Bersalin bukanlah perkara yang main-main. Ia melibatkan hidup dan mati. Tidak kira sama ada anda bersalin normal atau beranak czer, kedua-duanya mempunyai risiko masing-masing.
Jadi bagi anda yang sudah melalui bersalin secara czer sebanyak tiga kali dan merancang untuk melaluinya lagi, mungkin ada baiknya anda baca perkongsian ibu ini.
Ia adalah pengalaman sendiri yang diceritakan oleh seorang ibu, Erna Jamil untuk wanita di luar sana.
Beranak Czer kali ke-3, bayi pramatang
Tiba2 terasa nak kongsi pengalaman czer kali ke-4 yg pernah sis lalui.
Tahukah anda, selepas 2x czer, kali ketiga confirm czer sebab memang tidak boleh bersalin normal lagi. Ya, sis pn baru tahu semasa pregnant kali ketiga. Puas jmpa pakar di hospital swasta nk cuba bersalin normal tp jawapannya “NO” .
Dan komplikasi sis juga bermula semasa 3rd pregnancy walaupun jarak dgn czer kedua sudah 7 tahun. Setiap kali pregnant sis mmg akn dpt tekanan darah tinggi sbb tu semuanya emergency czer.
3rd czer:
Yg ketiga ni contraction start seawal 28 minggu. Kluar masuk hospital & akhirnya pd usia kandungan 34 minggu terpaksa emergency czer walaupun bb tk ckup matang lg. Ketika ini pakar sudah nasihatkan sis utk terus ‘ikat’ & terangkan risiko yg bakal dihadapi. Bkn satu dua pakar yg dtg, ramai.. tp sis berdegil sebab suami pernah beritahu nak lg zuriat. Masih nk cuba utk baby boy. Ya DEGIL! Itulah perkataannya. Alhamdulillah baby selamat tp msuk NICU sbb pra matang & ada masalah pernafasan.
Czer kali ke-4, lagi besar dugaan…
4th czer:
Masa berlalu pergi & selepas 5 tahun sis mengandung lg. Masa ni dh pindah blk kpg. Ketika buat buku pink dh kena jerit dgn cik nurse sbb dh 3 kali czer atau medical term (3 previous scar). Sis dirujuk kpd pakar. Lg sekali kena jerit dgn doctor bila tgk buku pink “hah, 3 prev scar, you nk ambik risiko lg? You tau tak risiko rahim boleh pecah, boleh bleeding masa bersalin? Lagi pulak you ni ada darah tinggi BAHAYA! You boleh mati tau tak?” Huhu.. Ya ni semua sebab kedegilan sendiri..
Minggu ke-20 mula rasa perit di tempat czer, rasa nak meletup
Nak jd cerita masuk je 20 minggu sis dh mula rasa perit kt tempat czer. Terasa perut cekang rasa mcm nk meletop pn ada. Nk jalan pun sakit. Sis follow up di 2 tempat, di hospital swasta & klinik kesihatan. Saja standby kot terberanak kt mana2.. Masa ni jugak kena kencing manis sampai kena cucuk insulin Allahu..
Ketika ni sis dh berada di dalam pantauan rapi pakar. Keluar masuk hospital usah di kenang. Dh mcm rumah kedua. Pakar di hospital kerajaan awal2 dh bgtau kemungkinan akn kena transfer ke hospital besar daerah yg lain andai bayi lahir tk cukup bulan. Ok dh mula seram..
Tipu kalau kata sis tak takut. Sis minta pendapat gynae sis di hospital swasta (gynae sejak 1st pregnancy dulu) katanya hospital swasta tersebut tiada kelengkapan utk bb pramatang & hospital daerah juga mungkin tak mampu kendalikan bb yg terlalu kecil.
Sis minta jasa baik doktor tersebut utk tulis surat rujukan ke hospital yg mampu kendalikan kes sis termasuk bb pramatang. Sis dirujuk ke sebuah hospital di ibukota. Maka bermula lah follow up ulang alik dr Perak ke KL.
Pada usia kandungan 32 minggu contraction makin kerap. Pegi chk up di hospital swasta doctor confirm real contractions & suruh bertolak ke KL pd masa itu juga. Sampai KL terus kena admit blood pressure tinggi & tak turun2.
Esok tu pagi2 doctor decide emergency czer kerana bimbang keadaan sis (takut rahim pecah) & nk selamatkan bb. Operation dijalankan selepas bekalan darah dari bank darah negara tiba. Operation yg sgt high risk. Semua dh standby for the worst…
Hampir hilang nyawa, tumpah darah, masuk 4 bag darah
Masa dlm OT masa nk bius dh mula ada masalah. Epidural tak jln & terpaksa buat mcm2. Sejam berlalu & ketika itu terdengar pakar bius berkata “patut bb dh keluar ni”. Terdengar juga mereka berbincang utk bius full & intubate. Sis dh rasa mungkin akn habis nyawa di sini saja..
Alhamdulillah pembedahan akhirnya berjaya walaupun berlaku tumpah darah dan masuk 4 bag darah & sis juga “diikat” terus. Baby masuk NICU sbb pramatang & gula rendah sbb sis cucuk insulin masa pregnant. Ya Allah, syukur sgt dua2 selamat..
Lepas czer kali ke-4, senggugut teruk
Tapi.. penderitaan sis tak berakhir di situ.. sejak lps czer ke-4, setiap kali dtg bulan sakitnya berguling2.. Doctor suspect organ dalaman sis melekat akibat 4x czer & 1x operation apendiks (masa remaja). Total dh 5x operate & organ dalaman di usik. Ditambah pula setiap kali sis operate sis makan pati gamat & haruan yg menjadi punca organ dalaman melekat sesama sendiri.
Jangkaan doctor betul. Ct scan abdomen mengesahkan terdapat 3 kawasan organ melekat. Usus melekat di dinding perut, rahim melekat dgn pundi kencing.. Ketika pakar menerangkan risiko semasa & selepas operation, sis dh mcm nk pengsan.. Antaranya berkemungkinan akan kekal menggunakan bag najis dll.. Huhu..
Perkara pertama yg sis cari sebaik sedar dari operation ialah, ada tak bag najis tergantung. Alhamdulillah takde. Seminggu sis ditahan di hospital sebelum dibenarkan pulang dgn bil hospital berjumlah RM26k.
Pesan sis pada yg nk czer lebih 3 kali, fikirlah balik. Cuba tgk muka ank2 yg ada tu. Apa jd pada mereka andai kata mereka kehilangan ibu? Berbaloikah kita ambil risiko hanya kerana nk jd isteri yg baik?
Dlm kes sis, jodoh tak panjang.. Kami berpisah ketika anak bongsu berusia 2 tahun. Syukur Allah panjangkan umur sis utk jaga semua anak sis harini. Setiap kali pandang wajah ank yg ke-4 sis terfikir, apalah nasib dia andai kata nyawa ku diambil ketika lahirkan dia?
Pada suami2 janganlah paksa isteri mengandung lg jika doctor dh nasihatkan utk ikat peranakan. Jgn jdkan ank2 anda anak yatim. Memang ajal di tangan tuhan, tp ajal jgn dicari.. Sis yg czer jarak jauh2 pn hampir hilang nyawa apatah lg yg bersalin czer selang stahun dua tu..
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kembali Pulih Selepas Bersalin Secara Normal: Perkara Penting Anda Harus Tahu
Baca juga: 3 Sebab Mengapa Proses Bersalin Boleh Jadi Sehari Suntuk Lamanya
Baca juga: Posisi Bersalin Duduk Ini Memudahkan Proses Bersalin, Malah Mengurangkan Sakit!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!