X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Berjauhan Dengan Isteri Masa Hamil, Suami TOLONG Rajin Berhubung & Jaga Emosi Isteri!

4 min bacaan
Berjauhan Dengan Isteri Masa Hamil, Suami TOLONG Rajin Berhubung & Jaga Emosi Isteri!

Bila pasangan berjauhan, terasa sunyi pula...apatah lagi apabila sedang hamil.

Waktu hamil merupakan saat di mana wanita memerlukan sokongan emosi daripada orang sekeliling, khususnya pasangan. Tetapi ada sesetengah wanita yang hamil tanpa suami di sisi akibat perhubungan jarak jauh atas tuntutan kerja membuatkan isteri mula berasa sunyi.

Berjauhan dan bersendirian semasa hamil boleh menjadi agak mencabar untuk pasangan. Sudah tentu anda berdua ingin mengharungi masa istimewa ini bersama-sama untuk persediaan menyambut kedatangan cahaya mata yang ditunggu-tunggu bukan?

7 Idea Buat Ibu Hamil Tanpa Suami Di Sisi Kerana Tuntutan Kerja

Walau bagaimanapun, jadual kerja yang sibuk dan pilihan kerjaya mungkin bermakna tinggal untuk jangka masa yang panjang tetapi ada cara untuk membuatkan jurang itu lebih rapat. Ini beberapa tips untuk ibu yang hamil tanpa suami kebanyakkan masa, cuba ya!

#1 Sentiasa Berkomunikasi

perhubungan jarak jauh

Walaupun sibuk, suami jangan lupa untuk sentiasa menghubungi isteri ya. Ada banyak cara untuk teruskan berkomunikasi seperti telefon, media sosial dan panggilan video.

Jadikan ini satu aktiviti rutin supaya hari ibu akan sentiasa terisi dan dapat menjaga keperluan emosi, yang hakikatnya sama penting dengan hubungan fizikal.

Masing-masing pasti ada emosi, kebimbangan, harapan dan ketakutan sendiri bila akan menjadi ibu bapa tidak lama lagi. Jadi pastikan berkongsi pemikiran antara satu sama lain walaupun berjauhan!

#2 Lakukan Perkara Bersama-Sama

Walaupun isteri yang hamil, tetapi suami juga ingin turut menyokong perjalanan yang istimewa ini. Jadi ada beberapa aktiviti yang ibu ayah boleh lakukan bersama tau, contohnya:

  • Berkongsi artikel atau video tentang keibubapaan.
  • Muat turun aplikasi theAsianparent, daftar kehamilan dan ikuti perkembangan si manja sejak dalam kandungan.
  • Pilih nama si manja bersama-sama. 
  • Buat senarai keperluan bayi dan rancang kewangan bersama-sama.
  • Cari masa terluang untuk makan tengahari atau makan malam secara maya. Gunakan Skype atau FaceTime supaya boleh rasa seolah anda berada berdekatan.

#3 Kongsi Laporan Antenatal

Whatsapp imbasan ultrasound supaya pasangan masih dapat berkongsi detik istimewa walaupun berjauhan. Kongsi penerangan doktor mengenai perkembangan si manja dan jangan lupa ajak suami bersama sekiranya dia ada bersama nanti ya!

#4 Sibukkan Diri!

hubungan suami isteri

Bila hamil, banyak aktiviti yang terbatas dilakukan jadi ibu mungkin akan kerap bosan terutama apabila suami tiada di sisi.

Jadi apa kata ibu buat sesuatu yang menyeronokkan untuk diri sendiri seperti menyertai kelas, berjumpa rakan-rakan atau nikmati rancangan kegemaran secara berterusan sebelum sibuk dengan si kecil nanti. Hihi!

Jika ibu gemar menulis, mengapa tidak memulakan jurnal kehamilan dalam komuniti kami dan berkongsi pendapat anda dengan keluarga dan rakan-rakan?

Kalau anda lebih gemar sesuatu yang fizikal, buat buku skrap dan hias dengan pelbagai sticker dan foto imbasan comel untuk dikongsikan bersama apabila suami pulang bercuti nanti.

#5 Dapatkan Sokongan dari Ahli Komuniti theAsianparent.

Internet adalah tempat yang bagus untuk berhubung dan berkongsi cerita dengan para isteri yang mengalami keadaan yang sama. Ramai wanita mencipta rangkaian sokongan menggunakan media sosial atau dengan menyertai kumpulan dalam talian.

Muat turun sahaja aplikasi theAsianparent, daftar menggunakan email sedia ada dan ibu sudah boleh berkongsi kisah, bertanyakan soalan dan mengikuti perkembangan si manja dalam kandungan sehinggalah ke usia 6 tahun!

hamil tanpa suami

Klik sini untuk sertai komuniti kami!

#6 Jaga Diri Sendiri

Kehamilan juga bermakna ibu perlu beri lebih perhatian kepada diri sendiri! Nah, ini beberapa aktiviti yang ibu boleh lakukan untuk

  • Sertai kelas antenatal membantu ibu lebih memahami kehamilan dan bersedia untuk ketibaan bayi.
  • Manjakan diri anda dengan urut atau muka atau dapatkan makeover.
  • Cuba teknik meditasi dan bersantai agar tetap tenang dan bahagia.
  • Pilih hari tidak melakukan kerja rumah, sebaliknya hias bilik, baca buku kegemaran atau luah perasaan sepenuhnya kepada pasangan sekiranya perlu.

#7 Luang Masa Bersama Dengan Kerap Apabila Suami Pulang

berjauhan dengan suamiå

Apabila bayi lahir kelak,lebih banyak tumpuan akan diberikan buat si kecil itu. Jadi setiap masa yang terluang, apa kata ibu ayah rancang sebaiknya untuk bercuti bersama, mungkin  percutian ‘baby moon’?

Walaupun berjauhan ibu ayah kena ingat untuk sentiasa berkomunikasi dan jangan lupa tanggungjawab sesama pasangan pula. Emosi si ibu perlu dijaga sebaiknya semasa hamil, apatah lagi semasa berpantang kelak.

Ia mungkin bukan perkara yang mudah apabila berjauhan, jadi ibu jangan menyimpan perasaan ya. 🙂

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Berjauhan Dengan Isteri Masa Hamil, Suami TOLONG Rajin Berhubung & Jaga Emosi Isteri!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comisteri-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Berjauhan Dengan Isteri Masa Hamil, Suami TOLONG Rajin Berhubung & Jaga Emosi Isteri!
Kongsikan:
  • Tak Kerja Bukan Alasan Suami Patut Buat Isteri Macam Kuli, Sebab Itu Mereka Mengeluh Penat!

    Tak Kerja Bukan Alasan Suami Patut Buat Isteri Macam Kuli, Sebab Itu Mereka Mengeluh Penat!

  • 5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam, Ingat Suami JANGAN Ambil Lewa Tau!

    5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam, Ingat Suami JANGAN Ambil Lewa Tau!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Tak Kerja Bukan Alasan Suami Patut Buat Isteri Macam Kuli, Sebab Itu Mereka Mengeluh Penat!

    Tak Kerja Bukan Alasan Suami Patut Buat Isteri Macam Kuli, Sebab Itu Mereka Mengeluh Penat!

  • 5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam, Ingat Suami JANGAN Ambil Lewa Tau!

    5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam, Ingat Suami JANGAN Ambil Lewa Tau!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.