Perkembangan Kanak-Kanak 6 Tahun 9 Bulan, Mereka Sudah Pandai Menjaga Diri

Perkembangan Kanak-Kanak 6 Tahun 9 Bulan, Mereka Sudah Pandai Menjaga Diri

Anak sekarang usia 6 tahun 9 bulan? Mesti mereka tidak sabar untuk memasuki sekolah rendah kan? Jom ketahui perkembangan kanak-kanak 6 tahun 9 bulan di sini

Perkembangan kanak-kanak 6 tahun 9 bulan pastinya kini anak berada dalam alam persekolahan tadika bagi membolehkan mereka meraih kejayaan dalam akademik.

Bukan itu sahaja, anak akan menunjukkan sifat lebih dewasa dan berdikari dalam menerokai dunia sekeliling mereka.

Walau bagaimanapun, anak kecil anda masih memerlukan sokongan bagi membina keyakinan atau karakter diri.

Namun, tahukah anda bahawa setiap anak mempunyai tingkah laku yang berbeza? Tidak semua kanak-kanak akan berkembang mengikut kemahiran spesifik dalam masa yang sama.

Perkembangan kanak-kanak 6 tahun 9 bulan, adakah mereka berada pada landasan yang betul?

anak berusia 6 tahun 9 bulan

foto: sumber

Perkembangan fizikal

Pada usia ini, anak anda berupaya untuk melakukan pelbagai perkara yang menyeronokkan termasuklah berani mengambil risiko dalam aktiviti yang berbahaya.

Jadi sebagai ibu ayah ayah, anda perlu sentiasa memberi peringatan kepada anak-anak agar mereka berhati-hati ketika bermain di tempat awam.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu memerhati setiap pergerakan anak biarpun ketika berada di dalam rumah.

Pada usia ini, anda akan mendapati purata ketinggian dan berat anak adalah:

  • Lelaki
  • Ketinggian: 120.5 cm (47.7inci)
  • Berat: 22.6 kg (49.7 lb)
  • Perempuan
  • Ketinggian: 120.1 cm (47.3 inci)
  • Berat: 22.2 kg (49 lb)

Memandangkan anak-anak semakin membesar, keperluan untuk berdikari menjadi semakin meningkat.

Berikan peluang untuk anak melakukan segala perkara sejak mereka berada usia 6 tahun agar mereka dapat mencabar kemampuan diri sendiri.

Hal ini merangkumi mereka boleh mengenakan pakaian sendiri, memakai kasut tanpa mengharapkan bantuan orang lain atau menunggang basikal tanpa sokongan tayar.

Kemahiran motor perlu ditingkatkan dengan memanjat, berlari atau melompat. Anda juga perlu menggalakkan anak-anak untuk belajar menari atau terlibat dengan sukan seperti bola sepak.

Mereka juga perlu terlibat dengan sesi berenang bagi mengelakkan mereka dari sebarang kejadian yang melibatkan air.

Tips

  • Galakkan anak untuk menerokai perkara baru dan mencuba aktiviti menarik
  • Pada ketika ini, anda akan mendapati mereka mula menunjukkan minat untuk berimaginasi. Jadi, ibu ayah perlu menyediakan bahan supaya kemahiran kreatif yang dimiliki dapat ditingkatkan.
  • Memandangkan anak aktif dalam pelbagai aktiviti, ia adalah perkara yang normal jika berlaku sebarang kemalangan kecil. Pastikan anda menyimpan kit pertolongan cemas di dalam rumah.
  • Sekiranya anak berlatih menunggang basikal tanpa roda sokongan, sediakan gear atau brek yang selamat bagi menghalang kemalangan yang serius. Wajibkan pemakaian helmet juga!

Bila perlu jumpa doktor

  • Apabila anak mengalami kesukaran untuk memegang pensil atau sebarang alatan lukisan.
  • Sekiranya anak sukar memiliki kawan
  • Ketika anak mengalami masalah dengan memberikan tumpuan seperti gagal menangkap bola.

Perkembangan kognitif

Sekiranya anak kecil anda sudah memasuki alam persekolahan, semestinya pelbagai perkara akan dipelajari oleh mereka.

Ia adalah sangat penting bagi memastikan anak bersedia untuk melangkah ke tahap sekolah rendah dengan baik. Hal ini ini memudahkan proses pembelajaran kerana mereka telah meletakkan fikiran positif mengenai sekolah.

Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapati bahawa anak semakin fokus pada tahap ini.

Si manja perlu memiliki upaya sekurang-kurang 15 minit untuk fokus setelah mereka melakukan tugasan sekolah dan mengikuti setiap arahan dengan baik.

Keupayaan mental anak-anak juga akan berkembang kerapa mereka memahami lebih banyak perkara dunia termasuklah gurauan yang biasa.

Ibu ayah juga boleh mengembirakan mereka dengan melakukan sedikit penceritaan yang lucu.

Sekiranya anak berkebolehan untuk membaca, pastikan anda menetapkan masa dan memberi pemahaman kepada mereka mengenai konsep nombor.

Tips

  • Hampir melangkah ke usia 7 tahun ini, anak masih mengalami kekeliruan dalam mengagak jarak. Oleh itu sentiasa memegang tangan mereka ketika melintas jalan.
  • Latihan keselamatan kebakaran perlu diajar pada usia ini agar mereka boleh memahami setiap arahan. Pastikan anda memasang penggera kebakaran di dalam rumah dan ajarkan juga tentang risiko kebakaran

Bila perlu jumpa doktor

  • Anak tidak boleh mengikut arahan yang mudah
  • Anak kehilangan kemahiran yang mereka ada

Perkembangan kanak-kanak 6 tahun 9 bulan ini akan teruja untuk menerokai dunia kanak-kanak.

Sokongan anda sangat diperlukan kerana mereka perlu membina nilai keyakinan diri sama ada berhadapan dengan masalah atau tekanan.

Mereka juga akan meminta untuk berdikari dari ahli keluarga. Justeru, ibu ayah tidak perlu terkejut jika mereka dengan sukarela melakukan tugasan rumah yang mudah.

Bukan itu sahaja, hal yang lebih baik adalah anda mengajarkan mereka menjadi seseorang yang boleh memikul tanggungjawab.

Jangan begitu risau sekiranya anak telah menjatuhkan pinggan ke lantai kerana kemalangan sebegini adalah sesuatu yang normal.

Si kecil anda juga akan mula menjalinkan hubungan sosial iaitu mendapatkan sokongan yang bukan dari ibu ayah, tetapi rakan sebaya mereka.

Mereka akan mula meletakkan perhatian terhadap ikatan persahabatan dan kerjasama ketika dalam sesebuah kumpulan.

Tips

  • Bina keyakinan diri anak dengan menyempurnakan sesuatu tugasan dan tonjolkan kasih sayang terhadapnya.
  • Biarkan anak tahu bahawa anda sentiasa ada di samping mereka bagi mendengar setiap masalah yang dihadapi. Misalnya, tanya mereka tentang sekolah, kawan atau perkara yang menganggu mereka.
  • Kanak-kanak pada usia ini terdedah untuk bercakap bohong dan mencuri. Ia adalah tingkah laku yang normal. Sekiranya anda mendapati anak menipu, gunakan peluang ini untuk mengajar tentang nilai diri yang baik. Ingatkan mereka bahawa setiap tindakan akan memberikan kesan.
  • Galakkan mereka untuk menyertai aktiviti yang melibatkan komuniti.
  • Ajar anak untuk menentukan keputusan kecil. Biarkan mereka memilih permainan yang diminati.

Bila perlu jumpa doktor

  • Jika anak sering mengelak dari berinteraksi dengan orang sekeliling
  • Anda mendapati anak mengalami tanda-tanda depression, mudah penat dan sering ketakutan.

Perkembangan bahasa dan pertuturan

tumbesaran anak 6 tahun 9 bulan

hello magazine

Hal yang paling berharga ialah berkongsi setiap perjalanan dengan semua orang dan ia adalah sesuatu yang sangat comel!

Pada usia 6 tahun, anak perlu berkebolehan untuk terbiasa bersama orang asing, pandai melakukan lawak jenaka dan berpegang kepada janji.

Bukan itu sahaja, mereka juga berupaya membuat pembelian di kedai dengan kawalan dari orang dewasa.

Perbendaharaan kata yang dimiliki oleh anak pada umur ini adalah antara 2 600 sehingga 7 000 patah perkataan. Mereka juga boleh membuat perbandingan dan pengetahuan bahasa berada pada tahap yang kompleks.

Tips

  • Tiada yang tidak memberikan manfaat sekiranya anak rajin membaca buku! Bantu mereka untuk membaca dengan baik bagi mengembangkan perbendaharaan kata.
  • Pembacaan juga akan meningkatkan daya imaginasi anak. Pupuk daya kreativiti dengan perbezaan genre agar dapat menarik minat mereka.
  • Dengar setiap kisah yang diceritakan oleh si manja.
  • Ibu ayah perlu menjaga pertuturan kata yang dikeluarkan kerana anak-anak yang membesar akan belajar melalui anda.

Bila perlu jumpa doktor

  • Sekiranya anak tidak dapat menjawab soalan dengan ayat yang lengkap.
  • Anak menjauhkan diri dan kurang bercakap.
  • Tidak memahami konsep nombor dan masa.

Perkembangan kesihatan dan makanan

Anak yang semakin membesar akan mengalami gigi susu mula hilang dan digantikan dengan gigi kekal. Jadi, pastikan anda menerapkan tabiat menggosok gigi ke[ada mereka.

Bagi mengharungi keseronokan zaman kanak-kanak dan sentiasa aktif di sekolah, ia perlulah bermula dari pengambilan makanan dengan nutrisi yang sihat.

Kanak-kanak 6 tahun 9 bulan memerlukan kira-kira 1 900 kalori dalam sehari bagi membekalkan tenaga harian mereka.

Caranya adalah dengan menekankan pengambilan makanan yang mengandungi protein, buah-buahan, tenusu, sayur-sayuran dan bijirin.

Berikut kalori yang diperlukan mengikut jantina anak:

  • Lelaki: 1 819 Kcal/hari
  • Perempuan: 1 707 Kcal/hari

Protein

Protein dalam sehari seperti telur, yogurt, ayam dan buah-buahan. Ia sangat penting dalam membantu anda memiliki ketahanan tubuh badan dan membolehkan anak cepat sembuh sekiranya dilanda sebarang penyakit

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah dan sayuran membekalkan sumber vitamin dan mineral yang semulajadi. Anda perlu memastikan si kecil mengambil sayur atau buah dengan warna yang berbeza seperti kuning, hijau, merah atau ungu.

Bijian

Bagi membolehkan anak-anak menerokai sekeliling mereka, ia sangat memerlukan tenaga dari sumber bijian.

Pastikan anak disediakan dengan hidangan bijirin penuh berbanding makanan yang telah diproses yang memiliki nilai nutrisi yang kurang.

Produk tenusu

Pada usia 6 tahun 9 bulan, gigi kekal akan mula tumbuh. Oleh itu, anda perlu menekankan pengambilan kalsium sebagai perkara yang utama.

Pastikan mereka mendapatkan nutrisi ini dengan cukup melalui pengambilan susu, keju atau yogurt.

Anda juga boleh menyediakan hidangan pencuci mulut seperti aiskrim atau dessert yang berasaskan kastard.

Ringkasnya, inilah keperluan anak anda setiap hari

  • Buah: Tiga cawan untuk kanak-kanak lelaki dan tiga cawan untuk anak perempuan.
  • Sayur-sayuran: dua cawan untuk anak lelaki dan perempuan.
  • Bijirin: empat auns untuk anak lelaki dan perempuan
  • Protein: 36 gram untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
  • Susu: 17 – 20 aun untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan
  • Air: 1500 ml untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Tips

  • Galakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti sukan sekurang-kurangnya satu jam sehari
  • Praktis pemakanan yang sihat di dalam rumah
  • Anak memerlukan waktu tidur 9 hingga 12 jam 
  • Pantau penggunaan telefon pintar, televisyen atau tablet
  • Jaga kesihatan tubuh badan anak termasuklah membawa mereka untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Bila perlu jumpa doktor

  • Jika anak sukar untuk tidur 
  • Perkembangan anak terbantut

Vaksinasi dan penyakit umum

keperluan anak 6 tahun 9 bulan

shutterstock

Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini menerima suntikan vaksin bagi melindungi dari sebarang kuman penyakit.

Biarpun anak telah menerima suntikan vaksin yang lengkap, ia tidak bermakna mereka tidak akan diserang oleh apa sahaja penyakit. 

Jika sekiraya ini berlaku, ibu ayah jangan risau kerana ada kaedah rawatan yang boleh dilakukan di rumah.

Merawat penyakit

  • Demam: Jika suhu anak 39 darjah celcius ke atas biarkan dia berehat dengan lebih lama. Anda juga boleh tuam dengan kain di atas dahi, ketiak dan kawasan pangkal paha. Ia bantu mengurangkan suhu badan.
  • Batuk: Jika anak selsema, cuba masukkan halia dan madu ke dalam segelas air suam dan minta anak minum. Jika berterusan batuk, segera bawa mereka berjumpa doktor.
  •  Kesejukan: Jika anak kesejukan disertai sakit badan dan demam yang tinggi kemungkinan dia terkena influenza. Dalam kes sebegini anda harus rujuk mereka ke doktor dengan segera.

Pada usia ini, perkara yang penting adalah memastikan anak mendapatkan cara menjaga kebersihan dengan betul.

Sentiasa basuh tangan dapat menyelamatkan wang anda dari membayar bil hospital dan ubat-ubatan. Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati!

Sumber: Penulis asal Audrey Torres. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Perkembangan Kanak-Kanak 6 Tahun 9 Bulan, Mereka Sudah Pandai Menjaga Diri

Baca juga:

Perkembangan Kanak-Kanak 6 Tahun 8 Bulan, Mereka Berani Menerokai Dunia & Menulis Nama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner