X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Pentingkah Suntikan Vaksin Flu Untuk Anak Anda? Ini Jawapan Doktor Pakar

3 min bacaan
Pentingkah Suntikan Vaksin Flu Untuk Anak Anda? Ini Jawapan Doktor PakarPentingkah Suntikan Vaksin Flu Untuk Anak Anda? Ini Jawapan Doktor Pakar

Flu dan selesema adalah tidak sama. Doktor ini ada menjelaskan mengapa vaksin flu penting untuk anak anda dan bila masa yang sesuai untuk mengambilnya.

Suntikan vaksin flu untuk anda sekeluarga

Sudahkah anda dan keluarga anda mendapat vaksin flu tahun ini?

Tahukah anda vaksin ini amat penting untuk melindungi keluarga dari mendapat dan menyebarkan penyakit flu?

Di Malaysia, kita selalu dengar orang kata mereka MC kerana flu.

Apabila doktor beri ubat, apa yang ditulis pada bungkusan ubat adalah perkataan flu. Tetapi tahukah anda flu dan selesema biasa adalah tidak sama?

Beza antara penyakit flu dan selesema biasa

vaksin flu

Orang ramai sering keliru antara flu dengan selesema biasa. Mereka perlu tahu influenza jauh lebih teruk daripada selesema biasa.

Penyakit flu asalnya dari virus dan ia mudah disebarkan daripada seseorang kepada orang lain.

Kanak-kanak ialah golongan paling mudah dijangkiti dan penyebar utama influenza.

Virus flu menyerang badan dengan lebih pantas berbanding dengan selesema dan boleh menyebabkan orang itu rasa lemah, demam teruk dan rasa sakit badan.

Ia jauh berlainan dari kanak-kanak yang masih aktif bermain dan meneruskan aktiviti harian ketika menghidap selesema.

Penyakit flu boleh menyebabkan kanak-kanak serta orang dewasa terlantar di atas katil!

Di sini Dr. Stephanie Long, seorang doktor dari One Medical menerangkan siapa yang memerlukan suntikan vaksin flu, siapa yang perlu mengelaknya dan kekerapan untuk mendapat imunisasi ini.

Siapa yang perlu mendapatkan vaksin flu?

vaksin flu

Menurut Dr. Long, SEMUA ORANG patut mengambil vaksin ini.

Terdapat beberapa kumpulan individu yang harus diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin flu.

Antaranya ialah: kanak-kanak kecil, mereka yang mempunyai masalah imun, wanita hamil, serta mereka yang berumur 65 tahun ke atas. 

Dr. Long menerangkan ada sebab anda perlu mengambil tindakan segera ini.
 
Beliau berkata, "Jika liputan vaksin adalah baik, kita boleh mengurangkan penyakit dan jumlah orang yang perlu dimasukkan ke dalam hospital, serta mengawal influenza dari merebak."
 
Penyakit flu ini boleh menyerang orang yang sihat juga.
 
Inilah sebab mengapa setiap orang harus mendapatkan immunisasi in supaya boleh mengelak dari risiko diserang penyakit flu yang teruk.
 
Penyakit ini tidak peduli jika cara pemakanan anda baik, atau orang itu mempunyai kehidupan yang cergas dan sihat, anda masih memerlukan pelindungan vaksin ini.

Siapakah individu yang TIDAK patut mengambil vaksin flu?

vaksin flu

"Sesiapa yang berumur 6 bulan ke atas boleh mengambil vaksin ini," kata Dr. Long. 

Di bawah adalah ciri-ciri orang yang perlu elak mengambil suntikan vaksin flu:

  • Sekiranya anda mengalami alahan terhadap vaksin flu atau sebarang bahan dalam vaksin yang mengancam nyawa
  • Sekiranya anda mempunyai alahan kepada telur
  • Sekiranya anda mempunyai sindrom Guillain-Barré (penyakit lumpuh yang teruk)
  • Sekiranya anda sakit bersama dengan demam atau tidak sihat

Namun, sekiranya anda tidak boleh mengambil vaksin ini, Dr. Long menasihatkan ibu bapa atau penjaga berbincang dengan doktor bagi mengetahui cara lain untuk mengelak penyakit flu.

Perlukah vaksin flu diambil setiap tahun?

vaksin flu

Ya. Imunisasi untuk vaksin influenza hanya berkekalan untuk tempoh satu tahun sahaja. Ini kerana jenis atau strain influenza baru muncul setiap tahun.

Jadi, anda perlu mengambil vaksin influenza ini setiap tahun. 

Sama-sama kita menjaga kesihatan keluarga dan anak-anak kita, ya?

Sumber: Pop Sugar dan Kosmo

Kredit gambar: Vimeo

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/soalan-suntikan-vaksin/

 

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Pentingkah Suntikan Vaksin Flu Untuk Anak Anda? Ini Jawapan Doktor Pakar
Kongsikan:
  • 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

    6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

  • Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

    Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

    6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

  • Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

    Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.