X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kisah Benar:Tempoh Kuarantin Hal Yang Menyakitkan Buat Ibu, Anak Mula Mencari & Rindu

5 min bacaan
Kisah Benar:Tempoh Kuarantin Hal Yang Menyakitkan Buat Ibu, Anak Mula Mencari & Rindu

Tempoh kuarantin atau pengasingan diri setelah disahkan positif Covid-19 merupakan sesuatu paling menyakitkan bagi mereka bergelar ibu ayah

Gelombang Omicron telah menyerang seluruh negara dunia sehingga mencatatkan peningkatan kes begitu tinggi. Bagi mereka dijangkiti Covid-19 ini, adalah perlu menjalankan tempoh kuarantin kendiri di rumah bagi mengelakkan ahli keluarga turut dijangkiti.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengalaman dan luahan hati seorang ibu yang menjalani tempoh kuarantin
  • Tempoh kuarantin yang sukar, mula rasa rindu pada keluarga
  • Anak yang ‘ketiadaan’ ibu mula membina watak baru
  • Kesan psikologi anak yang kehilangan ibu ayah

Sebagai ibu, pastinya bukan mudah untuk melalui tempoh kuarantin ini. Anda terpaksa mengasingkan diri daripada anak-anak dan ‘berehat’ sebentar daripada menguruskan rumah tangga.

Pengalaman dan luahan hati seorang ibu yang menjalani tempoh kuarantin

Seorang ibu tampil menceritakan kisah dan perasaannya sepanjang melalui tempoh kuarantin apabila disahkan positif Covid-19.

cabaran kuarantin

Saya telah disahkan positif Covid pada 8 Februari 2022, iaitu kira-kira 3 minggu selepas mengambil suntikan vaksin penggalak (booster). Ia adalah perkara yang tidak dapat dibayangkan berlaku.

Saya mula mengalami sakit tekak, ketika itu menyalahkan diri kerana terlalu makan banyak tart nanas semasa cuti Tahun Baharu Cina. Kebetulan saya juga dimaklumkan oleh seorang rakan yang datang berkunjung bahawa dia menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Saya segera melakukan ujian PCR dan memperoleh keputusan dalam masa kurang dari 24 jam. Malangnya, hasilnya adalah positif.

Doktor meminta saya untuk bertenang, mengemas barang yang diperlukan dan perlu mengasingkan diri daripada ahli keluarga lain.

Tempoh kuarantin yang sukar, mula rasa rindu pada keluarga

Selama 7 hari berada dalam pengasingan diri, saya hanya dapat melihat anak melalui rakaman CCTV di sekeliling rumah. Saya mendengar dia menyanyi dan ketawa, hati saya terlalu sakit kerana tidak dapat memeluk serta menghiburkannya.

Hari pertama adalah sukar. Anak sering memanggil ‘Mama’, tetapi saya tiada di sampingnya. Pada hari kedua, dia masih mencari-cari saya. Namun nasib baiklah suami ada.

kuarantin kendiri

Dia menyediakan segala keperluan anak dan saya. Setiap pagi suami akan menghantar kopi, makan tengah hari, snek petang dan makan malam tanpa mengeluh.

Dia mengambil alih tugas menguruskan anak yang aktif berusia 2 tahun sambil melakukan pekerjaan sepenuh masa. Suami memastikan saya mempunyai air, makanan, pakaian bersih yang mencukupi.

Keadaan rumah berjalan lancar meskipun ‘ketiadaan’ saya. Ia adalah waktu rehat yang hebat sebagai seorang ibu.

Namun untuk berehat dan pulih daripada Covid tanpa perlu risau hal rumah tangga adalah perasaan yang luar biasa.

Namun sebagai ibu, saya tidak dapat menghilangkan perasaan rindu terhadap keluarga. Ia menyedarkan saya bahawa membesar tanpa kehadiran seorang ayah adalah sesuatu yang sukar seperti yang dilalui ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Anak yang ‘ketiadaan’ ibu mula membina watak baru

Dalam tempoh kuarantin dan pengasingan diri selama 7 hari ini, saya mula melihat anak menggantikan saya dengan dirinya sendiri.

Masuk hari ketiga dan keempat kuarantin, suami mengatakan bahawa anak kami mula merujuk dirinya sebagai ‘Mama’ dan patung mainannya sebagai ‘bayi’.

Dia akan membawa ‘bayi’ ke mana-mana sahaja dan tidak dapat berpisah dengan mainannya itu. Ibu saya yang datang melawat turut mengatakan hal yang sama.

positif covid

Disebabkan oleh beberapa hari tiada ibu ayah, mungkin anak saya merasakan keperluan mengambil alih peranan sebagai ibu ayah kepada patung mainannya.

Ketika ini dia tidak dapat memahami mengapa penjaga utama atau sama ada ibunya tiada, ia sungguh menyakitkan!

Bagi mengisi kekosongan, dia mencipta watak baharu dalam diri dan menjaga ‘bayi’nya seperti saya menjaganya. Dalam tempoh pengasingan ini, mata saya benar-benar terbuka tentang betapa sensitif dan emosinya seorang kanak-kanak terhadap kehilangan ibu ayah.

Masuk hari ketujuh, saya turun ke bawah untuk melihatnya buat kali pertama. Saya dan suami menjangkakan dia akan terlalu gembira atau menangis, namun dia bersikap acuh tak acuh terhadap saya.

Kami tidak tahu sama ada sikap ini akan berlarutan, berjauhan dengan saya selama 7 hari sudah boleh memberi kesan mendalam terhadapnya.

Kesan psikologi anak yang kehilangan ibu ayah

Menurut pakar psikologi The Therapy Room, Dr. Geraldine Tan, menjelang lapan bulan, bayi akan membangunkan konsep kekal objek.

Stories Rakan Kongsi
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Jadi peekaboo menjadi permainan yang menyeronokkan kerana mereka mampu buka tangan anda dan mencari siapakah di sebaliknya.

”Menjelang 7 hingga 8 bulan, kanak-kanak akan membentuk ikatan dengan pengasuh sementara. Biasanya bayi menyedari pengasuhnya akan pergi dan kembali selepas tempoh yang singkat.” jelas Dr. Geraldine.

”Terdapat rasa selamat dan pasti. Dalam kes perpisahan yang berpanjangan, anak kecil dan bayi mungkin tidak faham mengapa tangisannya tidak dipujuk atau ke mana orang itu pergi,”

”Sebagai orang dewasa, kami menganggap panggilan video atau audio cukup baik. Namun otak yang sedang berkembang memerlukan maklum balas sentuhan. Ia mungkin menyebabkan kekeliruan dalam kanak-kanak apabila anda kembali (dari pengasingan),” jelasnya.

Bagi anak yang lebih besar sedikit, ibu ayah boleh:

  • Persediaan- contohnya menandakan pada kalendar agar mereka boleh lihat boleh bertemu anda
  • Peringatan sentuhan- menggunakan objek untuk menerangkan
  • Ibu ayah menyediakan sesuatu yang kecil untuk anak setiap hari ketika tempoh pengasingan. Misalnya mainan, alat lukisan atau objek yang boleh membuatkannya gembira

Penulis asal Sarah Voon. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ayah Telah Meninggal & Ibu Masih Dirawat, Budak 12 Tahun Kuarantin Seorang Diri Di Rumah

Baca juga: Selama Ini Tidak Pernah Berpisah, Ibu Sebak Anak 3 Tahun Naik Ambulans Ke Pusat Kuarantin

Baca juga: Seawal Bilakah Anak Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Ambil Vaksin? Ini Jawapan Doktor 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kisah Benar:Tempoh Kuarantin Hal Yang Menyakitkan Buat Ibu, Anak Mula Mencari & Rindu
Kongsikan:
  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.