Susahnya nak menyusukan bayi, lagi-lagi di tempat awam. Mesti ibu-ibu pernah mengalami situasi seperti ini, kan? Salah satu cara paling mudah untuk menyusu adalah dengan penggunaan nursing cover Malaysia.
Apabila anak menyusu badan, perkara yang paling merungsingkan ibu adalah bagaimana cara untuk menyusukan bayi mereka di tempat awam. Malu dan risau betul kalau ada mata-mata yang memandang. Meskipun di negara ini terdapat bilik khas penyusuan susu ibu, tetapi bukan semua tempat ada menyediakan tempat khas untuk menyusu.
Jadi, sebagai persediaan anda sekurang-kurangnya memerlukan sehelai nursing cover untuk membantu anda menyusu tidak kira masa dan tempat. Ya lah, anak yang menyusu badan ni bila-bila masa saja dia akan melalak kerana haus dan lapar minta disusukan.
Pentingnya Penggunaan Nursing Cover Malaysia
Kredit gambar: DepositPhotos
Nursing Cover atau penutup penyusuan adalah satu keperluan yang perlu dimiliki oleh ibu menyusu. Fabrik tipis ini akan melindungi payudara anda supaya tidak kelihatan sehingga anda bebas menyusu di mana-mana sahaja tanpa perlu risau.
Selain itu, bentuknya yang nipis dan ringan menjadikannya mudah dibawa dan tidak memakan ruang. Apa yang paling penting, penggunaan breastfeeding cover dapat menghalang bayi terkena pancaran matahari secara langsung!
Namun, bagi anda yang tidak biasa menggunakannya, mungkin keliru nak beli nursing cover yang sesuai untuk anda.
Tips Pemilihan Nursing Cover Malaysia
Kredit gambar: Mommy Gear
- Tentukan jenis apron. Terdapat tiga jenis apron menyusu di pasaran iaitu jenis apron, jenis poncho, dan jenis selendang. Setiap jenis pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang boleh anda pilih mengikut keperluan.
- Pilih bahan yang lembut pada kulit bayi. Penutup sesi penyusuan akan bersentuhan dengan kulit bayi. Jadi, pilihlah bahan yang lembut dan selamat untuk kulit bayi. Memilih jenis ‘Cotton’ digalakkan kerana selain lembut, material ini boleh menyerap peluh dan selesa digunakan terutamanya ketika cuaca panas.
- Pilih produk dengan reka bentuk mengikut citarasa. Tidak kurang pentingnya, pilihlah rekaan nursing cover yang menarik supaya anda sentiasa teruja ketika menyusu. Selain seronok memakainya ketika melancong, detik-detik menyusu pasti menjadi koleksi yang indah kerana menggunakan nursing cover yang berbeza-beza. Lebih-lebih lagi, sudah banyak apron menyusu dengan reka bentuk ringkas dan warna menarik dijual di luar sana.
5 Jenis Nursing Cover Malaysia Yang Terbaik
Sudah banyak pilihan yang berada di pasaran, namun kami senaraikan 5 jenis nursing cover Malaysia yang terbaik dan selesa digunakan.
5 Jenis Nursing Cover Malaysia Yang Terbaik
 | Mama's Choice Multipurpose Nursing Cover |  | View Details | Buy now |
 | Mooimom Multi Use Nursing Scarf Terbaik lembut dan ringan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Apron Cover Nursing Baby Motif Mickey Mouse Terbaik untuk bayi baru lahir |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Nursing Cape Cuddle Me Terbaik menyerupai blouse |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Nursing Cover Breastfeeding Cotton Apron Shawl Cloth Terbaik untuk semua saiz |  | View Details | Beli di Shopee |
Mama’s Choice Multipurpose Nursing Cover
Terbaik Serbaguna

Mama’s Choice Multipurpose Nursing Cover adalah penutup penyusuan ibu yang menjadi pilihan kami kerana memang paling serbaguna. Ia boleh digunakan sebagai apron penyusuan, dijadikan selendang, alas untuk bayi, tikar permainan, sarung stroller atau selimut sekiranya si manja tertidur semasa dalam perjalanan.
Apa yang kami suka?
- Fabrik – Material Rayon Spandex berkualiti tinggi premium untuk keselesaan ibu dan bayi
- Mempunyai fungsi yang berbeza
- Mudah untuk dipakai dan ditanggalkan ketika menyusu
- Tali pada leher boleh dilaras, praktikal dan selamat kerana tiada zip atau butang
- Terdapat poket bertali yang memudahkan ibu melipat dan membawanya ke mana-mana
- Butiran saiz: Panjang x Lebar – 71 cm x 70 cm
Mooimom Multi Use Nursing Scarf
Terbaik lembut dan ringan

Jika anda tercari-cari nursing cover yang menggunakan fabrik ‘Cotton’, Mooimom Multi Use Nursing Scarf adalah pilihan yang tepat. Hanya gunakan apron ini pun sudah memudahkan ibu menggunakannya dengan pelbagai cara.
Apa yang kami suka?
- Bahan elastik, lembut dan ringan (95% Kapas, 5% Spandeks)
- Terdapat 10 pilihan warna yang menarik iaitu Black White Thick Stripes, Black White Fine Stripes, Gray Stripes, Pure Black, Light Blue, Pink, Love, Cross, Animals, Feathers.
- Boleh dijadikan sarung stroller, alas tempat duduk bayi dan sebagainya.
- Butiran Saiz : Saiz Bebas (Panjang 70cm x Lebar 67cm)
Apron Cover Nursing Baby Motif Mickey Mouse
Terbaik untuk bayi baru lahir

Apron Cover Nursing Baby Motif Mickey Mouse adalah sejenis penutup penyusuan yang berkualiti tinggi kerana diperbuat daripada fabric Cotton CVC yang lembut dan cetakannya anti-luntur supaya selamat dan selesa untuk kulit bayi ketika penyusuan.
Apa yang kami suka?
- Berkualiti tinggi
- Mempunyai banyak pilihan motif yang menarik
- Menggunakan fabrik Cotton anti-luntur
- Menggunakan fabrik fiber yang fleksibel untuk melengkung pada bahagian atas. Bagus untuk pengudaraan dan mengawal aktiviti bayi semasa penyusuan
- Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis carrier
- Sesuai untuk bayi baru lahir
Nursing Cape Cuddle Me
Terbaik menyerupai blouse

Tidak mahu memakai nursing cover yang begitu ketara? Anda boleh memakai Nursing Cape Cuddle Me kerana ia seakan-akan blouse biasa.
Nursing cover jenama ini diperbuat daripada fabrik spandex sutera yang selesa, sejuk, lembut, jatuh dan longgar. Ia direka bentuk supaya lebih selesa dan terasa sejuk pada hari panas. Mempunyai lilitan leher yang lebar dan dilengkapi dengan tulang untuk memudahkan ibu melihat anak ketika penyusuan berlaku.
Apa yang kami suka?
- Fabrik – Spandex Sutera yang sejuk dan lembut
- Menutupi bahagian depan dan belakang menjadikan ibu mudah bergerak
- Mudah digunakan dan sangat selesa
- Boleh digunakan untuk menyusu atau mengepam susu jika tiada tempat tertutup
Nursing Cover Breastfeeding Cotton Apron Shawl Cloth
Terbaik untuk semua saiz

Lagi satu nursing cover yang boleh dipakai adalah Nursing Cover Breastfeeding Cotton Apron Shawl Cloth. Ia mempunyai kancing yang boleh ditarik balik bagi memastikan penutup tetap di tempatnya semasa menyusu bayi.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai garis leher jenis Rigid supaya mudah untuk dilihat dari atas
- Harga yang murah
- Mempunyai saiz bebas untuk semua
- Garis leher boleh dilaraskan
- Diperbuat daripada 100% Cotton
- Saiz: 65cm x 94cm
Perbandingan Harga
Jenama |
Harga |
Mama’s Choice Multipurpose Nursing Cover |
RM 37.90 |
Mooimom Multi Use Nursing Scarf |
RM 144.00 |
Apron Cover Nursing Baby Motif Mickey Mouse |
RM 23.50 |
Nursing Cape Cuddle Me |
RM 37.50 |
Nursing Cover Breastfeeding Cotton Apron Shawl Cloth |
RM 14.80 |
Menyusukan anak adalah detik indah yang tidak ternilai kerana di saat inilah mengalirnya ikatan pertalian antara ibu dan anak. Jangan biarkan anda menganggap penyusuan adalah suatu perkara yang melecehkan kerana anda boleh memakai nursing cover yang menepati citarasa anda supaya anda berpuas hati!
Jadi selepas ini penyusuan di tempat awam tidak lagi menjadi masalah besar kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan bayi mereka dengan mudah dan selesa pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Semoga bermanfaat buat anda.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Bath Tub Terbaik, Pilihan Selamat dan Praktikal Untuk New Parents
Baca juga: 5 Jenama Pam Susu Terbaik Untuk Ibu Menyusu- Mana Satu Yang Anda Pakai?
Baca Juga: 7 Beg Susu Terbaik di Pasaran, Berguna dan Stylo Buat Ibu Ayah Yang Sentiasa On-The-Go!
Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.