TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi Mengalami Masalah Kuning? Jaga-Jaga, Kadar Bilirubin Tinggi Turut Merosakkan Otak!

4 min bacaan
Bayi Mengalami Masalah Kuning? Jaga-Jaga, Kadar Bilirubin Tinggi Turut Merosakkan Otak!

Penyakit bayi kuning merupakan masalah yang biasa menyerang selepas kelahiran. Ia dikatakan terjadi pada 60 peratus bayi sihat dan memerlukan rawatan harian

Jika ibu baru sahaja melahirkan anak, ada besar kemungkinan mengalami kuning bayi atau Neonatal Jaundince. Keadaan ini adalah normal terjadi ketika si kecil anda memiliki kadar bilirubin yang tinggi.

Supaya ibu ayah tidak panik, ketahui fakta-fakta penting mengenai bilirubin. Bayi kuning sebenarnya merupakan suatu keadaan yang kerap kali menyerang bayi sihat sehingga 60 peratus.

Dalam hal ini, ibu ayah perlu sentiasa memantau keadaan bayi. Jika kuning semakin kelihatan dan bayi mengalami demam lebih 37.8 darjah celsius, sebaiknya segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Fakta Bilirubin yang menyebabkan masalah kuning bayi

masalah kuning bayi

Bilirubin adalah pigmen berwarna kuning yang hadir dalam darah atau kotoran manusia. Bagi mengetahui kadar bilirubin di dalam tubuh, perlu melalui ujian dengan pengambilan sampel darah.

Bukan itu sahaja, bilirubin diproses oleh tubuh ketika protein hemoglobin di dalam sel darah merah yang sudah berusia mula mengalami kerosakan. Namun ia adalah wajar terjadi bagi menggalakan pertumbuhan sel darah baharu.

Kegagalan hati dalam memproses bilirubin akan mengakibatkannya menjadi terlalu tinggi, gangguan pencernaan atau keradangan. Keadaan ini sekaligus mendorong kulit dan bahagian mata mulai kelihatan kekuningan yang dikenali sebagai jaundice.

#1. Bayi kuning selepas lahir disebabkan oleh bilirubin tinggi

Hati bayi baru lahir tidak dapat untuk memproses kadar bilirubin dengan baik dan berisiko masalah kuning bayi kerana faktor berikut:

  • Bayi pramatang lahir sebelum usia kandungan 37 minggu.
  • Tidak memperoleh susu ibu atau formula mencukupi.
  • Bayi dengan golongan darah berlainan dengan ibu.

Selain bilirubin, penyebab terjadinya jaundice tinggi adalah kerana jangkitan, ketidakcukupan enzim dan sel darah merah tidak normal.

Sebahagian besar kes, jaundice akan sembuh dengan sendirinya seiring dengan perkembangan hati bayi. Biasanya kuning pada bayi akan hilang lebih kurang dua hingga tiga minggu.

Namun jika bilirubin terlalu tinggi, ia berpotensi mengakibatkan masalah pendengaran, cerebral palsy dan kerosakan otak.

#2. Kadar normal bilirubin pada bayi

kuning bayi berkaitan bilirubin

Bayi yang baru lahir akan melalui ujian yang disebut sebagai neonatal screening. Ia adalah salah satu kaedah untuk mengetahui kadar bilirubin pada bayi.

Nilai yang dianggap normal bagi bayi baru lahir adalah di bawah 5mg/dL. Bagi kes jaundice serius, elakkan membiarkannya terlalu lama kerana boleh menyebabkan Kernikterus iaitu kerosakan pada otak.

Berikut kadar bilirubin yang sesuai dengan usia bayi:

  • Lebih dari 10mg/dL pada bayi berusia kurang 10 hari
  • Lebih 15mg/dL pada bayi berusia 1-2 hari
  • Pada bayi usia 2-3 hari, lebih 18mg/dL
  • Pada usia lebih 3 hari, lebih dari 20mg/dL

Bagi menurunkannya, bayi mungkin perlu melalui fototerapi, transfusi immunoglobulin dan penggantian darah.

#3. Kenaikan bilirubin tidak hanya berlaku pada bayi, malah orang dewasa juga berisiko

Tidak hanya menyerang golongan bayi, kenaikan bilirubin ini turut boleh terjadi pada orang dewasa. Kadar bilirubin normal pada orang dewasa adalah sekitar 0.2 hingga 1.2mg/dL.

Sekiranya peningkatan bilirubin lebih dari 2mg/dL, ia berkemungkinan petanda bahawa seseorang berdepan serangan penyakit tertentu.

Jumlah bilirubin yang meningkat boleh terjadi kerana gangguan hati, penyakit pada hempedu, kerosakan sel darah merah dan kesan sampingan dari pengambilan ubat.

merawat kuning bayi

Oleh hal demikian, jangan panik sekiranya si manja anda berdepan masalah kuning. Ia adalah sesuatu yang boleh diubati sekiranya ibu ayah mengikuti nasihat doktor dan mengamalkan pemakanan sihat.

Penjagaan diri ibu selepas pantang adalah amat penting dan amat mempengaruhi perkembangan kesihatan bayi. Hal ini kerana sistem imunisasi bayi perlu dibina seawal mungkin agar si manja bebas dari sebarang jenis serangan penyakit berbahaya.

Jika pelbagai cara sudah diambil, namun bayi tidak menunjukkan sebarang tanda pengurangan, jangan berlengah untuk ke hospital berdekatan bagi membolehkan bayi mendapat pemerhatian rapi daripada petugas kesihatan.

Justeru, ibu ayah perlu saling bekerjasama melalui waktu ini agar masalah kuning bayi segera dapat diatasi.

Sumber: Penulis asal Anissa. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Teknik Paling Selamat & Mujarab Untuk Hilangkan Kuning Bayi, Disyorkan Doktor

Stories Rakan Kongsi
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Mengalami Masalah Kuning? Jaga-Jaga, Kadar Bilirubin Tinggi Turut Merosakkan Otak!
Kongsikan:
  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Keperluan Zat Besi pada Usia 6 Bulan: Apa yang Ibu Perlu Tahu

  • Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu
    Stories Rakan Kongsi

    Pengasuh Transit Boleh Ke Tukar Harga Sesuka Hati? Ini Hak Ibu Bapa Yang Ramai Tak Tahu

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham