Berjaga malam kerana bayi baru lahir menangis adalah perkara biasa bagi ibu bapa, terutama bagi mereka yang baru menimang cahaya mata. Mengetahui punca bayi menangis malam dan memahami keperluan mereka adalah kunci untuk mengurangkan tekanan dan keletihan anda.
Sebab Bayi Baru Lahir Menangis Waktu Malam
Berikut beberapa sebab bayi baru lahir menangis pada waktu malam:
1. Bayi Menangis Kerana Lapar
Punca bayi menangis malam yang biasa adalah lapar. Bayi yang baru lahir memerlukan susu setiap 2-3 jam. Mereka menangis sebagai isyarat bahawa mereka lapar.
2. Lampin Basah atau Kotor
Lampin yang tidak selesa boleh menyebabkan bayi menangis. Periksa dan tukar lampin jika perlu.
3. Ketidakselesaan Fizikal
Punca bayi menangis malam mungkin kerana kembung perut, sejuk, panas atau pakaian tidak selesa.
4. Bayi Menangis Sebab Perlu Rasa Selamat
Bayi baru lahir memerlukan sentuhan dan pelukan untuk merasa tenang. Mereka mungkin menangis untuk mendapatkan perhatian anda.
5. Kolik atau Kembung Perut
Punca bayi menangis malam sering dikaitkan dengan masalah pencernaan. Bayi dengan masalah kolik sering menangis tanpa henti, terutama pada waktu malam.
Bayi Menangis Kerana Kembung Perut
Kembung perut bayi berlaku apabila terdapat gas yang terperangkap dalam sistem pencernaan, menyebabkan rasa tidak selesa.
Bayi yang mengalami masalah ini biasanya menangis dengan kuat, sering kali kelihatan tidak selesa, dan mungkin menarik kaki mereka ke arah perut.
Bayi Kembung Perut Dan ”Rule Of 3”
Bayi kembung perut sering menangis tanpa sebab yang jelas. Tangisan ini biasanya lebih ketara selepas menyusu atau selepas makan.
Bayi perut kembung akan menangis lebih lama dan sukar dipujuk, walaupun selepas diberi susu atau didukung. Kadang-kadang, tangisan ini akan berhenti sekejap dan kemudian bersambung semula.
Bayi dianggap kembung perut atau kolik apabila si manja menangis:
-
Menangis lebih dari 3 jam sehari
-
Menangis lebih dari 3 hari seminggu
-
Berlanjutan selama lebih dari 3 minggu
Cara Mengatasi Bayi Kembung Perut
Berikut beberapa cara mengatasi bayi kembung perut yang boleh ibu ayah cuba di rumah:
1. Buat Bayi Sendawa
Selepas menyusu, tegakkan bayi di bahu anda dan gosok perlahan belakangnya untuk membantu gas keluar. Jika bayi tidak sendawa, gas mungkin terperangkap dan menyebabkan kembung perut.
2. Gerakkan Kaki Bayi
Letakkan bayi dalam posisi baring dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal. Pergerakan ini membantu mengeluarkan gas dari perut dengan cara semula jadi.
3. Dukung Bayi Dalam Posisi Menegak
Dukung bayi dalam posisi menegak atau dalam posisi “tummy time” (menghadap ke bawah di atas lengan anda). Posisi ini memberi tekanan lembut pada perut dan membantu melepaskan gas.
4. Urut Perut Bayi
Terdapat beberapa teknik atau cara urut bayi agar tidak meragam. Pertama sekali, buka pakaian bayi dan baringkan si manja dalam keadaan terlentang.
Kemudian picit sedikit Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil pada telapak tangan dan ikut beberapa teknik urutan bayi berikut:
- Urutan I Love You – I L U: Teknik mengurut bayi yang pertama ini cukup terkenal di kalangan parents sebagai urutan I Love You. Caranya ialah dengan menggosok perut bayi untuk membentuk huruf I – L – U ke arah kepalanya. Urutan I Love You boleh dilakukan pada bayi berumur 0-12 bulan bagi memberikan mereka rasa keselesaan.
- Urutan Mengikut Arah Jam: Urut perut bayi dengan perlahan bermula dari pinggul kanannya, bergerak mengikut arah jam ke kiri. Pergerakan ini membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan perut dan mengeluarkan gas terperangkap di dalam saluran penghadaman mereka.
- Urutan Dayung: Teknik seterusnya ialah menggosok perut bayi secara perlahan dan lembut dari atas ke bawah. Mulakan dari bawah rusuk ke bahagian atas pinggul. Lakukan urutan bayi ini dengan menggunakan tangan kanan secara berselang-seli dengan tangan kiri seperti mendayung.
- Urutan Moonwalk: Masih di kawasan perut, mulakan urutan tepat di atas pusat di sebelah kiri. Kemudian luncurkan jari telunjuk dan jari tengah anda dengan perlahan dan lembut melintasi badan bayi ke sebelah kanan.
- Urutan Belakang: Beralih ke kawasan belakang bayi. Pertama, anda perlu duduk sambil meregangkan kaki ke hadapan. Kemudian baringkan bayi menghadap ke bawah di atas paha anda sambil mengurut perlahan-lahan belakangnya. Tekanan paha anda terhadap perut bayi boleh membantu melegakan ketidakselesaan perut mereka.
5. Gunakan Minyak Bayi
Sapukan minyak bayi pada perut, belakang, dan tapak kaki bayi. Minyak ini membantu menghangatkan perut dan mengurangkan ketidakselesaan.
Ada pelbagai minyak telon yang berkesan dalam melegakan kembung perut bayi tapi yang plaing kami syorkan adalah Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil kerana ianya dihasilkan dengan mengguna bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk si kecil seperti:
- Minyak Buah Pala (nutmeg): Melegakan ketidakhadaman dan kejang pada perut. Merupakan ubat semulajadi untuk selesema dan batuk.
- Minyak Lavender: Membantu menenangkan bayi yang menangis dan mengurangkan simptom colic.
- Minyak Chamomile: Menggalakkan bayi untuk rileks, membantu bayi tidur lebih cepat, tenang dan lena.
- Minyak Kelapa: Berfungsi sebagai pelembap lembut dan semulajadi untuk kulit
- Minyak Zaitun: Kaya dengan vitamin E dan vitamin K serta sarat dengan antioksidan yang menenangkan keradangan dalam badan
Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil Bantu Bayi Tidur Lebih Lena
Bagi memastikan bayi selesa dan tidur lebih nyenyak sepanjang malam, pastikan anda mendapatkan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil.
Penggunaan Mama’s Choice Calming Tummy Oil sebelum tidur dapat membantu bayi tidur lebih nyenyak. Ia memberikan rasa nyaman dan tenang, membantu bayi mengatasi ketidakselesaan perut yang sering mengganggu tidur mereka.
Berikut mengapa ia menjadi pilihan terbaik buat si manja:
1. Lebih Selamat Untuk Kulit Bayi
Banyak minyak telon biasa mengandungi Minyak Kayu Putih (Cajeput Oil), yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi yang halus, mencetuskan ruam, atau reaksi alahan.
Peppermint Oil yang terdapat dalam sesetengah minyak angin boleh meningkatkan risiko sawan jika digunakan pada bayi di bawah umur 30 bulan.
Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil tidak mengandungi bahan-bahan ini dan menggunakan formula semula jadi, menjadikannya alternatif yang lebih selamat.
2. Fungsi Sama Seperti Minyak Telon Biasa
Walaupun bebas daripada Minyak Kayu Putih dan Peppermint, Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil tetap menawarkan manfaat serupa seperti memanaskan badan bayi, melegakan perut kembung, angin, dan kolik.
3. Solusi Untuk Pelbagai Masalah Bayi
- Melegakan Masalah Ketidakhadaman: Mama’s Choice Calming Tummy Oil membantu melegakan masalah ketidakhadaman pada bayi dengan cara yang lembut dan semulajadi. Ia mengandungi bahan-bahan yang menenangkan perut bayi, membantu mengurangkan rasa tidak selesa akibat gas atau sembelit.
- Bantu Tenangkan Bayi Kolik: Kolik adalah masalah biasa yang menyebabkan bayi menangis berterusan kerana ketidakselesaan perut. Dengan penggunaan Mama’s Choice Calming Tummy Oil, ia membantu menenangkan perut bayi yang kembung, mengurangkan rasa sakit dan memberikan ketenangan kepada bayi kolik.
- Mengurangkan Rasa Sakit pada Perut: Minyak ini mengandungi bahan yang bersifat antispasmodik, yang membantu melegakan kekejangan perut pada bayi. Ia membantu mengurangkan rasa sakit akibat gas atau kembung perut, memberikan kelegaan segera untuk bayi.
- Melegakan Batuk: Selain melegakan masalah perut, Mama’s Choice Calming Tummy Oil juga dapat membantu melegakan batuk bayi. Ia memberikan kesan menenangkan pada saluran pernafasan, membantu melegakan batuk yang mengganggu tidur atau aktiviti harian bayi.
Untuk pembelian Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil, anda boleh mendapatkannya di Shopee dan TikTok.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kenali 5 Makanan Penyebab Kembung Di Kalangan Bayi, Jangan Salah Beri!
Baca juga: Bayi Menangis Tanpa Henti? Itu Mungkin Colic Atau Sawan Tangis
Baca juga: Perut Masuk Angin, Colic Atau Sembeli Pada Bayi? Ini Cara Atasinya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!