X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ini Berkongsi Perjalanan Menyusu Badan Di Media Sosial Dikecam Teruk, Anaknya digelar 'Hippo'

9 Sep, 2021
Ibu Ini Berkongsi Perjalanan Menyusu Badan Di Media Sosial Dikecam Teruk, Anaknya digelar 'Hippo'

Amy McGlade yang merupakan seorang bidan bersalin dari Adelaide, Australia berusaha untuk menamatkan stigma mengenai penyusuan badan.

Tidak disangkal lagi penyusuan badan adalah yang sebaik-baiknya untuk bayi juga ibu sendiri. Dalam Islam juga cukup menggalakkan bayi menyusu badan sekurang-kurangnya sehingga usia 2 tahun. Namun situasi ini tidak diterima dengan baik bagi kes bidan bersalin di Australia ini. 

Amy McGlade yang merupakan seorang bidan bersalin dari Adelaide, Australia berusaha untuk menamatkan stigma mengenai penyusuan.

Stigma untuk menyusu bayi lebih daripada 1 tahun itu masih ada. Rata-rata orang seperti tidak boleh menerima keadaan di mana ibu masih menyusu badan bayi mereka yang sudah lebih 12 bulan. 

Bagi mereka ia bukan sesuatu yang normal. Bidan bersalin yang berusia 35 tahun itu dikenali sebagai ‘ratu susu ibu’ di media sosial, di mana dia telah berkongsi gambar perjalanan penyusuannya dengan empat orang anaknya sejak enam tahun yang lalu. 

Ibu dan anak dikecam teruk

bidan bersalin

Amy mempunyai lebih daripada 50,000 pengikut di Instagram yang sering meminta nasihat dan sokongan daripadanya.

Namun dengan kata-kata yang baik, ada juga kata-kata yang tidak enak hadir daripada orang-orang ramai juga daripada seorang ibu. Amy yang masih menyusukan anak kecilnya, Scarlett, tidak asing lagi apabila mendapat komen daripada netizen. 

Dia baru-baru ini mendedahkan komen yang diterima dan menceritan kesan komen itu terhadapnya.

Mengikut laporan dari Kidspot.com.au, dia menjelaskan bagaimana dengan berkongsi perjalanan hidupnya di media sosial, seolah-olah seperti “mengajak orang masuk ke rumahnya”.

Dia menyatakan “saya mengajak orang masuk ke rumah saya, saya berkongsi anak-anak saya, keluarga saya dan kehidupan saya dan saya harap anda terimanya dengan baik. Namun dilemparkan pula kata-kata kesat, dan bukan saja kepada saya, namun anak saya juga kena tempiasnya. 

Mereka mempunyai begitu banyak masa untuk membenci, dan saya hanya memadam dan menyekat mereka tetapi mereka sentiasa ada.”

Ramai orang mengkritiknya kerana dia masih menyusu badan anak-anak yang melebihi 12 bulan, mereka memanggil nama anak perempuannya seperti “fat c ***” dan “hippo” dan mengatakan bahawa mereka “menjijikkan” kerana masih menyusu badan. 

Dia menjelaskan yang orang tidak suka melihat kanak-kanak berusia lebih dari 12 bulan menyusu badan. Katanya lagi, “mereka mengatakan bahawa anak saya seorang kanak-kanak yang gemuk dan masih bergantung kepada saya. Mereka menyatakan bahawa saya menganggu mereka secara psikologi. Mereka fikir saya merosakkan anak-anak saya.”

“Semua orang rasa ia normal apabila menyusui bayi kecil, tetapi apabila bayi semakin membesar, orang ramai mengharapkan bayi itu ditukarkan ke susu lembu atau susu botol. Mereka tidak menjangkakan yang bayi sudah tumbuh gigi, sudah pandai berjalan untuk masih menyusu badan. Mereka harapkan bayi ini boleh menjadi lebih berdikari dengan menyusu botol.

Ibu lain turut mengutuk tindakannya

bidan bersalin

Menyusukan anak yang semakin membesar menjadi masalah kepada seseorang, mereka tidak biasa dengan situasi ini. 

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah bukan saja orang-orang biasa yang komen tidak baik pada gambar-gambarnya, ada juga ibu-ibu lain yang tidak setuju dengan perbuatannya itu. Mereka tidak faham mengapa saya lakukannya, dan itu yang lebih mengecewakan bidan bersalin itu. 

Ibu itu juga berkongsi bahawa, anda yang masih menyusukan bayi anda seharusnya berbangga dengan apa yang dilakukan, kerana orang-orang tak mampu lakukan benda yang sama. Jadi hadapinya dengan tabah walaupun berdepan dengan kritikan. 

Amy juga berpendapat bahawa, orang ramai perlu melihatnya untuk memahaminya. Dan bila selalu melihatnya barulah ia akan dinilai sebagai sesuatu yang normal. Dan Ibu ini juga berpendapat apa yang dilakukannya itu sebagai satu pendorong untuk ibu-ibu lain. Jangan biarkan stigma menghalang anda melakukan benda yang betul. 

Mitos menyusu badan anak yang sudah berusia

bidan bersalin

#1. Sudah tidak ada nutrisi

Susu ibu tetap susu ibu, tak kira berapa lama anda menyusu. Biarpun untuk kanak-kanak yang lebih tua, susu ibu masih susu original khas buat anak.

Stories Rakan Kongsi
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ini Cara Untuk Terap Tabiat Wang Sihat Dalam Anak Remaja Anda
Ini Cara Untuk Terap Tabiat Wang Sihat Dalam Anak Remaja Anda
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa

Ia bukan hanya membekalkan sejumlah besar nutrien penting pada tahun pertama, terutamanya protein, lemak, dan vitamin, faktor imun juga akan berubah dan bertambah apabila bayi anda semakin besar.

Sekiranya anak anda sakit, pemindahan air liur anak ke payudara anda akan merangsang pengeluaran antibodi supaya penyakit itu tidak kekal lama.

#2. Anak perlu cerai susu apabila mereka sudah pandai minta susu
Tidak sama sekali! Bayi anda sudah mula “minta” susu saat dia dilahirkan lagi. Apabila anak mengosok-gosok mukanya pada payudara anda, ini bermaksud dia lapar dan ingin menyusu.

Biarpun anak sudah pandai tarik baju ibu untuk minta susu, ini tidak bermaksud keperluan anak tidak sama dengan kanak-kanak yang diberi puting kosong, susu botol atau mainan kesayangan.

Ibulah yang jadi sumber keselesaan anak.

#3. Anak ada gigi mana boleh menyusu dah, nanti digigit!
Cuba fikirkan, boleh ke anda mengigit sambil minum dari straw minuman? Tak boleh bukan?

Jadi konsepnya sama dengan bayi anda. Apabila anak menyusu, lidahnya akan menutup bahagian gigi dan dia akan menggunakan mulut dan lidah untuk menghisap.

Jika anak anda boleh mengigit, maka dia bukannya sedang menyusu.

Keluarkan puting anda dari mulut anak dan beritahu mereka dengan suara yang perlahan tapi tegas yang mereka dilarang mengigit anda.

Sumber: Mirror

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menyusu Badan Buat Ibu Lebih Peka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Ini Berkongsi Perjalanan Menyusu Badan Di Media Sosial Dikecam Teruk, Anaknya digelar 'Hippo'
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham