X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Rezeki Bayi Lahir Dalam Pesawat, Dapat Hadiah Tiket Penerbangan PERCUMA Seumur Hidup!

25 Sep, 2020
Rezeki Bayi Lahir Dalam Pesawat, Dapat Hadiah Tiket Penerbangan PERCUMA Seumur Hidup!

Bayi lahir normal dalam pesawat penerbangan amat bertuah, dia menerima tiket penerbangan percuma seumur hidup. Inilah rezeki tidak yang disangka-sangka!

Apabila berada trimester ketiga kehamilan, para ibu akan mula berjaga-jaga dalam melakukan sebarang aktiviti dan semestinya mengharapkan segala proses berjalan lancar termasuklah bayi lahir normal serta sihat.

Namun atas sebab-sebab tertentu, anda mungkin terpaksa membuat keputusan untuk pulang ke kampung bagi menjalani tempoh berpantang ataupun makan angin sepuasnya sebelum bersalin.

Bayi lahir normal dalam kapal terbang

bayi lahir dalam pesawat

Kisah ibu bersalin di dalam kereta kerana tidak sempat tiba di hospital sudah dikira sebagai rare. Ramai yang mempersoalkan bagaimana bayi mudah keluar semudah itu dan bapanya pula masih sempat merakamkan video sambil memandu.

Namun kali ini kami kongsikan kepada anda kisah tular yang terbaru berlaku. Seorang bayi lahir normal di dalam pesawat penerbangan ketika si ibu dalam perjalanan menaiki EgyptAir. 

Menurut laporan, ibu kepada bayi tersebut dalam perjalanan dari Kaherah ke London.

Pesawat berkenaan sebenarnya telah melakukan pendaratan kecemasan di Munich, Jerman. Namun belum sempat mendarat, wanita bernama Hiyam Nasr Naji Daaban itu sudahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Selasa yang lalu.

Pada keesokan harinya, Pengerusi Pemegang Syarikat Mesir, Rushdi Zakaria telah mengumumkan bahawa bayi yang lahir dalam pesawat berkenaan akan diberi tiket penerbangan percuma seumur hidup.

”Rushdi Zakaria turut mengucapkan tahniah kepada Hiyam Nasr Naji Daaban atas kelahiran cahaya mata dan memberikan tiket percuma perjalanan seumur hidup kepada bayi yang baru dilahirkan semasa penerbangan EgyptAir semalam (16 September) dari Kaherah ke London,” tweet syarikat berkenaan.

Semua kru penerbangan yang turut serta dalam proses penghantaran di atas kapal juga dihargai. Selain itu, kehadiran doktor yang kebetulan menjadi penumpang dalam penerbangan juga dianggap luar biasa dalam menangani situasi tidak dijangka ini.

Syarikat penerbangan Mesir mengucapkan tahniah kepada Daaban atas kelahiran bayinya melalui catatan Facebook dan mengucapkan terima kasih, termasuk kepada doktor Moataz Fathi yang membantu proses kelahiran.

Keliru isi tempat lahir

bayi lahir dalam kapal terbang

credit to sources

Ini bukan kali pertama bayi dilahirkan di dalam kapal terbang. Bulan lalu, seorang wanita Alaska melahirkan bayi lelaki ketika terbang ke Anchorage, Alaska dalam penerbangan perubatan.

Ibu bayi itu menamakan bayinya, Sky, kerana keunikan proses kelahiran. Chrystal Hicks, yang hamil 35 minggu, dalam keadaan sihat ketika menaiki kapal terbang.

“Saya tiba-tiba mengalami kontraksi tanpa tidak berhenti, ia terus menjadi lebih kuat sehingga ingin bersalin. Anak kapal meminta saya bersabar dan tunggu untuk melahirkan bayi setelah pesawat mendarat, tetapi sepertinya bayi  tidak sabar lagi untuk melihat dunia,” kata Hicks, menurut laporan VOA Indonesia.

Dia melahirkan Sky Airon Hicks pada 5 Ogos sekitar jam 1:00 pagi. Bayi kecil dilahirkan dalam masa kurang dari satu jam sahaja

Hicks mengatakan bahawa dia mungkin sukar untuk mengisi surat beranak kerana mereka berada di ketinggian 5,500 kaki. Walaupun begitu, dia merancang untuk menulis Anchorage, sebagai kampung halaman anaknya, kerana dia tidak mahu menulis kata pesawat atau angkasa dalam ruang borang daftar kelahiran.

Bayi lahir dalam pesawat, bagaimana status kewarganegaraannya?

bayi lahir dapat tiket percuma

Mungkin ada satu pertanyaan yang membelenggu dalam fikiran anda tentang keadaan seorang wanita bersalin dalam kapal terbang. Jika sudah melahirkan, bagaimana dengan status kewarganegaraan bayi tersebut?

Jika ia berlaku di negara yang sama dengan tempat ibu tinggal, mungkin ia tidak menjadi masalah. Namun apa berlaku jika keadaan berlaku di atas langi negara atau benua lain?

Beberapa negara hanya mematuhi undang-undang jus sanguinis (hak atas darah) yang bermakna kewarganegaraan ditentukan oleh ibu ayah.

Yang lain mematuhi undang-undang jus soli (hak atas tanah), di mana sebuah negara memberikan kewarganegaran kepada bayi yang lahir di tanahnya, tanpa mengira asal usul ibu bapa. Negara-negara ini kebanyakannya ialah Amerika Syarikat dan Kanada.

Walaupun terdapat undang-undang yang rumit ini, kelahiran dalam penerbangan sangat jarang berlaku. Jarang sekali kerana wanita sarat mengandung mungkin tidak dibenarkan menaiki kapal terbang bagi mengelakkan masalah ini. 

Sumber: Liputan6

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-melahirkan-anak

Stories Rakan Kongsi
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products
Questions For The Paediatrician,  #4 Is A MUST!
Questions For The Paediatrician, #4 Is A MUST!
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain
Boost Your Child’s Immunity So You Don’t Have to Worry About Them Playing Outside in the Rain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Rezeki Bayi Lahir Dalam Pesawat, Dapat Hadiah Tiket Penerbangan PERCUMA Seumur Hidup!
Kongsikan:
  • Ini 5 Sebab Mengapa Bayi Anda Lebih Kecil Berbanding Bayi Lain

    Ini 5 Sebab Mengapa Bayi Anda Lebih Kecil Berbanding Bayi Lain

  • Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

    Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ini 5 Sebab Mengapa Bayi Anda Lebih Kecil Berbanding Bayi Lain

    Ini 5 Sebab Mengapa Bayi Anda Lebih Kecil Berbanding Bayi Lain

  • Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

    Bayi Seberat 6kg Lebih Dilahirkan Normal Tanpa Epidural!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.