Tak perlu tunggu ketika cuti sekolah, waktu hujung minggu pun ibu bapa boleh bawa anak-anak melancong ke beberapa lokasi pelancongan menarik! Wah, bestnya!
Ini merupakan impian setiap anak-anak yang pasti bosan sekiranya ibu bapa tak bawa mereka keluar berjalan-jalan.
Jadi, ibu bapa semua harus ‘standby’ dengan poket penuh! Kami di theAsianparent yakin, ibu bapa pasti akan suka menghabiskan masa lapang dengan membawa keluarga ke lokasi pelancongan menarik yang kami senaraikan ini. Bahkan ia sangat disukai anak-anak!
1- Lokasi pelancongan teroka alam semesta
Sebagai ibu bapa, anda mesti tahu minat anak-anak terutamanya jika mereka peminat alam semesta. Kami mempunyai idea yang menarik untuk itu.
Sekiranya anak-anak teringin merasai kehidupan alam semesta, anda boleh berkunjung ke Taman Negara. Ia dikatakan berusia 130 juta tahun dan merangkumi lebih satu juta ekar, menjadikannya destinasi utama negara untuk ekopelancongan.
Terdapat 4 pintu masuk ke Taman Negara iaitu:
- Kuala Tahan, Pahang
- Sungai Relau, Pahang
- Kuala Koh, Kelantan
- Tanjung Mentong, Terengganu
Lokasi popular untuk masuk ke Taman Negara ialah Kuala Tahan, Pahang. Apabila tiba ke destinasi tersebut, anda boleh meletakkan kereta di Kuala Tahan dan menaiki feri untuk ke Taman Negara.
Tempat letak kereta dikenakan bayaran RM5 manakala bas RM10. Setiap individu perlu bayar RM1 untuk seorang dan yang membawa kamera atau video dikenakan RM5.
2 – Lokasi pelancongan bermain rama-rama dan melihat keindahan bunga-bungaan
Sekiranya anda cintakan hidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, 2 lokasi pelancongan ini sesuai untuk anda bawa anak-anak iaitu Taman Rama-Rama di The Lake Gardens Kuala Lumpur dan Taman Bunga Raya.
Yuran untuk masuk ke Taman Rama-Rama dikenakan bayaran RM25 (dewasa) dan RM14 (kanak-kanak). Manakala Taman Bunga Raya pula percuma setiap Isnin-Jumaat dan dikenakan RM1 pada hujung minggu.
Sekiranya anak anda cenderung meminati seni fotografi, disinilah tempat yang membolehkan anda menguji kemahiran bergambar mereka. Selain anda boleh juga berkunjung ke Alive 3D Art Gallery yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Seni yang dipamerkan kelihatan hidup dan realistik! Untuk ke sini memerlukan bayaran iaitu warganegara RM 20 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak). Bukan warganegara, RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak).
3 – Lokasi pelancongan luar dari kesibukan kota
Sekiranya anak-anak suka melancong, terdapat banyak tempat dalam negara yang boleh dilawati. Malah ia menjadikan perjalanan singkat dan sempurna di hujung minggu. Antaranya seperti:
Sekinchan, Selangor
Seronoknya jika dapat makan makanan laut yang lazat sambil cicah mangga masam. Hmmm, sedap! Apabila perut sudah terisi penuh, nikmati perjalanan di sekitar sawah padi Sekinchan Selangor.
Untuk berehat, anda boleh menuju ke Kuala Selangor yang terletak kira-kira 30 minit dari Sekinchan. Selain itu, anda juga boleh menaiki bot dengan hanya RM10 untuk melihat fireflies atau kunang-kunang. Wah, menarik!
Ipoh, Perak
Ini merupakan destinasi tepat untuk anda merasai keenakan nasi kandar, laksa, dimsum dan yong tau fu. Ia cukup istimewa untuk peminat makanan!
Port Dickson, Negeri Sembilan
Dikenali dengan pantai berpasir dan pemandangan indah, Port Dickson kekal sebagai lokasi pelancongan yang menyeronokkan untuk anak-anak.
Sungai Chilling, Pahang
Tidak ada yang lebih menarik apabila dapat bercuti dengan keluarga di tepian air terjun. Air jernih dan dingin yang mengalirkan pasti menjadi anak-anak lebih riang tertawa. Percaya, inilah tempat yang paling menyeronokkan untuk anak-anak!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Kiddy 123.com
Baca juga:
6 Sebab Saintifik Kenapa Anda Perlu Bawa Anak Anda Pergi Bercuti
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!