X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dapur Kemas, Cantik & Tersusun, Ultimate Goal Buat Mana-Mana Ibu Yang Ingin Cipta Kesempurnaan

4 min bacaan
Dapur Kemas, Cantik & Tersusun, Ultimate Goal Buat Mana-Mana Ibu Yang Ingin Cipta Kesempurnaan

Mari kita baca dan amalkan 5 tip ini agar barang-barang di dapur kita sentiasa nampak kemas, teratur dan sistematik.

Semua orang idamkan kediaman rumah yang kemas dan teratur, terutamanya bahagian dapur. Dapur keluarga Asia terutamanya penuh dengan pelbagai rempah ratus dan bahan-bahan yang memakan ruang yang banyak. Oleh sebab itu, kita sentiasa mencari tips susun atur dapur serta sering menceduk inspirasi daripada laman sosial agar dapur kita juga tampak kemas.

Tahukah anda bahawa bilik dapur yang dalam keadaan huru-hara dan bersepah adalah satu daripada punca kita rasa tertekan ketika duduk di rumah? Dalam satu kajian, Cornell Food dan Brand Lab telah mendapati bahawa bilik dapur yang dalam keadaan huru-hara boleh mewujudkan rasa bimbang dan memberi tekanan.

Pengkaji juga telah mendapati ia adalah faktor yang mempengaruhi pilihan makanan yang tidak sihat dan pengambilan kalori yang lebih banyak.

Tips Susun Atur Dapur Yang Mudah, Ibu-ibu Jom Cuba!

Mari kita baca 5 tips ini agar barang-barang di bilik dapur nampak kemas, teratur dan sistematik.

#1 Susun atur dapur menggunakan bekas bermagnet

susun atur dapur

Kredit: Make Space

Tip ini sangat sesuai untuk ruang dapur yang kecil kerana ia menjimatkan ruang dan boleh mengelak dari kaunter dapur yang bersepah.

Yang paling seronok apabila membuat bekas bermagnet sendiri adalah anda tidak terhad kepada bekas jar atau tin logam yang sering disyorkan dalam internet.

Sebenarnya anda boleh mengguna semula bekas plastik yang sedia ada, ataupun apa-apa sahaja. Anda cuma perlu membeli jalur magnet yang boleh didapati dari sini dan sini.

Kemudian, potongkan jalur magnet itu mengikut saiz yang dikehendaki dan lekatkan pada tapak bekas dengan gam.

Anda boleh menyimpan semua bahan-bahan kering ke dalam bekas seperti serbuk kari, bunga lawang, kayu manis dan rempah lain-lain.

Ketatkan bekas, dan lekatkan pada tepi peti sejuk.

#2 Susun atur dapur menggunakan rod besi untuk almari di bawah sinki dapur

susun atur dapur

Kredit: The Kitchn

Ruang di bawah sinki selalunya penuh dengan botol penyembur dan bahan-bahan cuci, kan? Bagaimana mahu mengemasnya?

Caranya mudah! Untuk memaksimumkan ruang ini, anda boleh menggunakan rod besi yang boleh di beli dari mana- mana kedai Daiso.

Ukur kelebaran kabinet di bawah sinki, beli rod gantung yang sesuai dan gantungkan semua botol penyembur seperti gambar diatas. Kemas kan?

#3 Cangkuk dan klip pengikat

Dapur Kemas, Cantik & Tersusun, Ultimate Goal Buat Mana-Mana Ibu Yang Ingin Cipta Kesempurnaan

Di dapur anda, pasti ada banyak paket-paket seperti tepung santan ataupun rempah masakan pracampur untuk kari ataupun rendang.

Cara yang mudah untuk memastikan paket-paket ini tidak bersepah dalam laci ataupun kabinet dapur adalah dengan menggunakan cangkuk dan klip pengikat.

Klipkan semua paket-paket ini dengan menggunakan klip pengikat kemudian gantungkan pada cangkuk yang telah dilekatkan pada tepi kabinet ataupun dinding.

#4 Guna semula karton telur

Dapur Kemas, Cantik & Tersusun, Ultimate Goal Buat Mana-Mana Ibu Yang Ingin Cipta Kesempurnaan

Kredit: Freepik

Apa yang anda selalu buat dengan karton telur lama? Apa kata anda simpan dan guna semula. Bagaimana?

Potong karton itu dan masukkan dalam peti sejuk. Anda boleh terbalikkan sos yang anda ada dalam peti sejuk dan susunnya dalam karton ini.

Anda boleh letakkan botol madu, botol sos tomato/chili, botol kicap, mustard, mayonis, dan banyak lagi!

#5 Bakul atau bekas plastik

susun atur dapur
Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Kredit: The Home Edit

Trend terkini adalah peti sejuk juga disusun dengan kemas mengikut warna mahupun saiz yang sesuai. Untuk pengetahuan anda, dengan mengemas peti sejuk secara kerap, anda dapat mengenal pasti makanan mana yang sudahpun basi, dan yang mana pula belum digunakan.

Dicadangkan untuk menyimpan makanan anda dalam bekas kosong tanpa corak. Guna label kalis air bagi memastikan anda dapat mengenali jenis makanan yang disimpan. Mudah sahaja! Malah dengan menyusun cara yang betul, peti sejuk juga nampak lepas kemas dan menarik.

Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mengemas dan menyusun peti sejuk, ini ada beberapa tips mudah.

  1.  Susun barangan mengikut kekerapan kegunaan
  2. Makanan anak harus disusun mengikut aras penglihatan mereka agar mudah mereka capai
  3. Pastikan anda menyimpan makanan dalam bekas atau bakul lutsinar bagi memudahkan anda melihat isi di dalam
  4. Jangan lupa untuk label agar anda tahu apa makanan tersebut
  5. Guna bahagian label tadi untuk menulis tarikh luput 
  6. Susun botol menegak agar tidak mudah tergolek dan jatuh apabila membuka peti.

Selamat mencuba!

Khas untuk pembaca theAsianparent

Dapur Kemas, Cantik & Tersusun, Ultimate Goal Buat Mana-Mana Ibu Yang Ingin Cipta Kesempurnaan

Sertai peraduan Breeze dengan mengisi borang di bawah dan anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sebanyak RM200!

Sumber: Dreaming inDIY, Tater Tots and Jello, Martha Stewart

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dapur Bukan Tempat Bagi Bayi, Ini Cara Menjadikan Dapur Kalis Bayi

Baca juga: Teringin Mengubah Suai Kediaman? Mula Sahaja di Dapur Dengan Dapur Gas Kaca – Rekaan Sleek dan Moden!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kemas rumah
  • /
  • Dapur Kemas, Cantik & Tersusun, Ultimate Goal Buat Mana-Mana Ibu Yang Ingin Cipta Kesempurnaan
Kongsikan:
  • 5 Kesilapan Dalam Mengatur Waktu Bayi Yang Ibu Ayah Selalu Buat, Patutlah Anda Tak Cukup Tidur

    5 Kesilapan Dalam Mengatur Waktu Bayi Yang Ibu Ayah Selalu Buat, Patutlah Anda Tak Cukup Tidur

  • 5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

    5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.