TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Perempuan Comel Raih Perhatian Ramai, Miliki Tanda Lahir Unik Pada Wajahnya

4 min bacaan
Bayi Perempuan Comel Raih Perhatian Ramai, Miliki Tanda Lahir Unik Pada Wajahnya

Tanda lahir bayi sememangnya menjadi perhatian orang jika ia tumbul pada bahagian tubuh yang terdedah seperti muka, lengan atau kaki dengan saiz agak besar.

Tanda lahir bayi sering dianggap sebagai sesuatu yang unik kerana tidak semua memilikinya. Menurut American Academy of Pediatric (AAP), ia adalah bintik-bintik berwarna yang muncul pada permukaan kulit ketika lahir atau tidak lama selepas dilahirkan.

Tanda lahir ini juga memiliki warna berbeza seperti coklat muda, coklat tua, hitam, merah muda, putih, merah atau ungu. Adalah normal bagi ibu ayah baru mendapati timbulnya tanda lahir pada kulit bayi sehingga mendatangkan perasaan panik.

Tanda lahir bayi, ibu ini kongsi rasa bangga dan unik yang ada pada anaknya

tanda lahir anak

Seorang ibu, Nichole tinggal di kawasan Missouri telah memperkenalkan bayi perempuannya berusia 5 bulan yang dilahirkan dengan Nevus Melanositik Kongenital (CMN) iaitu tahi lalat gelap atau tanda semasa lahir.

Nichole menceritakan kali pertama dia berjumpa dengan bayinya, Winry Kay dan reaksi apabila melihat tanda lahir yang begitu besar pada sebahagian wajahnya. 

”Sebaik sahaja bersalin, pihak petugas telah menyerahkan bayi untuk saya melakukan hubungan kulit ke kulit dan memberi susu badan. Pada pandangan pertama, secara jujurnya saya hanya menganggap ia adalah kesan lebam disebabkan oleh proses bersalin.”

”Namun setelah melihatnya dengan teliti, ia jelas bukan sekadar lebam biasa. Seperti ibu yang lain, saya berasa risau ia berkaitan dengan masalah kesihatan yang lain.”

Tanda lahir pada bayi memberikan nilai estetik 

tanda lahir bayi

Bayi yang memiliki tanda lahir adalah sesuatu jarang berlaku. Kira-kira 1 dari 20,000 hingga 500,000 bayi mengalami Nevus Melanositik Kongenital (CMN) ini.

”Tanda lahir pada wajah Winry amat berbeza kerana saiznya agak besar dan warna gelap. Ini memberikannya nilai estetik, namun saya menarik nafas lega kerana kehadiran tanda ini tidak menjejaskan kesihatannya.” jelas Nichole.

Seperti kebiasaannya, setiap kelahiran cahaya mata pasti membuatkan orang sekeliling tumpang gembira dan teruja untuk melawat bayi baru lahir.

”Tetamu atau pelawat yang datang Winry akan memerhatikan kelainan yang ada pada wajahnya. Pada awalnya, saya mengaku berasa agak kekok dan tidak yakin untuk membawa dia berjumpa dengan orang lain.

”Setiap yang datang menghampiri pasti bertanyakan kepada kami, apakah itu dan tidak tahu mengenainya. Apa yang kami katakan, kami sendiri tidak tahu punca ia berlaku.”

”Tetapi sebahagian besarnya, kami cuba berfikiran positif dan menerima seadanya kelainan yang pada wajah Winry.” jelasnya.

Kerap berkongsi gambar Winry di media sosial

Sebagai ibu ayah, Nichole juga sering berkongsi gambar bayi perempuannya di media sosial bagi meraikan tanda lahir yang unik dan menyebarkan kesedaran mengenai CMN.

”Ada banyak perkara baru yang kami pelajari daripadanya. Dari sinilah saya rasa Winry mula mendapat perhatian ramai orang kerana kelainan yang ada pada wajahnya.”

”Setiap perbezaan tidak seharusnya dianggap sesuatu pelik. Ia hendaklah dirai kerana merupakan ciptaan Tuhan yang unik serta berbeza daripada orang lain.” katanya.

Siapa sangka perkongsian kisah dan gambar-gambar Winry di media sosial telah menarik perhatian Zebeded, iaitu sebuah agensi yang mengetengahkan model kurang upaya atau memiliki perbezaan.

tanda lahir hitam pada bayi

”Saya dan suami pernah bergurau dengan mengatakan bahawa dia mungkin menjadi seorang model terkenal pada suatu hari nanti. Hanya dengan sedikit perbezaan ini mungkin memberikan banyak kelebihan buat dirinya.”

”Kami sering bersikap positif ketika memaparkan perbezaan. Kini saya berasa betul-betul lega apabila berjumpa dengan banyak orang menerima kelainan yang ada pada wajah Winry.” jelasnya.

Nichole turut mengakui bahawa semakin banyak perbezaan yang dikongsi, ia menjadi semakin normal dan orang tidak perlu menatap wajah Winry terlalu lama kerana mereka tidak pernah melihatnya sebelum ini. 

Apabila bercakap daripada hati seorang ibu, sudah tentu saya berasa sedikit risau dan memikirkan bagaimana keadaannya ketika dewasa nanti. 

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

”Jika awal-awal kelainan yang ada pada wajahnya telah dikongsi kepada orang lain, saya rasa ia sedikit sebanyak dapat membantu Winry.” katanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bayi Ini Mempunyai Tanda Lahir Berbentuk Love Yang Comel Sekali!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Perempuan Comel Raih Perhatian Ramai, Miliki Tanda Lahir Unik Pada Wajahnya
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham