X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

4 min bacaan
Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu TahuSemua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Tanda lahir bayi adalah tanda pada kulit bayi yang terjadi lepas lahir atau ketika besar. Kadang, ia perlu diperiksa doktor. Anak anda ada tanda lahir yang mana?

Tanda lahir ialah satu perkara normal walaupun tidak semua bayi dilahirkan dengan tanda lahir. Namun begitu, sesetengah tanda lahir bayi membuatkan ibu bapa cemas. Ini mungkin kerana warna, saiz malah bentuknya yang sedikit lain.

Usah risau! Ada sesetengah tanda lahir bayi ini selamat sepenuhnya. Namun jika anda tidak yakin, boleh bertanya lebih lanjut pada doktor anda.

Apa Itu Tanda Lahir Bayi?

Tanda lahir bayi adalah kesan atau tanda pada kulit yang selalunya kelihatan sejak lahir, tapi ia juga boleh muncul selepas itu.

Ia boleh jadi leper atau timbul dan menurut John Hopkins Medicine, ia sebenarnya terdiri dari sel pigmen atau saluran darah yang tidak normal.

Baca juga: Berdebarnya Bila Part Kena Potong Kuku Bayi, Salah Teknik Nanti Si Manja Boleh Cedera!

Sebab sebenar terjadinya tanda lahir masih tidak diketahui, tapi kebanyakan tanda lahir tidak berbahaya.

tanda lahir bayi

Tanda lahir jenis Stork bites di belakang leher. Foto ehsan: flickr

Ia boleh muncul di mana saja. Terdapat dua jenis tanda lahir:

  • tanda lahir berpigmen: berwarna akibat pigmen berlebihan di kawasan kulit tersebut. Selalunya berwarna gelap seperti tahi lalat.
  • tanda lahir vaskular: terjadi disebabkan saluran darah berkumpul di bawah kulit dan memberikan kesan kemerahan atau merah jambu.

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang jenis-jenis tanda lahir, anda perlu tahu yang majoriti tanda lahir tidak berbahaya, tapi ada juga yang perlu diperiksa doktor.

Contohnya:

  • terletak di bahagian bawah belakang – ini mungkin menunjukkan isu saraf tunjang.
  • tanda lahir sangat besar di muka, leher atau kepala
  • terletak di bahagian yang boleh menjejaskan pergerakan atau perkembangan. contohnya kelopak mata
  • semakin membesar, atau terdapat perubahan yang ketara seperti warna atau tekstur.

Berikut adalah 5 jenis tanda lahir yang biasa terjadi. Anak anda ada tanda lahir yang mana?

1. Salmon patches/stork bites/angel kisses

Dikenali dengan 3 nama ini, ia berwarna merah jambu/ungu dan tidak rata. Selalunya ada di kelopak mata, dahi, bibir atas atau belakang leher.

tanda lahir bayi

Salmon patches adalah sangat biasa dan ada pada hampir 70% bayi yang baru lahir dan menurut John Hopkins Medicine, ia terbentuk akibat kapilari kecil yang dekat dengan permukaan kulit.

Ia akan lebih ketara apabila bayi menangis atau terdapat perubahan cuaca.

Tanda lahir yang muncul di dahi atau kelopak mata (angel kisses) akan hilang apabila bayi anda mencapai umur 2 tahun.

Walaubagaimanapun, stork bites (belakang leher) mungkin akan kekal hingga dewasa. 

2. Bintik Café au lait

Tanda lahir yang leper dan berwarna coklat ini sering kali dalam bentuk bujur dan dapat dilihat sejurus selepas dilahirkan.

Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Kredit: webmd.com

Warnanya boleh semakin pudar atau saiznya semakin kecil apabila si kecil membesar.

Bintik Café au lait kadang-kala muncul lebih dari satu.

Menurut Medical News Today, mereka yang mempunyai lebih dari 4 tanda lahir ini mungkin mempunyai neurofibromatosis.

Ia merupakan sejenis penyakit yang diturunkan secara genetik di mana tisu saraf tumbuh nerofibromas yang mungkin tidak bahaya atau sebaliknya dengan menekan tisu saraf dan tisu lain.

Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Foto ehsan wikimedia

Jika anda dapat melihat lebih dari 4 tanda lahir ini pada anak anda, dapatkan nasihat dari doktor dengan segera!

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari

3. Port wine stains (nevus flameus)

Ini adalah tanda lahr vaskular yang muncul ketika lahir dengan warna merah jambu cair hingga ungu gelap. Ia selalunya ada di muka, kepala dan leher.

Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Kredit: catersnews.com

Ia tidak akan hilang apabila bayi semakin membesar. Malah ada yang menjadi semakin gelap dan besar. Ada juga yang leper semasa lahir tapi menjadi semakin timbul.

Selalunya, jika seseorang ingin menghilangkan tanda lahir ini, mereka akan menggunakan sejenis laser khas.

Walaupun jarang terjadi, tetapi menurut Medical News Today, tanda lahir ini mungkin berkait dengan keadaan yang dipanggil sindrom Sturge-Weber yang berkait rapat dengan masalah penglihatan atau pertumbuhan yang lambat. 

4. Bintik Mongolian

Tanda lahir yang berwarna kelabu ini selalunya dijumpai pada bayi Asia atau bayi yang berkulit gelap.

Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Kredit: dermboard.org

Ia selalunya berada di bahagian belakang bayi dan terjadi disebabkan pigmen yang berlebihan.

Selalunya ia akan hilang apabila bayi berusia 3 atau 4 tahun. 

5. Hemangioma

American Academy of Dermatology menjelaskan terdapat 2 jenis hemangioma. Ia adalah:

  • muncul di permukaan kulit, strawberrry hemangiomsa kerana warna merah terang dan bentuknya
  • berada di bawah permukaan kulit, ungu kebiruan yang timbul pada kulit
Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Kredit: healthline.com

Walaupun di awal usia, kedua-dua jenis tanda lahir ini membesar dengan cepat, tetapi ia akan mengecut kemudian.

Apabila anak itu berusia 10 tahun, tanda lahir ini akan meleper dan semakin pudar.

Secara amnya, kedua-dua jenis hemangioma tidak perlu dirisaukan. Namun, sekiranya ia terletak di matanya, tekak atau mana-mana yang mengganggu aktiviti kanak-kanak itu, dapatkan nasihat doktor.

Ha… anak anda ada tanda lahir yang mana? Kongsi dengan kami!

Sumber: theAsian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Kongsikan:
  • Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!

    Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!

  • Bayi Dehidrasi Ini Maut Tanpa Disedari Ibunya Yang Alami PCOS & Susu Tak Cukup!

    Bayi Dehidrasi Ini Maut Tanpa Disedari Ibunya Yang Alami PCOS & Susu Tak Cukup!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!

    Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!

  • Bayi Dehidrasi Ini Maut Tanpa Disedari Ibunya Yang Alami PCOS & Susu Tak Cukup!

    Bayi Dehidrasi Ini Maut Tanpa Disedari Ibunya Yang Alami PCOS & Susu Tak Cukup!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.