Biasa kita dengar banyak kelebihan apabila makan buah betik seperti melancarkan pembuangan air besar, baik untuk kesihatan mata dan lain-lain. Jadi, bagaimana pula dengan khasiat buah betikuntuk ibu mengandung? Adakah mereka juga boleh dapat manfaat yang sama?
Menurut Medical News Today, buah betik merupakan sumber Vitamin C dan mampu memenuhi 224% keperluan tubuh manusia kerana sebiji betik mempunyai kira-kira 120 kalori, 30 gram karbohidrat termasuk 5 gram serat dan 18 gram gula serta 2 gram protein.
Bukan itu saja, betik juga mempunyai sumber folat, Vitamin A, magnesium, tembaga dan serat. Selain itu, betik juga kaya dengan vitamin yang bagus untuk tubuh seperti Vitamin B, alfa, beta-karoten, lutein, zeaxanthin, Vitamin E, kalsium, kalium, Vitamin K dan Lycopene.
4 khasiat buah betikuntuk ibu mengandung dan manfaat yang tak pernah anda tahu
Kredit: Freepik
#1. Dapat mencegah asma dan kanser
Kandungan beta karoten dalam betik boleh mengurangkan risiko asma dan kanser yang jauh lebih rendah terutama kanser prostat pada lelaki.
#2. Memelihara kesihatan tulang
Vitamin K yang terkandung dalam betik membantu penyerapan kalsium sehingga tulang menjadi lebih sihat.
#3. Mencegah penyakit jantung
Kandungan serat, kalium dan vitamin dalam betik dapat bantu merawat penyakit jantung.
#4. Bantu mempercepatkan penyembuhan luka
Betik yang dikisar atau dilumat halus bermanfaat bagi meningkatkan penyembuhan luka dan mencegah infeksi pada kulit badan yang luka atau terbakar.
Manfaat biji buah betik
Kredit: Freepik
Bagi anda yang tak pernah tahu, biji betik mengandungi alkaloid yang disebut carpaine yang dapat membunuh cacing dan parasit dalam usus.
Selain itu, biji betik dapat mencegah dan menyembuhkan sejumlah besar penyakit yang berhubungan dengan hati, usus, cacingan dan demam berdarah. Terdapat juga kelebihan lain seperti ini:
- Menyembuhkan penyakit hati (sirosis) dengan ambil lima atau enam biji betik bersama bijinya dan hancurkan sekali kemudian diamalkan selalu.
- Membunuh bakteria dan jangkitan virus. Kajian menunjukkan bahawa biji betik dapat membunuh bakteria berbahaya seperti E. coli, Staphylococcus, dan Salmonella.
- Biji betik juga bantu melawan jangkitan virus, demam berdarah dan penyakit lain.
- Biji betik yang ditumbuk kemudian dicampur susu adalah ubat yang mujarab untuk demam tifoid.
- Menurut Profesor dari Universiti Karachi, biji betik boleh digunakan untuk mengubati penyakit ginjal dan mencegah kegagalan ginjal.
Bolehkah makan betik muda ketika hamil?
Kredit: Unsplash
Dipetik dari Parenting Firstcry, betik mentah mengandungi zat lateks yang boleh jadi punca kontraksi pada rahim dan bahaya jika ibu hamil mengamalkannya.
Selain itu, lateks buah mengandungi papain yang bertindak seperti prostaglandin dan oksitosin yang menjadi punca berlakunya kontraksi.
Sebab itu kontraksi yang tidak normal atau terlalu awal sebelum due date boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran paramatang.
Jadi sebaiknya hindari betik muda ketika berada di trimester pertama.
Bahkan, laporan juga menunjukkan pendarahan plasenta juga disebabkan terlalu banyak makan betik mentah ketika hamil.
Jika rasa teringin nak makan betik sebaiknya ambil betik masak yang berwarna kekuningan.
Kelebihan dan khasiat buah betikuntuk ibu mengandung (betik masak)
- Kandungan vitamin A, B, C, Kalium dan beta-karoten dalam betik masak berfungsi meningkatkan kekebalan tubuh.
- Vitamin dari betik dapat mencegah pelbagai infeksi.
- Mencegah bisul dan masalah kulit.
- Melancarkan pencernaan ibu hamil.
- Membantu mengatasi rasa mual di waktu pagi
- Betik terkandung asam folat yang sangat penting selama kehamilan untuk perkembangan neurologis saraf bayi.
- Kandungan asam folat dalam betik dapat bantu meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah kanser usus besar
- Betik matang dapat membantu mempertingkatkan kelancaran susu badan.
Antara buah lain yang bagus untuk ibu mengandung:
#1. Buah delima
Bagi ibu yang tidak tahu, buah delima kaya dengan sifat antioksidan. Ia membantu menyihatkan dalaman tubuh badan, jantung, usus, perut dan meningkatkan tenaga. Kandungan nutrisi dalam buah, kulit dan biji delima turut mengandungi vitamin C, K, protein, serat dan kalium.
Manakala dengan mengamalkan jus delima setiap hari, ia dapat membantu menghilangkan radikal bebas, melindungi sel daripada kerosakan serta menghindarkan stres. Ia juga kaya dengan asid folik.
#2. Kurma
Ramai ibu mengandung berasa was-was untuk makan buah kurma kerana rasanya yang manis dan takut diserang penyakit kencing manis. Namun tahukah anda bahawa ia merupakan sumber terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan?
Hal ini kerana ia kaya dengan protein, vitamin serta rendah lemak. Kurma adalah makanan tinggi serat yang memudahkan sistem pencernaan ibu mengandung, kandungan gulanya adalah semula jadi dan tidak membahayakan.
Dalam al-quran turut menyebut tentang anjuran makan kurma untuk memudahkan proses bersalin dalam surah Maryam.
#3. Buah naga
Radikal bebas dapat dihindarkan dari tubuh badan kerana buah naga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Selain itu ia mampu mengelakkan masalah jantung, kanser dan melindungi janin daripada masalah kecacatan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Makan Durian Ketika Hamil, Boleh Ke?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!