X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

6 min bacaan
Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Bayi baru lahir kadang kala kuat sangat menangis tanpa sebab sehingga ibu dan ayah naik pening. Pernahkah anda dengar tentang penyakit colic? Mungkin ini yang melanda anak anda.

Bayi colic adalah situasi yang mana bayi yang nampak sihat secara fizikal namun menangis tanpa henti. Sebagai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, perkara yang akan membuatkan anda berasa gusar sekali adalah disebabkan oleh si bayi yang kerap menangis.

Adakah kerana bayi anda lapar atau kembung perut? Atau, mungkin juga bayi anda sebenarnya sedang menghidap penyakit colic! Jika ini kali pertama anda mendengar perkataan colic, kami ada panduan lengkap di sini.

Isi Kandungan

  • Adakah Bayi Colic Perkara Normal?
  • Apakah Maksud Penyakit Colic Pada Bayi?
  • Apakah Punca Penyakit Colic?
  • Tanda-tanda Si Manja Menghidap Colic
  • Bagaimana Cara Anda Boleh Merawat Colic?
  • Kesan-kesan Penyakit Colic Pada Bayi

Adakah Bayi Colic Perkara Normal?

Secara amnya, colic atau sawan tangis merupakan satu penyakit yang menyebabkan ketidakselesaan kepada perut bayi. Bayi selalunya akan menangis bagi memberi isyarat bahawa mereka sebenarnya lapar, tidak selesa, perut masuk angin atau pun juga kerana lampinnya yang basah. 

Walau bagaimanapun, jika anak anda menangis berterusan tanpa anda ketahui sebabnya, anak anda mungkin menghidapi colic!

Apakah Maksud Penyakit Colic Pada Bayi?

Perkataan colic adalah berasal daripada bahasa Yunani (Greek) dan membawa maksud usus besar.

Colic atau sawan tangis ini bukanlah suatu penyakit dan tidak menyebabkan si kecil mengalami penyakit jangka panjang. Umumnya, colic akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa bulan, namun para ibu juga boleh meredakan sawan tangis pada si kecil dengan beberapa cara.

Colic adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan keadaan apabila seorang bayi yang sihat menangis berterusan lebih dari 3 jam sehari, lebih dari 3 hari seminggu, selama 3 minggu atau lebih.

Apakah Punca Penyakit Colic?

punca colic atau sawan tangis pada bayi

Sumber: Ceria Sihat

Meskipun colic ini merupakan penyakit yang sering ada dalam kalangan bayi, namun ibu bapa seeloknya tidak memandang remeh akan perihal ini. 

Siapa saja yang mahu melihat anaknya menangis dan berada dalam kesakitan yang berpanjangan, bukan? 

Untuk mengelakkan hal ini daripada mengganggu keharmonian dan kesihatan bayi anda, kita mestilah mengambil tahu akan punca penyakit sawan tangis ini. Kenapa ia berlaku kepada bayi anda?

  1. Susu yang anda berikan kepada bayi anda tidak sesuai dengannya. Periksa semula kandungan susu yang anda berikan dan tukar kepada susu lain jika perlu.
  2. Penyakit colic selalunya berlaku kepada bayi yang dilahirkan pra-matang. Jika cahaya mata anda dilahirkan kurang dari 9 bulan 10 hari, dan kemungkinan besar si manja akan menghidap sawan tangis.
  3. Ini akan membuatkan para ibu bapa menghela nafas kelegaan kerana ia sesuatu yang positif! Colic terjadi apabila tumbesaran bayi anda yang normal dan ia menunjukkan bahawa terdapat perkembangan dalam sistem pencernaan anak anda. Jadi, janganlah anda terlalu khuatir.

Tanda-tanda Si Manja Menghidap Colic

tanda-tanda bayi menghidap colic atau sawan tangis

Bayi menangis tanpa henti dan sangat sukar dipujuk dan ditenangkan. Bayi yang menghidap colic menangis berterusan sepanjang hari dan keadaan semakin teruk di petang hari, biasanya antara jam 6 hingga tengah malam.

Simptom sawan tangis bukan hanya apabila bayi menangis berterusan tanpa anda ketahui sebabnya, tetapi banyak cabang yang merupakan antara simptom yang boleh kita tujukan bahawa bayi itu menangis disebabkan penyakit sawan tangis yang dihidapi.

Selain menangis berterusan yang sukar dipujuk, bayi yang menjerit dan meraung juga boleh ditafsirkan sebagai penghidap colic. Bayi mungkin menjerit bagi memberi isyarat tentang ketidakselesaan dan kesakitan yang dirasai pada bahagian perutnya. Mungkin mereka sedang mengalami masalah kembung perut atau pun sembelit.

Di samping itu, apabila bayi mengangkat kaki ke arah perutnya. Itu merupakan satu signal yang bayi ingin tunjukkan kepada ibu bapa bahawa si manja berasa ketidakselesaan di bahagian perut. Jadi, ibu bapa harus ambil tahu dan mengambil tahu apabila bayi anda asyik menggerakkan kedua-dua belah kakinya ke bahagian perutnya.

Colic juga akan menyebabkan perut bayi anda kembung disebabkan oleh refluks asid yang terdapat dalam perutnya. Anda perlu segera membawa bayi anda berjumpa doktor apabila terdapat simptom seperti ruam-ruam, demam, cirit-birit dan muntah.

Sawan tangis juga boleh terjadi kepada bayi disebabkan oleh faktor pemakanan ibu yang masih menyusu bayi tersebut. Sebagai contoh, apabila ibu yang masih menyusu memakan sayur seperti bayam atau brokoli, itu akan menyebabkan pengeluaran gas sekaligus menjadi salah satu punca bayi menghidap sawan tangis.

Bagaimana Cara Anda Boleh Merawat Colic?

cara merawat colic

Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Begitu juga dengan colic ini.

  1. Anda boleh mengurut lembut bayi anda untuk mengurangkan rasa sakit yang dirasainya. Anda juga boleh mengusap lembut perut bayi anda bagi melepaskan gas yang terperangkap di dalamnya.
  2. Sapukan minyak telon atau balm pada perut si kecil. Ini terbukti dapat membantu sedikit sebanyak dalam menenangkan dan melegakan ketidakselesaan yang si manja anda rasa. 

Jika anda mencari minyak telon baby yang menggunakan bahan-bahan yang semulajadi dan selamat untuk kulit sensitif si kecil, kami syorkan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil kerana ianya dirumus dengan menggunakan formula vegan dan telah diuji secara dermatalogi untuk keselamatan dan keberkesanan terbaik buat kegunaan bayi.

Bukan sahaja mampu melegakan masalah bayi kembung perut, malah ia juga mampu mengurangkan simptom colic dan menenangkan bayi melalui bahan minyak Chamomile dan minyak Lavender supaya si manja dapat tidur dengan lena dan tenang. 

  1. Bawa si manja keluar bagi menghirup udara segar. Itu juga akan membantu bayi berasa lebih tenang dan selesa.
  2. Yang paling penting, anda perlu menepuk perlahan belakang badan anak dan sendawakan dia dengan betul setiap kali selepas bayi diberi susu. Ini untuk memastikan gas tidak terperangkap di dalam badan bayi anda. Baringkan anak anda dengan perutnya di bawah juga dapat membantu mengeluarkan gas yang terperangkap.
  3. Anda juga perlu memeriksa dan menukar susu bayi anda sekiranya terdapat bahan-bahan yang tidak sesuai dengan anak anda. 

Kesan-kesan Penyakit Colic Pada Bayi

kesan colic pada bayi

Kesan colic bukan hanya terdapat pada bayi anda sahaja, malah para ibu juga boleh turut terkena tempiasnya.

  1. Para ibu akan lebih mudah berasa tertekan ketika dalam tempoh berpantang dan ini akan menyebabkan sesetengah ibu mengalami burn out atau bahasa pasarnya, “meroyan”.
  2. Pengeluaran susu badan ibu juga boleh terjejas. Stres yang berpanjangan boleh menyebabkan pengeluaran susu badan para ibu terhenti atau berkurangan secara drastik.
  3. Ibu ayah juga akan berasa tertekan dan mempunyai masalah keharmonian rumah tangga kerana penyakit kolik yang dihidapi anak mereka berasa penat dan sering menyalahkan diri mereka.

Namun begitu, anda janganlah terus-terusan berasa gusar kerana colic bukanlah bererti bayi mempunyai masalah kesihatan kerana seperti peredaran masa, sawan tangis bayi juga akan akhirnya sembuh. Akan tetapi, ini bukan bermaksud ibu ayah harus memandang enteng akan perihal colic ini.

Jika anda masih mempunyai kerisauan atau persoalan lebih lanjut tentang penyakit colic atau sawan tangis, rujuklah pakar kanak-kanak yang anda percayai pada kadar yang segera. Jangan tangguh-tangguh lagi, kesian bayi asyik menangis.

Happy baby means happy parents!

Mayo Clinic

www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colic/diagnosis-treatment/drc-20371081

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Petua Yang Boleh Memburukkan Keadaan Bayi Dengan Colic

Baca juga: Cara Berkesan Melegakan Masalah Kembung Perut, Sembelit & Colic Pada Bayi

Baca juga: Minyak Bayi Terbaik Untuk Bayi Masalah Perut Kembung – Anak Pasti Akan Rasa Lebih Lega & Selesa!

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku bayi
  • /
  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!
Kongsikan:
  • Kajian kontroversi ini menunjukkan akupuntur dapat melegakan bayi kolik (colic)

    Kajian kontroversi ini menunjukkan akupuntur dapat melegakan bayi kolik (colic)

  • Kenapa Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Sudah Menyusu Atau Tukar Lampin? Ini Penjelasannya

    Kenapa Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Sudah Menyusu Atau Tukar Lampin? Ini Penjelasannya

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Kajian kontroversi ini menunjukkan akupuntur dapat melegakan bayi kolik (colic)

    Kajian kontroversi ini menunjukkan akupuntur dapat melegakan bayi kolik (colic)

  • Kenapa Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Sudah Menyusu Atau Tukar Lampin? Ini Penjelasannya

    Kenapa Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Sudah Menyusu Atau Tukar Lampin? Ini Penjelasannya

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.