X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Haid Tidak Teratur Punca Anda Masih Tidak Hamil? Mitos Haid Yang Selalu Dipercayai Wanita

3 min bacaan
Haid Tidak Teratur Punca Anda Masih Tidak Hamil? Mitos Haid Yang Selalu Dipercayai WanitaHaid Tidak Teratur Punca Anda Masih Tidak Hamil? Mitos Haid Yang Selalu Dipercayai Wanita

Haid tidak teratur punca ramai wanita sukar untuk mengandung? Mari ketahui apa kebenaran di sebalik perkara ini. Barulah anda boleh cuba untuk hamil lagi.

Haid tidak teratur punca sukar hamil? Itu sebenarnya adalah salah satu mitos ini masih dipercayai oleh ramai masyarakat. Mitos ini paling dipercayai terutamanya buat mereka yang sedang berusaha keras untuk hamil atau yang mempunyai kesukaran untuk hamil.

Walau bagaimanapun, mitos ini ada kebenarannya juga. Jika dilihat dari sudut ilmiah dan perubatan, kebanyakan mitos berasal dari hipotesis semata-mata.

Selain daripada mitos tentang haid tidak teratur boleh menyukarkan hamil, anda juga perlu mengetahui 4 lagi mitos kesuburan yang selalu kita percaya ini! Mari kita lihat apakah ia:

#1 Kitaran haid tidak teratur menyukarkan peluang hamil

haid tidak teratur

Kredit: Freepik

Semasa haid, ovulasi tidak berlaku. Namun ini tidak bererti mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur sukar hamil. Perempuan yang kitaran haidnya pendek atau tidak teratur tetap mempunyai potensi untuk hamil.

Namun, pengecualian adalah pada kitaran haid tidak teratur yang disebabkan oleh keadaan penyakit tertentu yang mempengaruhi organ reproduktif. Anda perlu berjumpa dengan doktor sakit puan untuk memeriksa keadaan ini.

#2 Bersama setiap hari dengan suami meningkatkan peluang hamil

Ini adalah kepercayaan yang masih diyakini ramai terutamanya mereka yang sangat menginginkan zuriat. Mereka berusaha sebaik mungkin melakukan hubungan seks setiap hari kerana mempercayai ia akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Secara fakta, peluang paling tinggi untuk hamil adalah semasa tempoh ovulasi perempuan berlaku di mana sel telur matang dilepaskan. Jadi jika perempuan itu tidak dalam tempoh ovulasi, berapa banyak hubungan yang dilakukan juga tidak akan hamil.

Anda perlu lebih teliti dan mengkaji waktu ovulasi anda dan berusaha yang terbaik semasa tempoh itu untuk meningkatkan peluang hamil.

#3 Pil kontraseptif menyebabkan kemandulan

haid tidak teratur

Sesetengah daripada kita mempercayai salah satu kesan jangka panjang pengambilan pil kontraseptif ialah ia akan menyebabkan ketidaksuburan.

Oleh yang demikian, mereka akan sukar hamil jika mengambilnya. Walaubagaimanapun, kesan pil kontraseptif akan berkurangan selepas anda tidak mengambilnya.

Sebab itu pengambilan pil  perlulah mengikut preskripsi yang doktor telah berikan. Ini untuk mengelakkan ketidakseimbangan hormon jika tidak mengikut preskripsi yang bersesuaian.

#4 Kafein bahaya untuk kehamilan

Mereka yang sedang hamil selalunya akan mengelak untuk minum sebarang minuman berkafein kerana percaya ia akan memberikan kesan negatif kepada kehamilan.

Walaupun kafein terbukti membuatkan wanita menjadi lebih sensitif dan mengganggu waktu tidur, namun kafein tidak akan mengganggu kesihatan organ reproduktif.

Walaubagaimanapun, minuman kafein berlebihan tentunya tidak baik untuk kesihatan. Jadi pengambilan harian minuman berkafein perlu bersederhana.

#5 Posisi yoga akan meningkatkan kesuburan

Haid Tidak Teratur Punca Anda Masih Tidak Hamil? Mitos Haid Yang Selalu Dipercayai Wanita

Kredit: Pexels

Melakukan posisi yoga dengan kepala di bawah dan kaki di atas, terutamanya setelah hubungan seks dipercayai akan meningkatkan peluang hamil. Posisi ini dianggap akan membolehkan sperma lelaki bergerak lebih laju menuju sel telur perempuan.

Mereka yang tidak pernah melakukan yoga kadang-kadang akan menonggeng atau baring terlentang dan menyandarkan pinggul ke dinding dengan harapan akan membantu sperma lebih cepat sampai kepada sel telur.

Walaubagaimanapun, cara sperma berenang kepada sel telur tidak boleh dimanipulasi oleh sebarang posisi.

Ini kerana ia tiada kaitan dengan tarikan graviti. Jadi apa jua posisi yang dilakukan, jika sperma tidak mampu sampai kepada sel telur, kehamilan tidak akan berlaku.

Jadi, mitos kesuburan dan haid tidak teratur mana yang masih anda percaya?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, Bollywood Shaadis

Baca juga: Apa Maksudnya Jika Darah Haid Kita Banyak, Menurut Doktor

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Haid Tidak Teratur Punca Anda Masih Tidak Hamil? Mitos Haid Yang Selalu Dipercayai Wanita
Kongsikan:
  • 5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

    5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

  • Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi, Mudah Saja!

    Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi, Mudah Saja!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • 5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

    5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

  • Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi, Mudah Saja!

    Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi, Mudah Saja!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.