Baju bayi baru lahir memang comel-comel belaka. Buat para ibu yang sedang mengandung dan bakal melakukan persiapan pastinya anda kini sedang ‘mencuci mata’ untuk membeli barangan bayi seperti baju bayi cotton, bedung baby, baju baby girl, baju baby boy, dan sebagainya, kan?
Memang excited pun waktu ini. Kalau tengok di kedai barangan bayi, macam nak borong semua benda pun ada. Terutamanya untuk anak pertama. Memang akan lebih ‘spoil’ orang putih kata.
Tapi ingat ibu-ibu, baju bayi baru lahir ini tak perlu dibeli banyak sangat. Memang semuanya comel-comel, tapi mereka ini akan cepat membesar dan baju-baju tersebut akan tidak digunakan lagi selepas beberapa bulan.
Mana tidaknya, hari-hari bayi minum susu ibu, tembamlah si kenit!
Adakah Baju Bayi Perlu Berlapis-Lapis?
Jawapannya, tidak perlu. Ibu-ibu, anda perlu diketahui bahawa si ibu sebenarnya yang akan ‘menghangatkan bayi’. Inilah salah satu sebab kenapa ibu ayah digalakkan untuk menikmati sebanyak mungkin momen-momen sentuhan kulit ke kulit bersama bayi anda.
Jadi, tak perlu pun nak memastikan bayi anda kekal hangat dengan pemakaian lengkap sehingga ‘membungkus’ anak sendiri. Kasihanilah mereka.
Di bawah ini kami berikan panduan tentang pemakaian bayi mengikut cuaca. Jangan pula cuaca sejuk, dipakaikan pakaian terlalu nipis. Tak kena pula!
-
- Jika bayi anda berada dalam suhu bilik, si kecil ini hanya memerlukan selapis sahaja lagi kain tambahan dari orang dewasa. Ini bermakna, selimut atau kain bedung sebagai tambahan dari sepasang baju yang sedang dipakainya pada ketika itu. Topi, sarung kaki dan sarung kaki tidak perlu – kecuali jika kuku bayi panjang.
- Jika bayi anda berada di dalam bilik yang sejuk/berhawa dingin, mereka perlu untuk dipakaikan topi dan serung kaki walaupun bayi telah diselimut atau dibedung.
- Jika bayi anda berada di luar rumah yang panas atau bahang, sepasang baju sahaja sudah memadai. Jangan terlalu mengikuti ‘standard’ set lengkap pakaian bayi sampai nak pakaikan topi, baju berlapis-lapis pada waktu panas.
Mitos Mengenai Pemakaian Baju Bayi
Ibu-ibu baharu pasti keliru, kadangkala terdengar nasihat orang tua-tua untuk memastikan pemakaian bayi baru lahir secara lengkap sampaikan berlapis-lapis pula. Tapi kadangkala, ada juga sesetengah pihak memberi nasihat supaya bayi baru lahir dipakaikan baju nipis sahaja. Kasihan mereka kepanasan.
Alamak, yang mana satu nak dengar dan praktik ini?
Para ibu muda dan baharu kebiasannya hanya mengikut kebiasaan orang tua ataupun para ibu lain yang melakukan perkara ini. Sehinggakan ada juga kami pernah melihat seorang bayi yang memakai ‘romper’ sahaja.
Tapi jawapan paling popular kepada soalan ‘Kenapa ibu ayah bungkus anak tak kira tempat?’ adalah: Mereka risau anak akan kembung. Tapi betul ke adat ini? Apa pula rasa si kecil yang ‘dibungkus’ itu? Mereka hanya mampu menangis sebagai tanda yang diberikan bahawa mereka sebenarnya tidak selesa dan sedang panas.
Untuk pengetahuan ibu ayah, sumber mendapati bahawa angin dalam badan bayi adalah dari proses pencernaan makanan/susu yang berlaku dalam badan bayi – dan bukanlah dari sumber angin luar.
Ia juga bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan ibu ayah. Ini kerana ibu ayah tidak dapat mengawal proses pencernaan bayi. Maksudnya di sini adalah sebahagian bayi memang secara semulajadi ‘banyak angin’ dalam badan, berbanding bayi lain kerana fisiologinya memang begitu.
Cuma, faktanya di sini adalah bayi-bayi memang ada isi dalam perut mereka sebab itulah mereka mudah kembung, alahan, atau sensitif pada makanan tertentu. Tapi sebenarnya bayi bukan senang-senang untuk diserang kembung perut.
Risiko Bayi Pakai Baju Berlapis Dalam Cuaca Panas
Bayi yang memakai terlalu banyak lapisan selimut atau pakaian lebih berisiko tinggi untuk ‘overheat’ dan SIDS (sindrom kematian bayi mengejut).
Jika anda membawa bayi keluar, tanggalkan pakaian bayi anda sebaik sahaja pulang ke rumah (ya, walaupun bayi sedang tidur!). Pastikan suhu bilik sentiasa sejuk dan sesuai untuk si kecil. Ini kerana bayi anda seharusnya berasa suam dan selesa, bukannya panas.
Untuk rekod, SIDS paling kerap berlaku pada usia 2-4 bulan apabila sistem kardiorespiratori semua bayi berada dalam peralihan pantas dan oleh itu tidak stabil. Jadi, semua bayi dalam lingkungan umur ini berisiko untuk menghadapi keadaan di mana kawalan saraf pernafasan yang tidak berfungsi.
Apabila bayi terlalu panas, mereka mungkin akan kelihatan kemerah-merahan dan berpeluh atau mereka mungkin bernafas dengan lebih cepat. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi rewel dan mudah marah dan, dalam kes yang lebih ekstrem, membawa kepada strok haba.
Jika bayi anda kelihatan terlalu panas, mula tanggalkan lapisan baju mereka dan hubungi pakar pediatrik atau 911 jika badan si kecil masih panas.
Berapakah Suhu Yang Tepat Untuk Bayi?
Walau apa pun cuaca di luar, suhu bayi anda hendaklah sentiasa antara 34-36 darjah celsius bacaan rektum sentiasa paling tepat. Apabila ia di luar julat normal, itu mungkin tanda penyakit.
Apatah lagi, sama ada musim panas atau musim sejuk, nursery bayi harus berada di antara 16 dan 22 darjah celsius. Jika bayi anda pramatang, pastikan termostat lebih tinggi daripada 22 darjah celsius.
Jika terlalu panas, ia boleh meningkatkan risiko SIDS. Jika terlalu sejuk, ia boleh menyebabkan risiko hipotermia sekiranya suhu anak kecil anda turun ke paras rendah yang berbahaya. Apabila bayi anda sakit dan demam, pakaikan dia dengan kain akrilik yang lebih ringan.
Cara ‘Wrap’ Atau Bedung Bayi Dengan Betul
Membedung bayi dilakukan untuk membantu mereka lebih selesa untuk tidur, serta kekal dalam posisi tidur yang selamat di belakang mereka. Jika anda memilih untuk membedung bayi anda, gunakan pembalut kapas atau kain muslin yang ringan.
Pastikan bedungan/balutan tidak melepasi bahu bayi anda atau menutupi kepala, telinga atau dagu bayi. Balutan yang terlalu tinggi boleh menghalang pernafasan bayi anda dan menyebabkan terlalu panas.
Periksa juga bahawa terdapat ruang yang cukup untuk bayi anda meregangkan kakinya dan balutan tidak terlalu ketat di dada dan pinggul bayi. Membungkus kaki dan dada bayi terlalu ketat boleh menyebabkan masalah pinggul dan pernafasan.
Si kecil juga boleh dibalut sejak lahir sehingga mereka mula menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka boleh berguling ataupun membuat ‘tummy-time’, kebiasaannya sekitar umur mereka mencecah 4 bulan.
Apa pun, ibu ayah perlu sentiasa beringat untuk memastikan si kecil sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa. Tidak terlalu panas, dan tidak terlalu sejuk.
Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sebelum Excited Beli Baju Bayi Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!
Baca juga: Sedang Mencari Sabun Cuci Pakaian Bayi Yang Bagus? 7 Jenama Ini Terbaik Buat Si Manja
Baca juga: 6 perkara yang ibu bapa perlu ingat sebelum pilih fesyen dan baju anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!