Pernahkah anda melakukan atau salah satu golongan ibu yang penyusuan badan secara terbuka?
Isu penyusuan secara terbuka bukan sahaja diperkatakan di Malaysia sahaja, malah di luar negara jugak. Tambahan lagi, di negara Eropah ramai yang membantah penyusuan badan di tempat awam kerana ia sensitif atau merasakan ia tidak sopan!
Anak Menyusu Badan Tempat Terbuka, Apa Respon Suami?
Komuniti theAsianparent telah bertanyakan kepada pengguna tentang sokongan suami terhadap penyusuan secara terbuka.
Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 286 maklumbalas telah diterima di undian poll yang tular itu dan majoriti menyatakan suami menyokong sepenuhnya penyusuan bayi secara terbuka.
Beberapa pengguna komuniti theAsianparent juga memberi komen dan masing-masing menyatakan pendapat yang berbeza. Ada yang menyatakan suami menyokong asalkan bertutup, tetapi ada suami yang tidak membenarkan sama sekali sekiranya si isteri menyusu badan di kawasan awam.
Ada sesetengah suami tidak membenarkan isteri menyusu anak di kawasan awam kerana risaukan mana-mana bahagian isteri terdedah, atau pun tidak mahu orang lain memandang si isteri semasa menyusukan anak.

Rata-rata ibu di Malaysia khususnya tidak melakukan penyusuan bayi di kawasan terbuka tanpa sebab yang kukuh. Ini kerana kemudahan untuk ibu menyusu banyak disediakan di banyak tempat terutamanya di pusat membeli belah.
Berbeza dengan beberapa tahun dahulu, kemudahan bilik bayi kini lebih lengkap malah cantik pula!
Setiap bilik bayi disediakan tempat untuk menukar lampin, kemudahan air panas dan sejuk, bilik berasingan untuk ibu menyusu yang boleh memuatkan stroller, malah ada sebahagian yang dilengkapi tandas untuk kanak-kanak.
Tips Menyusu Anak Di Tempat Awam

Dalam sesetengah situasi, ibu bapa tidak boleh menjangka bila anak ingin menyusu terutamanya semasa percutian keluarga atau semasa melakukan aktiviti riadah di luar.
Sekiranya tempat tersebut tidak mempunyai bilik bayi, pasti anda tidak mempu membiarkan si kecil menangis pula kan?
Bagi mengelakkan ibu menyusu menjadi tumpuan, ada beberapa tips yang boleh dilakukan sekiranya anda ingin membenarkan anak menyusu di kawasan awam. Jangan risau, kadangkala anda hanya merasa seolah-olah diperhatikan walhal hakikatnya tiada yang tahu pun anda sedang menyusukan si kecil!
#1 Tahu Hak Anda.
Sumber: Breast Feeding Awareness Programme
Penyusuan susu ibu adalah tidak salah di sisi undang-undang. Anda sedang memberikan khasiat kepada bayi anda, dan pada masa yang sama mendidik masyarakat tentang kepentingan penyusuan ibu!
#2 Pakai Baju Yang Anda Selesa.
Dapatkan baju yang selesa dan mudah untuk diselak untuk memberikan akses kepada bayi. Kini banyak baju menyusu yang dijual dengan pelbagai pilihan cara bukaan baju yang mudah.
Jika anda perlu menyelak baju dari bawah, pakai pelapik perut bagi mengelakkan bahagian perut anda terdedah. Ia ada dijual di kebanyakkan kedai barangan bayi, jadi anda tidak perlu risau!
#3 Gunakan ‘Sling’ Atau ‘Wrap’.
Tahukah yang anda boleh menyusu sambil menggunakan baby carrier? Namun anda harus memastikan anda menggunakan baju mudah akses untuk menyusu ya!
Menyusu semasa menggunakan sling atau wrap sebenarnya lebih mudah kerana anda boleh melakukan penyusuan sambil berjalan, malah tiada sesiapa menyedari yang si kecil sedang menyusu badan. Pastikan anda berlatih dahulu sebelum mencuba!
#4 Pakai Baju Dalam Yang Mudah Dibuka.
Pilih baju dalam yang sesuai untuk penyusuan. Kini banyak baju dalam wanita yang mempunyai butang di hadapan yang memudahkan akses bayi kepada payudara ibu.
#5 Pilih Tempat Yang Sesuai
Anda harus mencari dua perkara: tempat di mana anda boleh duduk dengan selesa yang boleh bersandar, serta tempat di mana anda kurang dapat dilihat oleh orang awam.
Cari kawasan yang tidak menghadap orang ramai, atau duduk di kerusi di bahagian dalam sekiranya anda bersama teman-teman. Sebaiknya cari kawasan yang kurang tumpuan sehabis mungkin!
#6 Pakai Nursing Cover

Sekiranya anda merasa menyusukan bayi di tempat awam tidak selesa bagi anda, anda mungkin ingin mencuba melindungi bayi dan payudara anda dengan nursing cover atau pakai tudung yang labuh.
Pastikan untuk berlatih di rumah dahulu ya, kerana ada bayi tidak suka mempunyai kain penutup di atas kepalanya semasa menyusu dan akan menariknya!
#7 Senyum!
Jika anda melihat seseorang yang melirik ke arah anda semasa menyusu bayi, berikan senyuman kepada mereka! Jika anda menunjukkan keyakinan anda dengan senyuman yang mesra, mungkin mereka juga akan memberi respon yang baik sahaja.
Jom kongsi pendapat anda di komuniti theAsianparent sekarang!
Semoga bermanfaat ya!
Bila susu badan keluar?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: todaysparent
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsusukan-anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!