X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!

5 min bacaan
Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!

Apa itu HFMD? Ia adalah penyakit kaki, tangan dan mulut yang sering menyerang bayi dan kanak-kanak bawah usia 10 tahun

Apa itu HFMD? Bagi yang kurang pemahaman mengenai HFMD, ia adalah sejenis penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apa itu HFMD dan apakah jenis makanan yang boleh diberikan pada anak HFMD?

HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut. Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus.

Apa itu HFMD dan apakah jenis makanan yang boleh diberikan pada anak HFMD?

penyakit hfmd

Runsing juga apabila mulut si manja penuh dengan ulser dan hilang selera akibat penyakit HFMD. Namun, apa kata anda cuba makanan-makanan di bawah ini.

#1 Telur

Apabila anak sakit, dia pasti hilang selera makan dan susah untuk menelan jika sakit mulut dan tekak. Tapi tubuh anak memerlukan makanan serta nutrien yang mencukupi untuk pulih cepat.

Makanan berkhasiat seperti telur, tinggi dengan protein, zat besi, vitamin dan mineral adalah pilihan yang baik. Tetapi jika anak di bawah usia 1 tahun dan mempunyai alahan telur, elakkan makanan ini.

Cara terbaik untuk makan: telur setengah masak, telur rebus, telur masak hancur, telur kukus 

#2 Air kelapa

cara merawat hfmd

Kalau ibu bapa terjangkit juga, abaikan cawan kopi atau teh anda kerana ia hanya akan menyebabkan mulut anda lebih sakit.

Sebaliknya cuba minum segelas tinggi air kelapa segar yang mengandungi elektrolit untuk menghidratkan badan dalam cuaca panas dan lembap ini.

Menurut Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK, pesakit perlu minum air yang banyak apabila ingin pulih dari HFMD untuk menghalang badan dari dehidrasi.

Cara terbaik untuk makan: Minum air kelapa segar, sejuk, dicampur ais dengan tembikai atau hirisan timun. Ia juga boleh dibekukan untuk menjadi aiskrim sejuk.

#3 Sup atau mi sup 

Mungkin anak akan lebih suka makan sup tulang atau sup yang ditambah dengan mi yang dimasak lebih lama.

Mi yang telah dimasak lebih lama, lebih lembut dan senang ditelan. Tunggu hingga mi dan sup itu sejuk dan mencapai suhu bilik sebelum diberikan kepada anak.

Ibu bapa juga boleh cuba beri sup sayur-sayuran yang telah dikisar sebagai alternatif. Anak anda pasti berselera memakannya!

Cara terbaik untuk makan: Mi soba yang sejuk, sup sayur-sayuran berlemak yang sejuk (labu, timun, kacang, alpukat, jagung)

#4 Buah betik

punca hfmd pada anak

Kita bernasib baik kerana tinggal di negara tropika di mana buah betik mudah untuk didapati sepanjang tahun.

Buah manis dan lembut ini bukan hanya senang untuk dimakan oleh anak, malah ia juga dipercayai boleh meningkatkan imuniti, membantu pencernaan di samping mengurangkan tekanan!

Tapi ibu bapa jangan pesan som tum (salad betik Thai) pula ya kerana pesakit HFMD perlu mengelakkan makanan pedas sehingga mereka pulih.

Cara terbaik untuk makan: buah disejukkan, dikisar sebagai minuman, atau dimasak dalam sup.

#5 Yogurt greek dan madu

Madu bukan hanya pemanis yang enak, tapi ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang boleh membantu menyembuhkan luka-luka di dalam mulut anak anda.

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!

Jangan lupa anak di bawah 1 tahun tidak boleh diberi makan madu, ya! Yogurt Greek adalah pilihan yang lebih baik kerana kandungan proteinnya lebih tinggi dari yogurt biasa.

Selain itu, ia penuh dengan nutrien lain seperti kalsium, kalium, folat dan pelbagai vitamin yang baik untuk anak.

Cara terbaik untuk makan: dimakan sejuk dengan sedikit madu, dicampur dengan buah-buahan lain dan dikisar untuk dijadikan smoothie, atau beku macam aiskrim.

#6 Buah tembikai

Makanan yang tinggi dengan vitamin c boleh mengurangkan ulser di dalam mulut apabila mengalami HFMD.

Tetapi sebelum anda makan oren, kiwi ataupun buah tomato, jangan lupa kandungan asid di dalamnya mungkin boleh memburukkan keadaan!

Menurut Dr Andrew Weil, Pengarah Pusat Perubatan Integratif di University of Arizona, buah beri, tembikai adalah pilihan yang lebih baik.

Cara terbaik untuk makan: dimakan sejuk, dikisar menjadi minuman atau sebagai salad buah.

#7 Bubur

penyakit kaki tangan dan mulut

Bubur adalah makanan yang paling biasa diberi apabila seseorang itu sakit.

Ia senang untuk dimasak dan ibu bapa boleh masukan sayur dan daging semua ke dalam periuk yang sama.

Ia tidak hanya mengenyangkan, malah juga boleh memberi anak jumlah kalori yang baik supaya anak kekal bertenaga dan cepat pulih.

Cara terbaik untuk makan: Bubur suam dengan telur ataupun ibu bapa boleh cuba beri bubur oatmeal dengan madu dan buah beri.

#8 Tauhu

Sudah pasti tauhu lembut tidak pernah sesedap ini. Lembut, licin pasti alternatif yang sedap untuk kanak-kanak dengan penyakit HFMD apabila mulut mereka penuh dengan ulser yang sangat sakit.

Tauhu boleh dimasak dengan senang dalam pelbagai cara. Ia merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik, malah juga dikatakan boleh mengurangkan kolesterol dalam tubuh!

Cara terbaik untuk makan: Dikukus dengan telur dan sayur-sayuran, dalam sup, bubur atau bersos

#9 Aiskrim

Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!

Adakah anda rasa terkejut melihat aiskrim di dalam senarai ini?

Jangan bimbang. Aiskrim boleh melegakan ulser-ulser di dalam mulut. Lagipun kanak-kanak yang mana tak suka aiskrim?

Pasti akan nampak senyuman si manja kerana dapat makan aiskrim walaupun menghidap HFMD!

Ibu bapa cuma perlu elak dari memberi aiskrim perisa coklat kerana ini boleh mengakibatkan ulser di dalam mulut bertambah teruk. 

Cara terbaik untuk makan: Dengan buah atau begitu sahaja!

#10 Kentang lecek

tanda hfmd sudah sembuh

Jangan beri anak makanan goreng yang berminyak apabila mereka sakit HFMD kerana ini hanya akan memburukkan ulser di dalam mulut mereka.

Sebaliknya beri mereka kentang lecek yang dibuat di rumah. Anda cuma perlu kentang rebus panas kemudian lenyekkan dengan sedikit mentega dan susu serta garam secukup rasa. 

Menurut kajian kentang adalah sumber "vitamin c, vitamin b6, mangan, fosforus dan niasin"

Cara terbaik untuk makan: Dilenyek halus dengan susu atau mentega. Stok ayam juga boleh dimasukkan juga untuk nutrien tambahan, bersama dengan krim masam untuk rasa tambahan.

Semoga si manja anda kembali aktif dan mereka akan sembuh dengan cepat!

Penulis asal Dew M. Chaiyanara. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Lepas Raya Ramai Bayi & Kanak-Kanak Dijangkiti HFMD, Ini Pesanan PENTING Dari Doktor

Baca juga: Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!

Baca juga: HFMD BAWA MAUT! Budak 2 tahun mati kerana pneumonia lepas dijangkiti HFMD

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!
Kongsikan:
  • HATI-HATI, virus HFMD kini merebak pada orang dewasa pula!

    HATI-HATI, virus HFMD kini merebak pada orang dewasa pula!

  • Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut Selepas Ke Restoran

    Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut Selepas Ke Restoran

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • HATI-HATI, virus HFMD kini merebak pada orang dewasa pula!

    HATI-HATI, virus HFMD kini merebak pada orang dewasa pula!

  • Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut Selepas Ke Restoran

    Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut Selepas Ke Restoran

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.