Bilakah berlakunya perubahan kulit gelap ketika hamil?
Kredit: Shutterstock
Benarkah mitos yang berlegar mengatakan kulit ibu hamil yang semakin gelap itu tanda mengandung bayi lelaki?
Sebelum perkembangan teknologi yang canggih diperkenalkan, masyarakat dulu percaya dan memiliki cara tersendiri untuk mengetahui jantina bayi. Salah satunya adalah kulit gelap ketika hamil. Namun sejauh mana kebenaran mitos ini?
Perubahan bentuk tubuh dan keadaan kulit ibu hamil merupakan mitos yang masih dipercayai orang sehingga kini. Contohnya kulit gelap ketika hamil menandakan wanita tersebut sedang mengandung bayi lelaki.
Kredit: webmd.com
Sayangnya itu hanyalah mitos yang tiada kesahihan. Semasa hamil, penghasilan pigmen melanin dalam tubuh cenderung meningkat, lalu mengakibatkan Melanocyte Stimulating Hormone turut naik. Sekaligus, ia menjadi punca kulit gelap ketika hamil berbanding sebelum kehamilan.
Kawasan kulit yang gelap ini biasanya dikenali dengan choasma dan melasma. Chloasma berlaku disebabkan tubuh menghasilkan terlalu banyak melanin. Namun, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerena ia dapat melindungi kulit dari radikal bebas yang membahayakan.
Manakala, peningkatan hormon estrogen pula dapat membuatkan kulit kelihatan lebih cerah disebabkan lebaran pembuluh darah yang dipanggil pregnancy glow yang biasa terjadi semasa trimester pertama.
Ketika hamil juga, kelenjar peluh yang keluar itu boleh menyebabkan jerawat tumbuh lebih banyak berbanding sebelumnya. Makanya, tiada penelitian yang menunjukkan perubahan kulit semasa hamil ada kaitan dengan jantina bayi.
Kredit: Shutterstock
Perubahan hormon ini biasanya berlaku di awal kehamilan lagi di mana beberapa bahagian kulit wajah mudah untuk berubah warna gelap seperti di pipi, kening, bibir dan bawah mata.
Namun, tak usah terlalu bimbang kerana ia akan kembali asal selepas bersalin.
Selain kulit hitam, berikut ini adalah masalah lain yang mungkin boleh timbul ketika kehamilan anda:
Terdapat beberapa bahagian tubuh yang cepat hitam seperti puting payudara, leher, celah kelangkang paha, kawasan alat kelamin dan lain-lain.
Kredit: Merries.co.id
Selulit memang tidak dapat lari sepanjang hamil yang selalu dimulai dengan warna kemerahan dan gatal-gatal. Ia kerana kulit badan semakin meregang kerana pertambahan saiz badan dan kandungan yang semakin membesar.
Kredit: medicalnewstoday.com
Ada mitos yang mengatakan kalau wajah ibu ditumbuhi jerawat yang banyak itu tandanya hamil bayi perempuan kerana si kecil telah mencuri kecantikan ibunya.
Walhal, ia disebabkan perubahan horman dalam tubuh yang mendorong kelenjar minyak terhasil lebih banyak lantas menyebabkan jerawat tumbuh dengan sangat cepat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Petty Lubis dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!
Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!
Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!
4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!