Port Dickson sentiasa menjadi lokasi popular sebagai tempat percutian dan bersantai dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan kerana lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, menjadikan ia pilihan warga kota untuk mendapatkan ketenangan di hujung minggu, jadi kami kongsikan beberapa lokasi homestay Port Dickson.
Memandangkan kos penginapan di hotel lebih tinggi jika melibatkan jumlah ahli keluarga yang ramai, penginapan di homestay juga sangat sesuai untuk kumpulan yang ingin mengadakan jamuan akhir tahun, hari keluarga dan sebagainya.
Selain pantainya yang menjadi tarikan untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menaiki bot laju, snorkeling, bermandi-manda, menunggang kuda dan banyak lagi, Port Dickson juga terkenal dengan banyak lagi tempat menarik seperti Kota Lukut, Ostrich Farm, dan Rumah Api Tanjung Tuan. Memang seronok!
1. Villa 969

Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama.
Boleh memuatkan sekitar 13 ke 20 orang termasuk kanak-kanak! Ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan outdoor seperti mini volleyball, badminton, takraw, permainan indoor pula seperti pingpong, karom dan catur, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969 ini.
Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.
- Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson
- No Tel: 013-3999340
- Facebook: www.facebook.com/villa969/
- Harga: Bermula RM1,000 ke RM 2,500
2. Villa Lot 1638

Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Direka bentuk dan dimiliki oleh seorang arkitek, tak hairanlah seni binanya amat memukau.
Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Seolah-olah menginap di hotel, tapi anda mendapat lebih privasi di Villa Lot 1638 ini kerana kurangnya kepadatan.
Terletak 1 kilometer dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
- Lokasi: Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson
- No Tel: 019-310 5539
- Facebook: www.facebook.com/L1638/
- Harga: Bermula RM329 (Private Suite Room – 2 orang), RM390 (Private Luxury Suite Room – 2 orang), RM479 (1 Bedroom Garden Villa – 4 orang), RM619 (2 Room Balcony Villa – 6 orang), RM619 (2 Room Duplex Villa – 5 orang)
3. The Cottage Home PD

Homestay ini pasti mengingatkan anda dengan suasana di luar negara. Seni bina homestay di sini cukup unik berkonsepkan cottage berwarna pastel. Ada juga pengunjung yang menyamakan pemandangan di sini dengan Amsterdam!
Swimming poolnya juga cukup luas untuk anda dan anak-anak berenang. Di sini terdapat dua jenis penginapan iaitu banglo untuk penginapan 5 ke 6 orang dan studio unit untuk penginapan 2 orang. Kalau dah sampai sini, memang rugi kalau tak bergambar banyak-banyak!
- Lokasi : NO1A & 1B Lot 3731, Kg.Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan
- No. Telefon : 0111-1495235
- Laman Facebook : cottagehomespd
- Harga : Unit Banglo : Bermula RM 450/malam
- Unit Studio : Bermula RM 200+/malam
4. Eagle Ranch Resort

Nak merasa percutian ala Wild Wild West dan Red Indian? Eagle Ranch Resort adalah sebuah lokasi yang unik dan menampilkan pelbagai keseronokan yang merangkumi aktiviti memanah, berkuda, go kart, berbasikal, dan teambuilding.
Eagle Ranch Resort juga menawarkan sewaan pelampung unikorn, canoe dan inflatable boat buat yang gemarkan aktiviti air!
Ada banyak pilihan penginapan dengan konsep tersendiri seperti Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/ Lower.
5. 12 Haven Villa

12 Haven Villa merupakan homestay mewah yang berhampiran dengan Glory Beach, Port Dickson. Kolam renangnya juga cukup luas untuk anda dan anak-anak swimming sampai puas.
Nak datang sini dengan kawan-kawan pun seronok juga. 4 buah biliknya pula cukup selesa dan luas dan boleh memuatkan sehingga 12 ke 16 orang. Homestay ini turut menawarkan fasiliti menarik seperti karaoke, peralatan BBQ serta steamboat.
- Lokasi : 12, Lorong Tj 5, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
- No. Telefon : 012-390 0873
- Facebook : 12haven – Stunning Seaside Luxury Villa. Sleeps 12
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 4 idea lokasi pelancongan yang mesra kanak-kanak, anak pasti suka dan teruja!
Baca juga : 6 Sebab Saintifik Kenapa Anda Perlu Bawa Anak Anda Pergi Bercuti
Baca juga : Elak Anak Moody Ketika Bercuti, Ini Tips Mudah Bawa Bekal Bayi Yang Sedap & Berkhasiat!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!