X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Gara-Gara 'Tersangkut' Sekatan Jalan Raya, Wanita Ini Terpaksa Bersalin Dalam Kereta

24 Apr, 2020
Gara-Gara 'Tersangkut' Sekatan Jalan Raya, Wanita Ini Terpaksa Bersalin Dalam Kereta

Pihak berkuasa mengawal jalan raya sepanjang PKP telah menyebabkan kesesakan sehingga wanita ini berdepan pengalaman mudah bersalin walaupun dalam kereta!

Setiap wanita pasti mengimpikan perjalanan kehamilan yang indah dan mudah bersalin tanpa sebarang halangan besar. Namun, ia pengalaman yang dilalui adalah tidak sama, mungkin proses melahirkan bayi ini berakhir dengan mudah atau mungkin juga meragut nyawa ibu dan anak dalam kandungan.

Memandangkan pandemik Covid-19 masih berleluasa di seluruh dunia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memastikan langkah berjaga-jaga untuk perkhidmatan hospital dan rawatan ibu bersalin.

Wanita mudah bersalin dalam kereta

proses mudah bersalin

Menurut laporan, seorang pesara kerajaan telah berdepan dengan detik yang mencemaskan apabila anak perempuannya terpaksa bersalin di dalam kereta ketika mereka sedang menuju ke Hospital Tawau, Sabah.

Difahamkan Abdul Asa Mohd Salleh, 65, memandu kenderaan berkenaan bersama anaknya, Noziee, 37 dan cucu, Aisha Maizela, 17, telah terperangkap lebih dua jam dalam kesesakan lalu lintas akibat sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Abdul Asa mengatakan bahawa anaknya sedang menunggu hari dan dijangka bersalin anak keempat pada bila-bila masa.

”Pada hari kejadian, Noziee telah mengadu sakit perut dan memaklumkan ia adalah tanda-tanda awal bersalin. Kami segera bertolak dari PPRT Batu 8dan perjalanan cuma 14 kilometer untuk sampai ke Hospital Tawau,”

”Namun, saya menyedari bahawa akan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Jalan Apas. Kemudian, saya mencari jalan alternatif di Jalan Tiku. Bagaimanapun, nasib kami kurang baik kerana sekali lagi tersekat di Jalan Kuhar,” kongsinya.

Tambahnya lagi, dia kemudian mengarahkan Aisha mendapatkan bantuan ambulans yang kebetulan melalui jalan sama dan memaklumkan keadaan Noziee kepada kakitangan perubatan berkenaan.

 ”Walau bagaimanapun, sudah terdapat pesakit lain dalam ambulans tersebut. Kami dibenarkan mengekorinya dari belakang untuk mempercepatkan perjalanan ke hospital,” katanya.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook milik Noziee, dia berkongsi kegembiraan kerana telah berjaya melahirkan bayi seberat 3.4 kilogram dalam kenderaan jenis Perodua Myvi milik ayahnya.

wanita mudah bersalin dalam kereta ketika pkp

Dia juga memanjatkan rasa bersyukur kerana mudah bersalin walaupun bayi dimasukkan ke wad lain kerana mengalami masalah pernafasan, namun mereka berdua dalam keadaan stabil.

Tips persediaan ibu mengandung ketika tempoh PKP

#1. Melakukan pemeriksaan

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi UPM, Dr. Amilia Afzan Mohd Jamil, wanita mengandung yang memasuki trimester ketiga semasa PKP ini, pasti khuatir untuk keluar menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan. Namun, sebenarnya pemeriksaan sangat penting untuk diteruskan iaitu antara seminggu atau dua minggu sekali.

Anda perlu menunjukkan bukti dalam bentuk Kad Temujanji atau Buku Antenatal di pos kawalan polis sekiranya perlu menghadirkan diri ke klinik. Amalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan dan kerap mencuci tangan.

Sekiranya anda mempunyai gejala demam, batuk, selesema dan sakit tekak, pemeriksaan dapat ditangguhkan sehingga tempoh isolasi tamat.

#2. Tidak boleh pulang ke kampung

Di samping itu, ibu mengandung tidak digalakkan merantau atau pulang ke kampung untuk bersalin supaya risiko jangkitan Covid-19 dapat dikurangkan. Tetaplah berada di tempat tinggal dan bersalin di hospital yang berdekatan.

Sekiranya secara kebetulan anda sudah berada di kampung, laporkan diri ke klinik kesihatan terdekat untuk pemeriksaan kandungan dan rujukan bersalin di hospital.

#3. Persediaan fizikal dan mental

ibu mudah bersalin ketika pkp

credit to sources

Ibu mengandung juga perlu bersedia fizikal dan mental untuk bersalin dengan hanya ditemani dan dibantu sepenuhnya oleh petugas wad. Lakukan persediaan awal supaya anda tidak terburu-buru apabila sudah tiba masanya.

Segala barang keperluan lebih baik disimpan dalam kereta yang akan membawa anda ke hospital. Jangan lupa untuk membawa hand sanitizer bersama, ya!

#4. Jangan berlengah

Sentiasa bersedia dan segera ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda seperti kontraksi lebih kerap, pendarahan atau pecah air ketuban. Dalam tempoh PKP ini, masa perjalanan anda ke hospital akan memakan masa lebih lama kerana sekatan di jalan raya. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dari pihak polis untuk menggunakan laluan kecemasan jika kontraksi bertambah kuat.

#5. Tidak perlu topeng muka

Ketika ingin mendaftar masuk ke hospital bersalin, para ibu tidak perlu memakai topeng muka sekiranya tiada gejala. Anda juga tidak perlu risau terkena jangkitan Covid-19 kerana para pesakit yang disahkan positif akan diasingkan dan dirawat dalam hospital berbeza.

Sumber: The Rakyat Post, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Gara-Gara Tersangkut Sekatan Jalan Raya, Wanita Ini Terpaksa Bersalin Dalam Kereta

Baca juga:

https://my.theasianparent.comisu-perkauman

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Gara-Gara 'Tersangkut' Sekatan Jalan Raya, Wanita Ini Terpaksa Bersalin Dalam Kereta
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham