X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Mengandung Tidak Digalakkan Pakai Inai, Boleh Sukarkan Proses Pemeriksaan Kesihatan

7 min bacaan
Ibu Mengandung Tidak Digalakkan Pakai Inai, Boleh Sukarkan Proses Pemeriksaan Kesihatan

Inai tangan atau inai kuku digunakan untuk menghias diri. Namun bagi ibu mengandung, tidak digalakkan pakai bagi memudahkan pemeriksaan diri

Sudah menjadi trend apabila ramai wanita termasuk ibu hamil memakai inai tangan atau inai kuku sebagai salah satu cara untuk menghias diri.

Walaupun dalam keadaan berbadan dua, sudah pasti wanita hamil masih lagi mahu kelihatan cantik dan yakin terutamanya apabila adanya majlis atau sambutan perayaan.

▲▼Isi Kandungan

  • Bolehkah ibu mengandung pakai inai tangan?
  • Daun inai lebih selamat untuk ibu hamil
  • Jenis inai kuku untuk ibu hamil
  • Tips sebelum ibu mengandung pakai inai tangan
  • Guna inai sebagai pewarna rambut 
  • Selamatkah ukiran inai pada kulit semasa hamil?

Bolehkah ibu mengandung pakai inai tangan?

Menurut Sinar Harian, pemakaian inai tangan ketika mengandung bukanlah suatu yang salah sebenarnya. Ia hanya perlu dielakkan bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, seperti;

1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan pakar perubatan untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.

2. Ukir kuku, kalau boleh elak kerana sukar hendak suntik jarum jika tiba-tiba bakal ibu itu perlu menjalani pembedahan Caesarean.

3. Jururawat lazimnya akan memeriksa kuku pesakit untuk melihat kadar darah. Khuatir jika kuku menjadi kebiruan dan sebagainya.

4. Bagi ibu mengandung yang menghidapi penyakit Anemia, mudah untuk mengesan keadaan luar biasa dihidapi dengan memeriksa kuku mereka.

5. Sukar jika hendak memeriksa Hypoxia iaitu kekurangan oksigen dalam darah. Ia paling pantas untuk diperiksa melalui kuku si ibu.

Bagaimanapun, jikalau bakal ibu sudah ‘terpakai’ inai, jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi.

Daun inai lebih selamat untuk ibu hamil

Tidak semua produk kecantikan, peralatan solekan atau produk kesihatan boleh digunakan oleh ibu mengandung.

Ini kerana, dikhuatiri kandungan di dalam produk-produk tersebut mengandungi bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Lambakan inai instant yang terdapat di pasaran yang belum dipastikan lagi keselamatan kandungan inai tersebut. Malah sukar untuk diketahui juga ia halal untuk wanita Muslim atau sebaliknya. 

Doktor mengesahkan, adalah selamat bagi ibu hamil untuk pakai inai tangan semasa kehamilan. 

Namun, inai tangan atau kuku tersebut haruslah bebas dari sebarang bahan kimia yang berbahaya. Ini bermaksud, penggunaan daun inai asli yang diambil dari pokok adalah selamat digunakan semasa hamil.

Manakala inai yang diproses dengan bahan kimia adalah tidak selamat digunakan oleh wanita hamil.

Jenis inai kuku untuk ibu hamil

inai kuku, cara hilangkan inai di kuku, inai kuku halal, pakai inai, lukis inai, inai ukir, inai instant

Seperti yang dinyatakan di atas, inai tangan yang selamat digunakan semasa hamil adalah inai yang diperolehi atau diambil terus daripada daun inai.

Warna inai yang asli adalah berwarna merah, oren, coklat, seakan-akan warna kayu manis, warna bata, kopi atau berwarna coklat.

Sekiranya warna yang terhasil adalah warna hitam selepas anda mengenakan inai tersebut, berkemungkinan inai itu telah ditambah dengan bahan kimia.

Contohnya, inai hitam yang dilihat semakin popular pada zaman sekarang dibuat dengan pewarna hitam yang dipanggil Para-Phenylenediamine (PPD) yang dikhuatiri boleh membahayakan anda dan bayi di dalam kandungan.

Kandungan PPD dalam inai hitam ini boleh menyebabkan pemakainya mendapat dermatitis dan alahan, terutamanya semasa kehamilan apabila kulit wanita hamil menjadi lebih sensitif daripada biasa.

Tips sebelum ibu mengandung pakai inai tangan

Bagi ibu hamil yang ingin pakai inai tangan atau kuku semasa hamil pastikan anda semak dan pastikan beberapa perkara sebelum memakainya. Antaranya termasuklah:

#1. Mempunyai sejarah penyakit

Elakkan memakai inai sekiranya anda atau anak yang dilahirkan sebelum ini memiliki sejarah penyakit seperti kekurangan enzim G6PD, Anemia, Hiperbilirubinemia atau sebarang masalah berkaitan darah atau sistem imun.

#2. Pastikan inai tersebut adalah inai asli

Selain itu, pastikan anda memilih atau memakai inai yang dibuat dari daun inai asli. Ini kerana keselamatan bahan yang digunakan di dalam inai tersebut tidak dapat dipastikan dan disahihkan lagi.

Lebih selamat jika anda sendiri yang membuat inai tersebut menggunakan daun inai yang asli.

#3. Lakukan ujian alergi atau alahan

Di samping itu juga, lakukan ujian alergi atau alahan pada kulit anda sebelum memakai inai. Contohnya, letakkan sedikit inai di atas kulit anda dan biarkan selama 1 hingga 3 jam.

Jika selepas tempoh tersebut, tiada sebarang tindak balas pada kulit dan badan anda, bermakna anda boleh terus mengenakan inai tersebut tanpa sebarang kerisauan.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sekiranya, sebelum ini anda sememangnya mempunyai alahan selepas menggunakan inai lupakan sahaja niat anda untuk mencubanya.

#4. Periksa kandungan inai sebelum pakai

Untuk menjamin keselamatan anda dan bayi, sebelum menggunakan inai pastikan anda memeriksa terlebih dahulu kandungan yang terdapat di dalam inai tersebut. Bahan pertama yang perlu dielakkan adalah Para-Phenylenediamine (PPD).

Antara risiko yang boleh anda dapat sekiranya menggunakan inai yang mempunyai kandungan PPD adalah rasa seperti terbakar, kemerahan di kawasan yang digunakan, kulit melepuh, sensitif kepada cahaya matahari dan parut kekal.

Oleh itu, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu kandungan yang terdapat di dalam inai sebelum memakai inai tersebut.

Guna inai sebagai pewarna rambut 

inai kuku, cara hilangkan inai di kuku, inai kuku halal, pakai inai, lukis inai, inai ukir, inai instant

Selain kuku, inai juga sering digunakan sebagai pewarna rambut. Namun, adakah ia selamat digunakan semasa hamil?

Menurut American Pregnancy Association (APA), antara alternatif yang boleh digunakan sekiranya seorang wanita hamil ingin mewarnakan rambut mereka adalah dengan menggunakan inai asli atau inai semula jadi.

Ini bermaksud, penggunaan inai adalah selamat semasa mengandung selagi mana ia diambil dari inai yang asli tanpa penambahan bahan kimia yang lain.

Wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mewarnakan rambut mereka menggunakan pewarna rambut yang dibuat dari bahan kimia kerana dikhuatiri boleh diserap oleh kulit kepala dan memberi kesan kepada kandungan.

Walaupun tiada sebarang kajian saintifik mengenai kesan langsung pewarna rambut dan wanita hamil, namun seeloknya tangguhkan dahulu niat untuk mewarnakan rambut semasa mengandung. Tetapi sekiranya masih ingin mewarnakan rambut, inai dari daun inai asli adalah pilihan terbaik.

Inai adalah sejenis herba semulajadi yang mampu menyerikan warna rambut anda, memberi rasa sejuk kepada kulit kepala dan tidak merosakkan rambut.

Selamatkah ukiran inai pada kulit semasa hamil?

inai kuku, cara hilangkan inai di kuku, inai kuku halal, pakai inai, lukis inai, inai ukir, inai instant

Ukiran inai atau lukis inai pada kulit semasa hamil adalah selamat selagi mana inai yang digunakan adalah inai asli dan tiada penambahan sebarang bahan kimia di dalam inai tersebut.

Selain itu, terdapat beberapa kebaikan kepada si pemakai yang mengenakan inai ukir ini. Antaranya ialah membantu menurunkan suhu badan, membantu menyembuhkan tumit yang merekah, menjauhkan jangkitan kulat dan ia juga menaikkan seri kuku anda.

Apakah langkah berjaga-jaga apabila menggunakan inai kuku semasa kehamilan?

Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan apabila menggunakan inai semasa tempoh kehamilan. Antaranya ialah :

  • Lakukan ujian calitan pada mana-mana bahagian tubuh anda seperti tangan dan kaki. Biarkan selama beberapa ketika dan lihat reaksi inai tersebut pada kulit anda. Sekiranya tiada sebarang tindak balas yang negatif teruskan pemakaian anda.
  • Jika anda ingin mengenakan inai pada rambut, elakkan melakukannya sendirian. Minta bantuan orang lain kerana proses pemakaian inai pada rambut mengambil masa yang lama dan meletihkan. Ini adalah tidak baik untuk kesihatan anda dan juga bayi di dalam kandungan.
  • Semasa mengenakan inai di kuku atau jari anda jangan tutup bahagian tersebut. Ini untuk membolehkan kulit anda bernafas dan membanu badan anda merasa sejuk.
  • Sekiranya anda merasa loya, sakit pada sendi, pendarahan atau tekanan darah tinggi semasa atau selepas memakai inai segeralah berjumpa dengan doktor anda.
  • Pastikan anda dalam keadaan yang selesa semasa memakai inai kerana kemungkinan anda perlu duduk pada satu posisi yang sama untuk tempoh yang lama. Ini akan membuatkan anda sedikit rasa tidak selesa terutamanya apabila perut anda telah membesar. Berhenti seketika sekiranya anda merasa pening atau sesak nafas.
  • Bagi ibu-ibu yang mempunyai alahan dengan bau, pastikan anda mengenakan inai dengan jumlah yang sedikit bagi mengelakkan anda rasa tidak selesa atau lebih baik tangguhkan dahulu pemakaian inai tersebut.
  • Cara hilangkan inai di kuku bagi inai asli agak sukar kerana ia telah meresap masuk ke dalam lapisan kuku. Namun warna akan semakin pudar setelah sekian lama anda memakainya.

Kesimpulannya, tidak salah bagi wanita hamil untuk tampil cantik ketika tempoh kehamilan. Namun, langkah berjaga-jaga perlu dititikberatkan dan sentiasa dapatkan pandangan doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang jenis produk. 

  1. Babycentre (n.d) Is it safe to use henna during pregnancy? www.babycentre.co.uk/x25005383/is-it-safe-to-use-henna-during-pregnancy

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teknologi gadjet ganggu kesihatan ibu hamil dan menjejaskan bayi dalam kandungan!

Baca juga:  4 Masalah Kesihatan Ibu Hamil Punca Pembedahan Caeser Meningkat

Baca juga: Bahaya Asap Rokok Terhadap Wanita Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Mengandung Tidak Digalakkan Pakai Inai, Boleh Sukarkan Proses Pemeriksaan Kesihatan
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham