Ketika mengandung, rata-rata ibu dinasihatkan untuk mengambil pemakanan berkhasiat bagi mengekalkan kesihatan bayi dalam kandungan. Tahukah anda bahawa ada beberapa makanan ibu untuk bayi kuning boleh diambil sebagai ikhtiar untuk bebas dari masalah ini?
Sebenarnya adalah normal bagi kebanyakan bayi baru lahir terkena jaundice. Ibu dalam pantang terpaksa ulang alik ke klinik bagi membuat pemeriksaan darah si manja agar tiada sebarang masalah kesihatan.
Makanan ibu untuk bayi kuning, wanita ini kongsi amalan ketika mengandung
Seorang pengguna Facebook, Ticer Huda berkongsikan perasaan gembira dan lega apabila bayinya yang baru lahir bebas jaundice.
Hari pertama check up baby. Syukur banyak-banyak sebab baby tak ada jaundice. Bacaan rendah, cuma kena follow up lagi dua hari sebelum turn off.
Kalau abang-abang dia dulu, lama sampai 18 hari. Letih ulang klinik untuk berjumpa cik misi.
Ticer ada terbaca masa awal mengandung dulu, makanan ibu untuk bayi jaundice. Tips dia mudah sahaja. Makan anggur hitam ketika usia kandungan 7 hingga 8 bulan dan susu kambing higoat original (optional)
Ticer mula makan 8 bulan ke atas, hari-hari buat overnight oat dengan anggur. Bekal pergi skolah dan sebelum tidur. Alhamdulillah berkesan. Mommies yang masih preggy boleh amalkan yer.
Option ikhtiar makanan ibu untuk bayi kuning minum ticer amal susu fernleaf + susu kambing setiap hari.
Ticer darah 0 positif sangat cepat anak kena kuning. Anak pertama dan kedua, seminggu di hospital lampu kuning sampai ticer stres sikit. Jadi kali ni ticer cuba ikhtiar.
Anggur tu memang makanan ruji masa mengandung. Bukan makan sekali skala. Tapi harian. Nak sangat keluar wad cepat. Tak nak stress pasal anak kuning sampai 2-3 minggu.
Alhamdulillah kali ini Allah izin🤲🏻. Tidak perlu berulang klinik sampai kita naik stres.
Pengalaman bersalin bayi dengan berat 3.83kg
Ticer simpan di sini sebagai kenangan indah anak soleh ketiga yang supercute, bamm bamm dan so putehhhh.
Alhamdulillah selamat bersalin seorang lagi bayi lelaki dengan kadar berat 3.83 kg pada 5/10/2022. Kusss semangat besar dia.
✅Hari Pertama
Dari awal masuk wad hingga sebelum bersalin memang tak ada kontraksi, tak sakit cuma masuk wad sebab temujanji due date.
Ada air ketuban lebih sikit bacaan 21 gitu. Jadi macam masuk hotel makan dan tidur sahaja kerjanya. Punyalah selesa sampai minta suami nak makaan macam-macam.
✅Hari Kedua
Masih lagi layan bayi mengeras sahaja, tidak ada rasa sakit memang tunggu kalau ada kontraksi yang lebih kuat. Tapi tidak ada, bertenang sambil buat content.
Doktor periksa bukaan dah 2cm, proses untuk induce belon. Juga tidak sakit, tapi tidak selesa sekejap. Tapi bila belon dah jatuh pada jam 5 petang, lepas maghrib bukaan rahim dah agak besar.
3 orang doktor periksa perut dan buat imbasan selepas tengok kedudukan bayi.
Rupanya baby ZH ni berada dalam keadaan baring melintang. Kepala ke kanan dan kakinya ke kiri. Macam ada renang berirama, Aduh nanti Ommi daftar adik masuk acara renang sukma.
Terus tandatangan untuk emergency caesar sebab kebarangkalian bahaya tunggu sampai esok. Pakai gown biru dengan veil biru macam nak nikah lagi sekali🤣.
Tolak OT ala ala macam drama tu, bius half terus baby keluar dengan nyaringnya. Pukul 2.30 pagi semua selesai masuk wad semula. Syukur ya Allah.
✅HARI KETIGA
Selepas 6 jam baru boleh bangun ke tandas dan baby ZH masih tidur. Very good boy sampai petang ni pun masih tak kacau ommi.
Sekian pengalaman bersalin yang tidak jumpa-jumpa contraction, tidak sakit dan tidak serik sangat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Jangan Berlengah Jika Mata Bayi Kuning, Ia Petanda Gejala Penyakit Yang Serius
Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!
Baca juga: Bayi Kuning Tanda Jaundis Yang Teruk, Ibu Ayah Please Alert, Demam Kuning Boleh Undang Bahaya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!