X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Luka Bersalin Bernanah Teruk, Tolong Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!

4 min bacaan
Luka Bersalin Bernanah Teruk, Tolong Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!

Siapa sangka gara-gara mencuba petua yang dicadangkan oleh orang sekelilingnya, wanita ini terpaksa menahan luka bersalin bernanah dan amat menyakitkan!

Belum habis episod sakit melahirkan anak, seterusnya para ibu perlu berdepan sedikit kesukaran sewaktu mengikuti tempoh berpantang. Tidak dinafikan terdapat banyak pantang larang yang perlu diamalkan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah seperti darah beku, masalah menyusu bayi dan luka bersalin bernanah.

Apabila bercerita tentang penjagaan luka bersalin terutamanya caesar, rata-rata ibu berasa seram sejuk dan takut apabila membayangkan jahitan mula mengalami bengkak, bernanah atau terpaksa dibuka semula!

Luka bersalin bernanah selepas mencuba petua mengarut

Luka Bersalin Bernanah Teruk, Tolong Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!

Kredit: iStock

Baru-baru ini seorang doktor, Muhammad Izzat berkongsi pengalamannya merawat pesakit wanita yang mengalami luka bersalin bernanah agak teruk selepas mencuba petua menyapu bahan bukan ubat.

”Awak sapu ubat apa pada luka pembedahan ini?”

Luka pembedahan caesarean pada bahagian perutnya amat jelas kelihatan kekuningan dan coklat kehitaman. Apabila disentuh dengan tangan, lukanya panas dan bengkak.

”Saya sapu sedikit kunyit dan manjakani doktor. Ada orang cakap ia bagus untuk menyembuhkan luka pembedahan. Jadi saya pun cuba lah. Tapi lepas sapu tu, luka saya tiba-tiba bertukar jadi kemerah-merahan dan bengkak, sampai saya tidak boleh tidur menahan sakitnya. Sebab tidak tahan sangat dah, itu yang saya jumpa doktor ni,” jawabnya.

luka bersalin bengkak

credit to sources

Setelah pemeriksaan dibuat untuk mengenalpasti sebab luka bersalin bengkak dan lebam, tiba-tiba tangan saya telah ditepis.

”Doktor, sakit sangat. Jangan pegang tempat luka tu” pintanya.

”Luka awak ni sudah bernanah. Bila picit sikit sahaja, memancut nanah keluar. Nasib baik tidak terkena ke muka saya.” jawab Dr Izzat.

”Menyesal dah saya sapu benda bukan-bukan dekat luka ini. Memang taubat dah.” kata pesakit berkenaan.

*dalam hati… kau ingat nak masak ayam goreng kunyit ke nak sapu kunyit sana sini.

Dengan nada bergurau, saya cakap, “Nanti dalam wad, sapu lah pula serbuk kari. Mana lah tahu nanti akan ceput sembuh luka bersalin ini, alang-alang tu kan jangan lupa juga serbuk kayu manis. Perah sikit limau nipis dan lumur asam jawa. Pastikan rata kesemua bahan dekat luka caesar tu, baru cepat baik.”

Tanda-tanda berlakunya jangkitan kuman pada luka jahitan caesar

sapu kunyit pada luka bersalin

credit to sources

  • Bahagian luka menjadi kemerah-merahan
  • Kadang-kadang ada nanah mula keluar
  • Luka menjadi lebam dan bengkak

Siapa yang berisiko mengalami jangkitan kuman pada luka bersalin caesar:

#1. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan

#2. Ibu ada penyakit kencing manis

#3. Mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan risikonya tinggi sedikit untuk dapat jangkitan kuman berbanding mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara elektif

#4. Mempunyai sejarah bersalin caesarean sebelum ini.

Apabila berlakunya jangkitan kuman pada luka pembedahan caesar, sampel (swab) akan diambil di bahagian luka bagi mengetahu jenis kuman yang menyebabkan masalah ini terjadi. Pihak hospital akan melakukan penyiasatan darah juga.

Sekiranya jangkitan kuman baru dalam tahap awal dan tidak begitu teruk, rawatan antibiotik akan dimulakan untuk 5 hingga 7 hari. Biasanya pesakit boleh amalkan di rumah. Selepas seminggu, anda akan dipanggil semula untuk berjumpa doktor bagi melihat sama ada jangkitan menunjukkan tanda-tanda sembuh atau tidak.

petua luka bersalin sembuh

credit to sources

Jika jangkitan pada luka teruk sehingga menampakkan kesan lebam dan pengumpulan darah beku pada luka, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemberian antibiotik melalui salur darah (intravenous). Kemudian, proses cuci luka akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan jangkitan kuman sudah tiada sebelum luka dijahit semula.

Kesimpulannya, usahlah mencuba pelbagai petua pelik ketika anda melalui tempoh berpantang. Ikut sahaja saranan oleh pihak hospital kerana mereka lebih arif dan pakar dalam bidang kesihatan.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Jangan gatal nak sapu serbuk kunyit atau sebarang jenis tepung pada luka pembedahan caesarean. Para ibu hanya perlu kerap bersihkan guna air mandian biasa dan keringkan luka selepas mandi menggunakan tuala bersih.

Sentiasa amalkan pemakanan yang berkhasiat seperti mengambil vitamin C dan sayur-sayuran hijau agar luka bersalin ini cepat pulih.

Sumber: Muhammad Izzat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Tahap Koyakan Bersalin, Ibu Bukan Kena Jahit Hidup-Hiduplah, Doktor Akan Bius Dulu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Luka Bersalin Bernanah Teruk, Tolong Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham