X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cuti Kuarantin Menjaga Anak Sakit/ Dijangkiti Penyakit, Penjawat Awam Diberi Kemudahan 5 Hari

4 min bacaan
Cuti Kuarantin Menjaga Anak Sakit/ Dijangkiti Penyakit, Penjawat Awam Diberi Kemudahan 5 Hari

Cuti kuarantin menjaga anak yang sakit adalah kemudahan yang diberikan untuk ibu ayah bekerja memandangkan anda tidak boleh hantar ke taska

Bagi mereka yang bekerja pastinya akan menghantar anak-anak ke taska atau pusat jagaan. Namun sekiranya si manja tidak sihat, ibu ayah yang menjadi penjawat awam diberikan kemudahan cuti kuarantin menjaga anak di rumah.

Apabila anak jatuh sakit, mereka cenderung untuk meragam dan ingin sentiasa bersama dengan ibu. Bukan itu sahaja anda juga perlu lebih bertanggungjawab dan kuarantinkan anak di rumah bagi mengelakkan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak yang lain di pusat jagaan.

Cuti kuarantin menjaga anak sakit

Bermula 4 Mac 2022, cuti menjaga anak sakit mula dikuatkuasakan bagi ibu ayah yang bekerja dalam sektor kerajaan.

Jika si kecil dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19, anda layak mendapat Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan.

cuti menjaga anak kuarantin

Sebelum ini hanya ada 6 penyakit berjangkit yang tersenarai untuk kemudahan cuti kuarantin menjaga anak, namun kini terdapat 1 penambahan iaitu “lain-lain penyakit berjangkit”.

Antara penyakit yang membolehkan anda ambil cuti menjaga anak kuarantin adalah:

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HFMDI))
  2. Demam denggi dan demam denggi berdarah
  3. Campak (Measles)
  4. Chickenpox
  5. Difteria
  6. Malaria
  7. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta (Contoh: Influenza A / B)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah memaklumkan pegawai kerajaan boleh mendapatkan cuti maksimum selama 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta ; atau mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Bagi anda yang memerlukan tempoh tambahan, boleh memohon Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas atau cuti lain yang berkelayakan.

Selain itu apabila keadaan ibu atau ayah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR).

cuti kuarantin menjaga anak

Pegawai yang layak Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah kepada kanak-kanak tersebut.

Syarat anak yang dikuarantin

  1. Berusia bawah 18 tahun atau jika masih belajar bawah 21 tahun; dan tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
  2. Terhad kepada maksimum lima (5) hari cuti menjaga anak kuarantin bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

Bagaimana jika doktor tidak memperakukan penyakit berjangkit anak?

cuti kuarantin anak sakit

Sekiranya anak menghidap penyakit berjangkit tetapi tidak diperaku tempoh kuarantin atau diasingkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta, anda tidak layak menggunakan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan.

Manakala bagi anak yang disahkan positif Covid-19 dan mendapat perakuan tempoh kuarantin atau diasingkan, anda boleh:

(i) Menggunakan kemudahan cuti kuarantin menjaga anak covid ini sekiranya situasi anak yang dijangkiti Covid-19 memerlukan penjagaan dan pemerhatian rapi, pemantauan kesihatan yang ketat dan penyediaan makan minum; atau

(ii) Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan ibu ayah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepertimana peruntukan MyPPSM Ceraian SR.4.1.2 (Dasar BDR) apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah.

Walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan bahawa kemudahan cuti menjaga anak yang diisolasi atau memerlukan pengasingan bukan tiket untuk ibu ayah pergi bercuti atau melancong. Pastikan anak sentiasa berada di rumah sehinggalah mereka pulih sepenuhnya.

Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

E Central

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Tips & Perkara Yang Boleh Dibuat Ketika Cuti Bersalin, Bantu Ibu Kurangkan Rasa Stres

Baca juga: Cuti Bersalin 98 Hari Baik Kerajaan & Juga Swasta, Ini Info Terkini Yang Ibu Hamil Kena Tahu

Baca juga: Tak Puas Cuti Bersalin Untuk Suami Hanya Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cuti Kuarantin Menjaga Anak Sakit/ Dijangkiti Penyakit, Penjawat Awam Diberi Kemudahan 5 Hari
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham