TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kejutan RARE! Suami Diam-Diam Renovate Rumah Ketika 3 Bulan Isteri Berpantang Di Kampung

25 Dec, 2019
Kejutan RARE! Suami Diam-Diam Renovate Rumah Ketika 3 Bulan Isteri Berpantang Di Kampung

Kadang-kadang anda tiada idea untuk menghargai isteri? Jom tengok cara lelaki ini cipta suprise dengan ubah suai rumah menggunakan konsep Open Plan!

Rancangan suami cipta kejutan ubah suai rumah secara rahsia ketika isteri menjalani tempoh pantang hampir 90 hari di kampung telah berjaya sehingga menjadi tular di media sosial.

Seakan-akan tidak percaya apa yang dilihat oleh isterinya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah sendiri selepas meninggalkan kediaman berkenaan untuk tempoh yang agak lama.

Dirinya sendiri terkejut dengan perubahan rumah mereka sepenuhnya yang seolah-oleh memasuki rumah yang baharu.

Melahirkan cahaya mata sangat menyakitkan, namun memperoleh seorang suami yang sentiasa menghargai pengorbanan pasangannya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga.

Berikut perkongsian dari salah seorang Home Designer, Khairunnisa Hamzah yang memperoleh lebih 1 900 perkongsian di Facebook apabila dia diberi tanggungjawab dari pelanggannya untuk membuat kejutan kepada isteri.

Beruntungnya badan! Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada isteri tersebut kerana suaminya mengambil kesempatan untuk ubah suai rumah mereka sewaktu isteri berpantang di kampung halaman.

‘’Bang, cuba tengokkan dapur belakang ni, boleh buat macam mana?” si suami panggil daddy datang ke belakang  berbincang idea untuk ubah suai rumah.

renovate rumah

Keadaan dapur asal

Menyedari isterinya gemar memasak di dapur, dia meminta untuk mengubahsuai pada bahagian dapur terlebih dahulu sebelum seluruh rumah bertukar wajah.

Bukan itu sahaja, Khairunnisa turut mengatakan bahawa lelaki berkenaan begitu menjaga soal aurat isterinya dengan meminta tingkap besar pada rumah yang sedia ada ditutup dan hanya membuat satu lubang udara.

Hal ini kerana dia mengkhuatiri aurat isterinya terdedah pada jiran-jiran sebelah dan mengelakkan sebarang kejadian diingini berlaku.

transformasi rumah

Keadaan dapur selepas ubah suai rumah

Tada!! Surprise make over bukan hanya dapur atau bilik untuk bayi sahaja, tapi 100% rupa rumah dahulu telah berubah.

Setelah sekian lama meninggalkan rumah, isteri kembali dengan mendukung bayi.

Dia menangis kegembiraan akan kejutan yang diperoleh dan mengundurkan diri ke belakang kerana mengingatkan dia telah tersilap memasuki rumah orang lain.

Ubah suai rumah berkonsepkan Open Plan

Konsep rumah yang diubah suai oleh Khairunnisa adalah menerapkan elemen Open Plan seperti negara orang putih.

Konsep terbuka ini akan memudahkan tetamu yang berkunjung masuk sahaja pintu rumah, mereka terus dapat melihat tuan rumah yang berada di dapur.

Untuk ruang penyambut tetamu, sofa disusun pada bahagian yang memudahkan tetamu atau tuan rumah duduk tanpa perlu berpusing jauh ke dalam rumah.

make over kediaman

Manakala, ruang menonton TV juga diletakkan pada sudut yang tersorok setelah pintu dibuka bagi menjaga privasi waktu menonton seisi keluarga.

Bagi ruang dapur yang sedia ada pula, dialihkan sedikit ke belakang dengan menjadikannya sebagai ruang dapur kering dan meja makan.

Dengan cara ini, ruang tamu akan menjadi lebih luas dan boleh menampung kehadiran tetamu yang ramai.

Cara gembirakan hati isteri sewaktu pantang

#1. Tolong Cucikan Luka Bersalin

Jangan berasa geli untuk mengambil tahu keadaan luka isteri anda. Perlu memastikan luka ini dibersihkan dengan betul bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Jika anda mendapati isteri anda mengalami simptom tiba-tiba demam, luka bersalin lambat sembuh, bernanah dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, segeralah bawanya berjumpa doktor.

Stories Rakan Kongsi
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
Red Spots On Your Child's Body: How To Tell The Difference Between Chickenpox Or Hand Foot Mouth Disease
Red Spots On Your Child's Body: How To Tell The Difference Between Chickenpox Or Hand Foot Mouth Disease
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif

#2. Sediakan makanan pantang yang berkhasiat

Jika mempunyai masa terluang, adalah baiknya suami sendiri menyediakan pemakanan yang seimbang.

Makanan yang berprotein tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka dan tinggi dengan vitamin C mampu membantu meningkatkan imuniti badan isteri.

Makanan yang berkhasiat mampu mengelakkan isteri dari sembelit, depresi, mudah penat dan emosi tidak stabil.

#3. Bersama ketika temujanji klinik

Sewaktu jururawat datang ke rumah bagi melakukan pemeriksaan ke atas keadaan isteri dan bayi, anda sepatutnya memberikan kerjasama dengan menyiapkan rumah dalam keadaan yang kemas bagi menjaga air muka isteri.

Sentiasa mengingati setiap tarikh temu janji isteri di klinik. Jangan biarkan isteri yang dalam pantang pergi bersendirian mendukung bayi.

Jika tidak boleh menemani isteri ketika dalam klinik, cukuplah sekadar menghantarnya di hadapan pintu bilik temu janji.

#4. Ambil tahu aspek penyusuan susu ibu

Bantu isteri menyusu dengan baik agar isteri tidak berasa sakit dan bayi memperoleh susu yang berkualiti.

Jika isteri menyimpan susu di dalam peti sejuk, anda boleh menolongnya dengan memanaskan semula susu tersebut dan beri peluang untuk isteri melepaskan penat sebentar.

Sekiranya isteri mengalami breast engorgement, anda perlu mendemah payudaranya dari bengkak yang berterusan.

#5. Menjaga sepanjang tempoh berpantang

Tidak hanya berpantang ketika bersama, tetapi isteri juga memerlukan proses untuk menyembuhkan emosi dan fizikal mereka.

Jadi anda perlu bijak untuk mengetahui masa yang sesuai untuk isteri anda berehat dengan membantunya menguruskan anak-anak.

#6. Sedia belajar perkara baru

Tunjukkan kasih sayang anda terhadap isteri bukan hanya memberikan mereka hadiah ataupun wang ringgit, tetapi juga bersedia untuk belajar cara memandikan anak dan memakaikan lampin.

Alasan tidak biasa atau takut tersalah buat tidak patut anda berikan kerana tugas membesarkan anak adalah tugas bersama dan anda perlu membantu meringankan beban isteri.

Bagi mereka yang mahu datang melawat bayi dan isteri, perlu juga dipastikan mereka datang pada waktu siang hari bagi memberikan peluang untuk anak dan isteri berehat.

Anda juga perlu mengehadkan orang yang boleh melawat dan mencium bayi kerana mereka yang tidak sihat akan membawa jangkitan penyakit lain.

Alangkah bahagianya jika suami sentiasa memahami diri anda dan tidak bersikap lepas tangan. Sayang pada isteri bukan hanya sekadar di bibir sahaja, para suami perlu melakukan tindakan dalam sama-sama menguruskan rumahtangga.

Sumber: Mingguan Wanita, Ohbulan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kejutan RARE! Suami Diam-Diam Renovate Rumah Ketika 3 Bulan Isteri Berpantang Di Kampung

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenabung-2-tahun-hadiah-isteri

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kejutan RARE! Suami Diam-Diam Renovate Rumah Ketika 3 Bulan Isteri Berpantang Di Kampung
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham