theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

23 Perkara Ini Ibu Berpantang Czer Perlu ELAK Supaya Kesan Jahitan Tidak Terbuka

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
23 Perkara Ini Ibu Berpantang Czer Perlu ELAK Supaya Kesan Jahitan Tidak Terbuka

Proses berpantang czer tidak sama dengan kelahiran normal. Justeru, ada beberapa perkara yang anda tidak boleh lakukan agar luka pembedahan segera sembuh!

Apabila berbicara tentang prosedur bersalin, semua ibu di dunia ini sudah semestinya berharap kelahiran secara normal. Walau bagaimanapun atas beberapa sebab tertentu, anda terpaksa melalui pembedahan caesarean. Perkara yang paling penting adalah penjagaan diri ketika berpantang czer.

Tidak dinafikan bahawa setiap tahap semenjak disahkan mengandung, melahirkan dan berpantang, ibu perlu menahan pelbagai kesakitan. Sebab itulah anda amat digalakkan untuk disiplin serta bersabar ketika melalui proses berpantang bagi mempercepatkan luka bersalin sembuh.

Baca juga: Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!

Senarai perkara yang perlu dielakkan ketika berpantang czer

ibu berpantang czer

credit to sources

Saya masih ingat nasihat mak tentang bersalin secara pembedahan. Ibu dan kakak mempunyai pengalaman bersalin melalui kaedah ini. Nasihat mereka adalah proses berpantang czer dan penjagaan harus lebih teliti!

Siapa sahaja tidak mahu cepat sihat dan kembali aktif seperti sebelum hamil, kan? Mungkin sesetengah ibu hanya memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pemakanan berkhasiat setiap hari sehingga terlupa ada beberapa perkara ini tidak boleh dilakukan sewaktu berpantang czer. Antaranya ialah:

#1. Membongkok ke bawah

No, no! Jangan cuba untuk tunduk atau membongkok ke bawah. Proses penyembuhan tak akan berjalan lancar. Minta tolong ahli keluarga, pasangan atau rakan untuk ambil apa-apa.

#2. Bersin

Kalau anda tahu teknik untuk tahan bersin atau bersin dengan perlahan, sila lakukan sekarang.

#3. Batuk

Anda kena tahan batuk juga. (Gila ke tahan batuk?) Tapi, ya! Batuk akan beri tekanan pada perut.

#4. Bergelak sakan

Jangan gelak juga. Bila anda gelak, perut akan bergerak dan memberi tekanan pada abdomen anda. Sudahlah kesan incision belum sembuh… aduh!

#5. Tidur tanpa bantal

Pastikan anda ada bantal untuk menyokong perut ketika membaringkan tubuh.

#6. Menggaru-garu kulit di sekitar luka

Oh, no no! Jangan garu luka untuk mengelak jangkitan. Pastikan anda mengenakan pakaian yang longgar dan selesa setiap masa.

#7. Mengambil makanan jenis berangin 

Makanan bergas akan mengakibatkan ketidakselesaan. Usus akan memberi tekanan pada luka anda. Elak dari makan sayur brokoli, kubis, kubis bunga, timun, lada hijau dan jagung.

#8. Makanan menyukarkan proses penghadaman

Ingat bagaimana sukar membuang air besar? Ya, jangan makan lagi makanan yang boleh buat anda sembelit itu! Banyak minum air dan makan sayur-sayuran.

#9. Berselisih pendapat dengan wanita bersalin secara normal

Chill, lah. Bersalin secara normal atau pembedahan, masing-masing demi anak tercinta kan?

#10. Mengangkat benda barat

berpantang caesarean

credit to sources

Jangan sesekali bersikap terlalu rajin apabila berada di rumah. Sekiranya ada barang berat perlu dialihkan, minta sahaja suami atau orang lain. Ini bagi mengelakkan kesan jahitan menjadi terbuka!

#11. Apabila mengadakan hubungan suami isteri

Suami pasti merindukan belaian dan perhatian anda. Justeru, usahlah ‘ganas’ sangat. Ini adalah untuk memastikan kesan luka jahitan tidak terjejas nanti.

#12. Naik turun tangga

Bagi anda yang mendiami rumah pangsa atau kediaman bertingkat, pastikan menggunakan lift untuk tempoh masa 30-60 hari berpantang czer. Manakala jika bilik utama berada di tingkat atas, ubahlah sementara waktu untuk kekal berada di bilik bawah.

#13. Marah doktor pembedahan

Apalah sangat kangaroo punch pada perut anda itu. Demi melahirkan zuriat untuk suami tercinta, kan?

#14. Menangis ketika mandi

Sabarlah. Anda wanita yang kuat! Lagipun, kerap menangis hanya membuatkan kesan luka bersalin menjadi semakin sakit.

#15. Kerap melihat bahagian perut 

Jangan sesekali menundukkan badan untuk melihat bahagian perut yang sudah dijahit. Minta sahaja pasangan tolong tengok dan letakkan ubat.

#16. Kawasan atau permukaan yang lembap

Pastikan pasangan sudah menyediakan pengelap kaki di hadapan pintu bilik air. Anda juga boleh memintanya untuk letakkan pelapik kasar di ruang yang anda merasakan licin. 

#17. Bergerak tanpa sokongan

Jangan pandai-pandai nak bergerak tanpa sokongan, ya! Minta bantuan!

#18. Menghempaskan tubuh dengan kuat

perkara larangan berpantang czer

credit to sources

Duduk akan memberi tekanan pada kesan luka. Jadi jangan duduk secara tiba-tiba. Perlahan-lahan..

#19. Malu meminta bantuan

Jangan malu untuk meminta bantuan. Semua orang tahu anda harus ditolong.

#20. Ingin cepat sembuh

Sabar. Jangan kelam-kabut. Ada banyak lapisan pembedahan yang memerlukan masa untuk pulih!

#21. Fikir anda dipandang rendah

Tak payah fikir semua komen negatif! Apa yang pasti, anda sudah selamat bersalin pun. Tak ada siapa yang memandang rendah.

#22. Bandingkan anak

Jangan bandingkan anak sendiri dengan anak yang dilahirkan secara normal. Tiada beza, anak-anak itu suci dan kurniaan Tuhan!

#23. Hanya duduk sahaja di rumah

Walaupun masih berasa sakit setelah memasuki minggu ke-3 kelahiran, ibu usahlah hanya duduk dan bermalas-malasan untuk melakukan senaman ringan. Semakin anda kurang aktif, makin lama masa untuk cepat sihat!

Sumber: Baby Center, Momjunction, Stress Free Mommies, New Age Pregnancy

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 23 Perkara Ini Ibu Berpantang Czer Perlu ELAK Supaya Kesan Jahitan Tidak Terbuka
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Penjagaan luka bersalin

    Penjagaan luka bersalin

  • 10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

    10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

app info
get app banner
  • Penjagaan luka bersalin

    Penjagaan luka bersalin

  • 10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

    10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Pembedahan Caesarean

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi