X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!

12 May, 2022
Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!

Punca HFMD boleh berjangkit disebabkan oleh perkongsian barang atau mainan. Ia disebarkan melalui air liur, cecair lepuh atau najis pesakit

Tanda HFMD atau dikenali sebagai penyakit berjangkit tangan, kaki dan mulut pada masa ini menunjukkan peningkatan. Malah, ia turut dipaparkan dalam laporan media pada masa ini, di samping nasihat dan pencegahan kepada ibu dan ayah sebagai langkah mengurangkan jangkitan kepada anak.

Langkah berjaga-jaga turut disuarakan oleh pengamal perubatan melalui media sosial mereka supaya ibu dan ayah mengambil berat berhubung jangkitan tersebut. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tanda HFMD dan peningkatan kes di Malaysia
  • Negeri juga rekod peningkatan
  • Cara mengelakkan jangkitan HFMD

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar beliau pada 5 Mei 2022, penyakit tersebut adalah disebabkan oleh Enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71). Punca HFMD ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

Tanda HFMD dan peningkatan kes di Malaysia

Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa 7 ke 10 hari. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.

penyakit HFMD

Berdasarkan perkongsian beliau iaitu data sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 17/2022, negara mencatatkan peningkatan 12.8 kali ganda kes HFMD iaitu sebanyak 22,463 kes berbanding hanya 1,752 kes pada ME sama tahun 2021.

Kes HFMD ini banyak dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak usia 0-6 tahun iaitu sebanyak 21,508 kes (96 peratus), diikuti oleh kumpulan umur 7-12 tahun iaitu 729 kes (3 peratus) dan selebihnya lingkungan umur lebih 12 tahun.

Sebanyak 767 wabak dilaporkan di Malaysia iaitu tiga negeri tertinggi mencatatkan kejadian wabak ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 259 wabak (33.7 peratus), diikuti Selangor dengan 100 wabak (13.0 peratus) dan Perak 98 wabak (12.8 peratus).

Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di tadika, taska, pra-sekolah iaitu 600 wabak (72 peratus) diikuti oleh rumah persendirian dengan 186 wabak (24 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 26 wabak (4 peratus).

Negeri juga rekod peningkatan penyakit HFMD

Sebagai contoh memetik laporan berita RTM pada 10 Mei, sebanyak 782 kes HFMD dilaporkan di Terengganu setakat 7 Mei dan jumlah itu meningkat 723.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Terdapat 19 wabak dilaporkan di lima daerah di negeri tersebut dan paling banyak di Kuala Terengganu dan Setiu dengan lima lokaliti dikesan.

Dalam masa sama, laporan Awani pada 10 Mei juga menyebut, kes HFMD di Pahang meningkat enam kali ganda iaitu sebanyak 1,145 kes berbanding 190 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Cara mengelakkan jangkitan HFMD

Melihatkan kepada kes HFMD yang meningkat pada masa ini, ibu dan ayah perlu mengambil pendekatan berwaspada bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada anak mereka.

Amalkan nasihat Kementerian Kesihatan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada anak.

1- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.

penyakit HFMD
2- Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.

3- Jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu dan sudu.

4- Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah serta persekitarannya.

5- Kerap mencuci semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi dan lantai sekurang-kurangnya dua kali sehari.

penyakit HFMD
6- Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala jangkitan.

7- Ibu ayah dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas dan lain-lain.

Stories Rakan Kongsi
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
7 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lain, Ibu Galakkan Anak Minum Setiap Hari!
7 Kebaikan Susu Kambing Berbanding Susu Lain, Ibu Galakkan Anak Minum Setiap Hari!
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning
Learning starts in the womb: How to encourage your little one’s early learning

8- Ibu ayah kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, jangan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.

Instagram berita RTM, Astro Awani, KPKesihatan.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lepas Raya Ramai Bayi & Kanak-Kanak Dijangkiti HFMD, Ini Pesanan PENTING Dari Doktor

Baca juga: 10 Makanan Yang Boleh Diberi Pada Anak Dengan HFMD (Serta Yang Harus Dielak!)

Baca juga: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Pada Anak: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!
Kongsikan:
  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.