X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Oh Patutlah! Ini Mungkin 5 Sebab Suami Tidak Mahu Bersama Dengan Anda

5 min bacaan
Oh Patutlah! Ini Mungkin 5 Sebab Suami Tidak Mahu Bersama Dengan Anda

Banyak sebab yang boleh menjadi punca suami tidak mahu menjalinkan hubungan intim bersama isteri. Ketahui puncanya dan bagaimana betulkannya.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kes suami tidak mahu bersama dengan isteri dan disebabkan itu berlakunya banyak perceraian. Namun, adakah para isteri pernah terfikir kenapa suami mereka kurang melayani mereka dan tidak mahu bersama mereka? 

Banyak sebab yang boleh menjadi punca suami tidak mahu menjalinkan hubungan intim bersama isteri. Ketahuilah puncanya dan bagaimana hendak betulkannya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 5 sebab suami tidak mahu bersama dengan anda
  • Bagaimana untuk tarik minat suami kembali?
  • Bahaya! Bagaimana untuk menyihatkan hubungan pasangan anda selepas pergaduhan?

Ini mungkin 5 sebab suami tidak mahu bersama dengan anda

Suami penat tidak mahu bersama

Kredit: Freepik

Bayangkan apa perasaan anda jika suami tidak mahu melayan anda? Mungkin anda akan banyak tertanya-tanya pada diri sendiri. Oleh itu, kami akan menjawab persoalan anda tentang kenapa suami tidak mahu bersama anda.

  • Keletihan. Suami anda mungkin terlalu penat dengan tugas seharian dan bebanan di tempat kerja juga boleh menjadi punca. Terlalu banyak masa dihabiskan di kerja sudah tentu anda akan rasa tempias sebagai isteri.
  • Hati tersinggung. Hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara yang dia tidak inginkan. Bila adanya perasaan tersentuh itu, lelaki akan memilih untuk menjauhi diri dengan isterinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antaranya adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.
  • Tekanan atau stres. Perkara ini sangat biasa dalam kehidupan rumah tangga. Stres itu berpunca dari pelbagai masalah seperti kewangan, kerja dan dilema keluarga. Disebabkan stres, suami tidak mampu untuk berfikir tentang isterinya.
  • Terlalu kerap melakukan hubungan seks. Ada juga suami menolak untuk melayan isteri kerana terlalu kerap mengadakan hubungan intim. Ia menyebabkan rasa jemu dan keletihan pada suami.
  • Tidak selesa. Salah satu sebab suami menolak untuk melayani isteri ialah mungkin dia berada dalam situasi tidak selesa. Keadaan persekitaran seperti terlalu panas atau dirinya yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. 

Bagaimana untuk tarik minat suami tidak mahu bersama?

Jikalau isteri sudah mulai rasa kasih sayang daripada suami semakin pudar, jangan melulu menyalahkan suami. Si isteri boleh cuba ikutkan tips ini supaya suami akan kembali mulai rasa obses dengan anda. 

  • Mengambil berat tentang penampilan suami. Suami gemar diberi perhatian oleh isterinya. Dia akan rasa senang jika isterinya mencadang baju apa hendak dipakai, memotong kukunya dan sebagainya. Disini anda dapat tahu suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Berikan pujian dan berasa banggalah melihat suami berpakaian segak setiap hari.
  • Jangan berleter. Jika anda selalu berleter dengan suami anda sudah pastinya dia akan berasa bosan jika isterinya cerewet dan selalu bertanya, hendak ke mana, kenapa lambat balik dan sebagainya. Berikan kesenangan untuk suami anda.

Kasih isteri buat suami mahu bersama

  • Sambut kepulangan suami dengan ketenangan. Suami anda sudah pasti dalam keadaan stres apabila baru pulang dari tempat kerja. Oleh itu, anda perlu menjadi sebagai penenang dia. Dengar dan beri pendapat apa yang dia hendak cerita tentang semasa waktu di kerja.
  • Berhias dan memakai pakaian yang menarik perhatian suami. Suami anda pasti suka bila anda berhias dan memakai pakaian cantik. Disebabkan ini, suami gerenti akan menjadi obses dan mahu melayani anda. 

Bahaya! Bagaimana untuk menyihatkan hubungan pasangan anda selepas pergaduhan?

Oh Patutlah! Ini Mungkin 5 Sebab Suami Tidak Mahu Bersama Dengan Anda

Setiap pasangan akan bergaduh. Pergaduhan dalam rumah tangga adalah satu risiko yang bahaya kerana boleh menyebabkan tawar hati dan perceraian. Untuk mengelakkan perkara buruk ini berlaku, anda boleh mengikuti tips yang akan diberi.

  • Bagi masa dan ruang sesama sendiri

Selepas bergaduh dengan pasangan anda, sangatlah penting untuk anda berikan masa dan ruang untuk pasangan anda dan anda sendiri juga. Hal ini kerana waktu baru selepas pergaduhan, anda dan pasangan anda tidak boleh berfikir dengan elok kerana dipenuhi dengan emosi yang banyak.

Bagi masa untuk memperbaiki diri sendiri dahulu barulah kembali untuk berbincang dengan baik.

  • Rasai perasaan pasangan anda

Apabila kita mengambil masa untuk diri sendiri, anda perlu cuba memahami perasaan pasangan anda. Mungkin wajarkah anda bercakap begitu kepada dia? Apa sebab dia melakukan begitu? Daripada anda menuduh pasangan anda cuba anda memasuki dalam perspektif dia.

  • Selalu mendengar

Suami isteri perlu merendahkan ego masing-masing dan selalu mendengar sesama sendiri. Anda haruslah selalu mendengar luahan pasangan anda dan sudah pasti dia akan mendengar luahan anda. Cuba memahami sesama sendiri. 

  • Meminta maaf dan memberi kemaafan

Selepas pergaduhan, sangatlah wajib untuk anda untuk meminta maaf dan memberi kemaafan kepada pasangan anda. Pergaduhan itu adalah perkara yang tidak elok dan sudah pasti ada dikeluarkan kata yang tidak diingini kepada sesama sendiri. Suami isteri boleh berikan pelukan dan bermanja-manja sesama sendiri. 

Suami adalah ketua keluarga dan mereka bertanggungjawab untuk menanggung dan mengajar isteri ke arah kebaikan. Apa salahnya kalau anda memudahkan hidup dia dan sudah tentu dia akan memudahkan hidup anda. Rumah tangga dibina dengan berkumpulan bukan seorang.

Kami berharap anda dan pasangan anda berkekalan bahagia sehingga ke syurga. 

Semoga bermanfaat.

Keir Brady Counseling , Facebook Buku Permata Yang Hilang , GoodTherapy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Rahsia Pikat Hati Suami Agar Tidak Curang, Para Isteri Sila Hadam Perkara Mudah Ini! 

Baca juga: Kekerapan Hubungan Asmara Suami Isteri Yang Ideal Menurut Imam Al-Ghazali

Baca juga: Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat

Stories Rakan Kongsi
5 Smart & Educational Gifts for Kids
5 Smart & Educational Gifts for Kids
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Oh Patutlah! Ini Mungkin 5 Sebab Suami Tidak Mahu Bersama Dengan Anda
Kongsikan:
  • Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

    Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

  • Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

    Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

  • Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

    Cara Bersetubuh Selepas Pantang: Ini 6 Posisi Selamat, Elak Sakit Melampau

  • Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

    Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

  • Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

    Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.