi tempoh kawalan pergerakan. Beberapa terapi autisme yang betul boleh dilakukan di rumah bagi mengurangkan masalah tingkah laku mereka.

Terapi autisme dapat membantu mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan seperti mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. 

Terapi autisme ketika tempoh PKP

terapi autisme ketika pkp

foto: The Joint Chiropractic

Memandangkan seluruh rakyat dalam negara Malaysia diarahkan untuk mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak-anak autistik pastinya berhadapan dengan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan rutin seharian.

Menurut Pengerusi Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom), Feilina Faisol berkata, anak-anak istimewa ini tidak mampu untuk diam di rumah buat jangka masa yang panjang.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas daripada kumpulan sokongan ibu ayah, anak-anak ini menunjukkan gejala tantrum dua kali ganda berbanding sebelum ini sejak PKP bermula 18 Mac lalu.

“Mereka tidak faham mengapa perlu berada di rumah. Bagi yang terbiasa ke sekolah, mereka akan mula berasa sedikit tertekan kerana terpaksa duduk di rumah sedangkan waktu siang anak-anak berada dalam kelas atau aktiviti luar,”

”Anak-anak yang menghidap masalah autisme sebenarnya mempunyai jadual harian dan rutin lebih ketat. Penangguhan aktiviti seperti hari biasa pastinya mendatangkan kekacauan dalam dunia mereka,” kongsinya.

Tambah Felina, tidak melakukan sebarang aktiviti di rumah bersama anak-anak autistik ini sebenarnya mendatangkan gangguan pemikiran yang besar.

”Mereka akan mula berkelakuan ganas seperti tantrum, meltdown, merosakkan perabot, mendatangkan kecederaan diri sendiri dengan menggigit, memukul kepala di dinding rumah,” ujarnya.

Kongsi pengalaman Feilina dalam membesarkan kanak-kanak autisme, anak lelaki kesayangannya turut menunjukkan simptom tekanan dan penderitaan ketika berada di dalam rumah sejak dua minggu yang lalu.

“Anak saya telah mengamuk hampir tiga kali seminggu berbanding sebelum ini hanya sekali sahaja untuk tempoh dua minggu kerana mahu melakukan rutin kebiasaannya seperti pergi ke pusat vokasional Nasom atau keluar bersiar-siar,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, segelintir ibu ayah terpaksa akur akan arahan kawalan pergerakan yang turut menganggu sesi rawatan harian untuk kanak-kanak autistik.

“Kebanyakan kanak-kanak autistik mempunyai sesi terapi mingguan tetapi semua sesi terapi di sekolah telah dibatalkan dan ditutup. Hanya sesi terapi di hospital sahaja boleh diteruskan. Akan tetapi, sejak fasa kedua Covid-19 ini, sesi terapi autisme secara berkumpulan tidak lagi dibenarkan,” kongsi Feilina.

Jenis tantrum yang perlu diketahui

terapi austime ketika covid-19

foto: shutterstock

Menurut Perunding Kanan Pendidikan & Keibubapaan Ikhwah Training & Resources, Nur Firdaus Abdul Razak, anak kecil yang mengamuk adalah sesuatu yang boleh dianggap normal dalam perkembangan awal mereka.

Terdapat dua jenis tantrum iaitu ‘Temper Tantrum’ (TT) apabila anak tertekan kerana tidak dapat meluahkan apa yang dirasai dan ‘Sensory Meltdown’ (SM) iaitu anak mula tertekan kerana persekitaran yang melampau.

Temper Tantrum adalah satu bentuk luahan perasaan kanak-kanak apabila berasa sangat tertekan semasa berdepan dengan keadaan tertentu.

Ia adalah satu ledakan emosi yang boleh diterjemahkan dalam pelbagai cara termasuk menjerit, berguling-guling, menendang-nendang, menghempas-hempas diri dan menahan nafas (dengan nafas berdengus).

Menurut Nur Firdaus, ia berlaku kerana keinginan yang tidak dipenuhi. Potensi untuk Temper Tantrum berlaku lebih tinggi sekiranya anak-anak dalam kelaparan dan keletihan.

Manakala, Sensory Meltdown adalah ledakan emosi seorang kanak-kanak yang sangat tertekan dengan keadaan yang sedang dihadapinya.

“Bentuk luahannya mungkin berbeza sedikit dengan Temper Tantrum kerana anak-anak akan meluahkannya melalui tingkah laku agresif atau bukan agresif seperti melarikan diri, menekup muka atau berdiam diri.

Aktiviti untuk anak autisme ketika Covid-19

terapi autisme ketika coronavirus

Terdapat pelbagai tips di laman-laman web antarabangsa seperti Autism Speaks, Autism Society dan National Autism Society tentang cara menghadapi tingkah-laku anak-anak autisme menghadapi melalui tempoh PKP. Antaranya ialah:

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
  • Meneruskan jadual pelajaran di sekolah seperti belajar Matematik, Sains, melukis, menyanyi.
  • Meningkatkan aktiviti fizikal seperti bermain badminton, piano atau bola keranjang.
  • Memberi kemahiran hidup seperti membasuh piring, membasuh baju, memotong sayur atau mengemas tempat tidur.
  • Membaca dan menulis cerita berkaitan PKP dan Covid-19.
  • Perbanyakkan aktiviti keluarga (family-based) seperti permainan Snake and Ladder, Monopoly dan Happy Families.
  • Sediakan jadual aktiviti untuk seminggu dan ulangi aktiviti ini.

Sumber: Free Malaysia Today, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kerana Terpaksa Duduk Dalam Rumah, Anak Autisme Mula Tantrum Dan Meltdown

Baca juga:

https://my.theasianparent.compeperiksaan-sekolah

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kerana Terpaksa Duduk Dalam Rumah, Anak Autisme Mula Tantrum Dan Meltdown
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham