X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Dedah Realiti Kerja Pramugari, Krew Yang Hamil Diberi Cuti 9 Bulan Tanpa Gaji

4 min bacaan
Wanita Dedah Realiti Kerja Pramugari, Krew Yang Hamil Diberi Cuti 9 Bulan Tanpa Gaji

Kerja pramugari ada cabaran tersendiri, lebih-lebih lagi jika anda disahkan mengandung. Ibu perlu cuti tanpa gaji sepanjang 9 bulan kehamilan

Malaysia kini bakal memasuki fasa endemik bermula 1 April. Namun begitu, sempadan-sempadan keluar masuk negara telah dibuka dan rakyat Malaysia dibenarkan melancong ke luar negara sekiranya mempunyai vaksin. Maka, wanita-wanita yang kerja pramugari sudah mulai sibuk dengan penerbangan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kerja pramugari ketika hamil, bolehkah pramugari bertugas saat sedang hamil?
  • Risiko meneruskan penerbangan pada waktu tempoh kehamilan
  • Ibu hamil sila ambil langkah berjaga-jaga ini jika hendak melancong melalui udara!

Dalam kalangan pramugari cantik ini, pasti ada yang sudah mendirikan rumah tangga dan sedang mengimpikan cahaya mata. Namun, pernahkah anda melihat pramugari yang sedang hamil mengendalikan penumpang dalam penerbangan?

Kerja pramugari ketika hamil, bolehkah pramugari bertugas saat sedang hamil?

cuti bersalin pramugari

Seperti yang kita ketahui, wanita yang hamil tidak disarankan menaiki kapal terbang walaupun pada tempoh awal kehamilan.

Sesetengah wanita tidak gemar melancong melalui udara pada tempoh awal hamil kerana mudah berasa mual, pening dan mengalami muntah-muntah. 

Manakala, bagi mereka yang sarat hamil, pengembaraan melalui udara boleh mendedahkan ibu kepada risiko DVT (deep vein thrombosis), di mana darah-darah akan membeku dalam urat, terutamanya di kaki si ibu. Ini boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu hamil tersebut.

Prosedur kerja pramugari ketika hamil

Jadi secara logiknya, pramugari-pramugari yang hamil  tidak dibenarkan untuk bertugas ketika sedang hamil.

Menurut perkongsian TikTok seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang bernama srisyafinaz, pramugari yang mendapati diri mereka hamil perlu memaklumkan kepada jabatan.

Jabatan penerbangan tersebut kemudiannya akan membuang nama pramugari tersebut dari mana-mana penerbangan, oleh sebab pramugari berkenaan kini dianggap tidak sesuai atau selamat untuk penerbangan.

Selama tempoh 9 bulan kehamilan, pramugari tersebut tidak akan di bayar gaji (unpaid leave) sehinggalah si ibu bersalin di mana dia kemudian layak untuk mendapat cuti selama 90 hari.

Setelah tamat tempoh bercuti 90 hari, pramugari tersebut dikehendaki pergi semula ke jabatan yang telah dikunjungi pada awal kehamilan untuk menimbang berat badan seperti yang ditetapkan oleh jabatan syarikat penerbangan.

Sekiranya berat badan pramugari tersebut tidak menepati syarat, maka dia tidak dibenarkan untuk mengendalikan penerbangan.

Pramugari wanita perlulah menurunkan berat badan dan mencapai BMI yang menepati syarat jabatan syarikat penerbangan sebelum dibenarkan untuk mulakan penerbangan seperti biasa.

Risiko meneruskan penerbangan ketika dalam tempoh kehamilan

cabaran kerja pramugari

Sebenarnya, bukan pramugari yang bertugas sahaja yang perlu menjaga kandungan. Malah, ibu-ibu yang hendak melancong melalui udara juga perlulah berwaspada ketika hendak menempah penerbangan.

Ketahui risiko-risiko yang boleh dihadapi sekiranya anda melancong menggunakan penerbangan.

  • Keguguran atau kecacatan kepada janin. Pada tempoh awal kehamilan, ibu masih boleh terus melancong melalui udara sekali-sekala. Namun, lebih baik untuk meminimakan pelancongan dengan penerbangan kerana paparan radiasi atmosfera ketika berada di tahap tinggi lebih banyak dan boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada janin.
  • Pembekuan darah. Seperti yang telah dikongsikan pada awal aritkel tadi, ibu yang hamil boleh mengalami pembekuan darah ketika dalam penerbangan. Namun, ada sesetengah syarikat penerbangan yang menyediakan stokin panjang bagi para ibu untuk mengelakkan risiko ini terjadi.
  • Oksigen dalam darah menurun. Apabila dalam penerbangan, tekanan udara akan menurun dan ini boleh menyebabkan oksigen dalam darah mula menurun. Namun, jika anda sihat tubuh badan, maka ia tidaklah mendedahkan risiko yang terlalu tinggi kepada kandungan anda.

Ibu hamil sila ambil langkah berjaga-jaga ini jika hendak melancong melalui udara!

  • Minum banyak air. Udara ketika berada dalam kapal terbang di tahap yang tinggi sangat kering, jadi para ibu yang hamil perlulah minum air yang banyak untuk mengekalkan hidrasi.

Kerja pramugari

  • Memeriksa keadaan penerbangan dengan syarikat berkenaan. Anda boleh memeriksa apakah prosedur operasi dan keselamatan syarikat penerbangan yang telah anda tempah tentang isu kehamilan.
  • Rancang keselesaan anda. Berada di udara pada tempoh jangka masa yang lama boleh menjadi tidak selesa pada ibu yang hamil, jadi pastikan anda merancang keselesaan anda dengan menempah tempat duduk yang lebih luas, dan bersebelahan dengan ruang pejalan kaki supaya anda boleh bangun kejap-kejap untuk menghilangkan rasa lenguh.

Facebook, PSPP Penerbangan 2021, Drafare

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Lahir Dalam Pesawat, Diberi Nama Sempena Kru Kapal!

Baca juga: Tips Melancong Dengan Anak Kecil

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Baca juga: Anak Naik Pesawat Sendiri, Berani Bolos Tanpa Pengetahuan Ibu Ayah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Wanita Dedah Realiti Kerja Pramugari, Krew Yang Hamil Diberi Cuti 9 Bulan Tanpa Gaji
Kongsikan:
  • Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

    Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

    Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu

  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.