X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Dapur Bukan Tempat Bagi Bayi, Ini Cara Menjadikan Dapur Kalis Bayi

5 min bacaan
Dapur Bukan Tempat Bagi Bayi, Ini Cara Menjadikan Dapur Kalis Bayi

Dapur boleh menjadi tempat yang sangat bahaya bagi seorang bayi. Di sini kami kongsikan bagaimana anda boleh menjadikan dapur anda kalis bayi!

Walaupun anda boleh cuba untuk menghalang cahaya mata anda dari masuk ke dapur, tetapi jiwa ingin tahu mereka pasti akan tetap membolehkan mereka masuk ke ruang dapur. Eloklah anda menjadikan dapur anda tempat kalis bayi!

Pada musim pandemik ini, tidak hairan lagi jika kita lebih banyak meluangkan masa di dapur untuk menjaga keselamatan diri dari virus merbahaya, Covid-19. Walaupun makan di kedai dibenarkan sejak beberapa minggu lalu, seeloknya anda nikmati juadah bersama keluarga di rumah sahaja terutamanya jika anda mempunyai anak kecil.

Secara amnya, jika seseorang banyak meluangkan masa di dapur, tentu banyak peralatan memasak seperti dapur gas dan pisau-pisau di dapur yang tentunya merbahaya bagi seorang bayi. Sebenarnya, semua yang berada di dapur itu boleh mendatangkan bahaya pada cahaya mata anda.

Jadi, ini cara untuk anda memastikan dapur anda kalis bayi sekaligus melindungi bayi anda dari risiko cedera.

Bagaimana Untuk Menjadikan Dapur Di Rumah Kalis Bayi 

#1. Menggunakan kunci kanak-kanak (child lock) di setiap rak

Pintu-pintu rak di dapur membawa risiko si manja akan tersepit jari atau membawa padah risiko lain. Bayangkan, jika anda menyimpan barangan tajam di dalam salah satu rak di dapur dan bayi telah membuka rak tersebut lalu mengambil barang yang tajam itu. Bayi boleh berhadapan dengan risiko untuk luka dengan teruk dari objek tajam tersebut oleh sebab ia mendapat akses yang mudah. Selain itu juga, si manja anda boleh tersepit jari di pintu rak jika pintu rak tersebut boleh dibuka dan tutup dengan mudah oleh mereka.

 

dapur kalis bayi, kalis bayi, keselamatan bayi

Sumber gambar: Pinterest

 

#2. “Menumpulkan” bucu-bucu yang tajam

Jika bayi anda sudah boleh berjalan, ketinggian mereka mungkin selaras dengan kabinet-kabinet dapur yang mempunyai bucu yang tajam. Oleh itu, sudah menjadi tugas anda sebagai ibu bapa untuk “menumpulkan” bucu-bucu ini. Tidak, anda tak perlu mengikis kabinet sehingga menjadi tumpul. Anda cuba pasangkan beberapa pelindung yang lembut dan membulat di hujungnya.

 

dapur kalis bayi, kalis bayi, keselamatan bayi

Sumber gambar: Shopee

#3. Mencabut plag barangan elektrik yang tidak digunakan

Dapur bukan sahaja penuh dengan peralatan memasak seperti kuali, periuk, senduk dan sebagainya dan ia juga bukan sekadar penuh dengan pinggan mangkuk bagi menjamu selera, tetapi dapur juga membawa beberapa barangan elektrik seperti pengisar, ketuhar membakar, ketuhar gelombang mikro dan mungkin anda juga menggunakan dapur elektrik. 

Kesemua perkara ini boleh membawa bahaya yang sangat tinggi kepada anda dan anak. Oleh sebab itu, anda perlulah memastikan bahawa plag yang menyambung barang-barang ini kepada punca tenaganya dicabut supaya bayi tidak akan berhadapan dengan risiko renjatan elektrik atau menghidupkan barang-barang di atas dan membawa risiko yang lebih besar kepada diri sendiri dan keluarga.

 

dapur kalis bayi, kalis bayi, keselamatan bayi

Sumber gambar: South Coast Herald

#4. Menutup sampah dengan sewajarnya

Walaupun ini tidak membawa bahaya secara langsung kepada bayi, tetapi elok berjaga-jaga dari menyesal di kemudian hari. Kanak-kanak adalah makhluk yang sangat ingin tahu. Mereka akan rasa kagum dengan apa sahaja, termasuklah tong sampah anda. Oleh itu, seeloknya anda menutup sampah dengan penutup yang berat bagi si manja supaya tiada insiden cahaya mata anda bermain dengan sampah.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

#5. Mengamalkan masakan secara selamat

Jika anda mempunyai cahaya mata yang sering mencapai, kami syorkan anda untuk memasak menggunakan bahagian belakang dapur anda, tidak kiralah jika anda menggunakan dapur gas atau dapur elektrik. Ini akan menyukarkan bayi untuk mencapai kuali atau periuk yang sedang digunakan di atas dapur. Sebaiknya, anda boleh menjadikan dapur gas atau elektrik tersebut kalis bayi dengan memasang pelindung dapur, atau anda juga boleh mencabut tombol gas untuk mengelakkan bayi bermain api.

 

dapur kalis bayi, kalis bayi, keselamatan bayi

Sumber: First Few Years Malaysia

 

Tip-tip lain yang ibu bapa boleh gunakan untuk memastikan dapur kalis bayi

  • Menggunakan kekunci di setiap perkara yang boleh dibuka tutup seperti rak, kabinet dan juga peti sejuk untuk menghalang bayi mencapai barangan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, pisau atau ubat-ubatan.
  • Memastikan barangan yang membawa  bahaya yang mungkin kita terlepas pandang: sabun pencuci, ubat-ubatan, beg plastik dan magnet peti berada jauh dari capaian mereka. Letakkan di tempat-tempat tinggi atau di bahagian belakang permukaan dapur.
  • Melekatkan perkara yang besar dan berat di dinding. Anda mungkin berfikir bahawa peti yang berat tersebut akan susah jatuh, tapi salah! Jika anak anda memanjat peti tersebut, berat mereka sudah cukup untuk membuatkan peti boleh jatuh dan menghempap mereka. Jadi, lekatkanlah peti atau almari dapur dengan apa cara yang munasabah.
  • Gunakan permukaan yang tahan lasak. Jika anak anda sering mencalarkan barang-barang anda, inilah petanda untuk anda melabur pada permukaan dapur yang tahan lasak. Selain dari melindungi ia dari kerenah si manja, anda juga akan dapat dapur yang susah rosak dan selesa jika anda seorang yang sering luangkan masa berada di dapur.

Dapur mungkin jantung sesebuah rumah, kerana dengan masakan dan makananlah hubungan kekeluargaan lebih mudah terjalin tetapi dapur tersebut juga banyak membawa barangan-barangan yang boleh membawa padah bukan sahaja pada si manja, tetapi kepada semua penghuni rumah tersebut.

Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil langkah lebih untuk menjadikan dapur kalis bayi demi mengutamakan keselamatan diri dan cahaya mata.

Sehingga nanti, gunakan tips ini dan kekal selamat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Loves Best, Wards

Baca Juga: Keselamatan & Kebersihan Anak Sama Penting, Ini Cara Untuk Memastikan Keselamatan Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Dapur Bukan Tempat Bagi Bayi, Ini Cara Menjadikan Dapur Kalis Bayi
Kongsikan:
  • Tips urus belanja barangan dapur

    Tips urus belanja barangan dapur

  • 7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

    7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Tips urus belanja barangan dapur

    Tips urus belanja barangan dapur

  • 7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

    7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.