X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Belum Bersedia Untuk Hamil? Ini Petua Tradisional Yang Boleh Anda & Suami Amalkan

4 min bacaan
Belum Bersedia Untuk Hamil? Ini Petua Tradisional Yang Boleh Anda & Suami AmalkanBelum Bersedia Untuk Hamil? Ini Petua Tradisional Yang Boleh Anda & Suami Amalkan

Elak mengandung awal disebabkan anda dan pasangan belum bersedia boleh dilakukan dengan mencuba beberapa petua tradisional yang terbukti berkesan ini

Pakar kesihatan menasihatkan wanita selepas bersalin untuk kembali hamil pada jarak di antara 2 tahun kerana ini tempoh luka bersalin untuk sembuh sepenuhnya. Tetapi ramai yang takut dan kurang gemar dengan pelbagai kaedah yang disarankan pakar. Jadi kali ini, kami ini berkongsi petua tradisional elak mengandung yang mungkin anda tidak pernah tahu.

Merancang keluarga adalah penting bagi membolehkan anda dan pasangan melalui kehidupan dengan lebih baik. Hal ini kerana setiap kelahiran memerlukan kasih sayang, kewangan dan masa yang cukup agar anak-anak dapat membesar sempurna.

Petua tradisional elak mengandung yang boleh anda cuba

elak hamil

credit to sources

Kebiasaannya kaedah yang disarankan ialah pil perancang, suntikan, IUD atau implan. Setiap dari satu kaedah ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri berdasarkan penerimaan setiap individu.

Begitu juga dengan petua tradisional elak hamil yang kami akan kongsikan ini. Antara 4 petua tradisional elak hamil yang anda boleh ikut adalah:

#1. Elak mengandung dengan mengira kitaran haid 

Melalui kitaran haid, kita dapat mengenal pasti bilakah waktu subur seseorang wanita itu.  Namun sebelum itu, anda perlu mendapatkan kitaran haid anda yang tetap dahulu.

Ini kerana kitaran haid wanita tidak sama semua orang, ada yang 28 hari, ada yang lebih.

Untuk mendapatkan waktu subur:

  • Untuk kitaran haid yang pendek, tolak hari sebanyak 18 hari dari pusingan penuh kitaran haid anda. Ini memberikan hari pertama subur.
  • Untuk kitaran haid yang panjang, tolak 11 hari, ini memberikan hari terakhir subur.

Belum Bersedia Untuk Hamil? Ini Petua Tradisional Yang Boleh Anda & Suami Amalkan

Untuk lebih pemahaman, lihat contoh ini, jika sepanjang 6 bulan rekod kitaran haid, anda didapati mempunyai kitaran pendek sebanyak 25 hari manakalakitaran yang panjang pula adalah 35 hari, cara mengiranya adalah:

  • Kitaran pendek tolak 18 hari: 25 hari -18 hari = 7 hari
  • Kitaran panjang tolak 11 hari: 35 hari – 11 hari = 24 hari

Ini bermakna hubungan seksual perlu dielak sepanjang hari ke-7 hingga ke hari ke-24 kerana tempoh tersebut adalah waktu subur anda.

Eloklah kiranya anda berbincang bersama pasangan terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat untuk tidak bersama di dalam jangka masa tersebut.

#2. Elak hamil- Suami perlu ‘tembak’ luar 

Kaedah yang sering kali disebut sebagai ‘pancut luar‘ ini bermakna suami akan mengeluarkan air mani di luar faraj ketika klimaks. Ia juga dikenali sebagai ‘azal di dalam Islam.

Kaedah ini akan mengurangkan kebarangkalian sperma (air mani) bertemu ovum (telur wanita). Ini secara langsung mengurangkan peluang untuk hamil.

#3. Periksa lendir pada bahagian faraj

petua tradisional elak hamil, petua tradisional, petua elak hamil, elak hamil, elak hamil cara tradisional, suami isteri, rancang keluarga, perancangan keluarga, petua perancangan keluarga

foto: ask gynaecologist Nigeria

Lendir pada faraj boleh menunjukkan kesuburan. Jika diperhatikan, kepekatan dan kadar kelekitan lendir faraj berubah-ubah.

Semasa waktu subur, lendir di faraj lebih pekat atau likat seperti putih telur dan kadang-kala banyak.

Menurut perkongsian Dr Zubaidi waktu subur wanita boleh dikeenalpasti melalui tekstur dan warnanya;

  • Selalunya faraj akan terasa kering selepas tamat haid. Ini bermaksud ovulasi belum lagi berlaku dan peluang kehamilan adalah rendah.
  • Kemudian, terdapat sedikit cecair faraj yang akan muncul. Jika cecair itu likat, pekat, dan berwarna putih atau krim, ini bermakna anda sudah menghampiri waktu ovulasi.
  • Kemudian apabila cecair menjadi warna jernih, licin, dan mudah diregangkan. Peluang kehamilan adalah sangat tinggi, elakkan bersama jika ingin menjarakkan kehamilan.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memperhatikan cecair ini pada awal pagi kerana cecair faraj boleh dipengaruhi oleh aktiviti lain pada waktu siang.

#4. Air rebusan tradisional

Terdapat ramuan tradisional yang diamalkan oleh sesetengah wanita sebagai petua tradisional elak hamil. Ramuan ini menggunakan bahan yang mudah didapati, iaitu:

  • lengkuas sebesar ibu jari
  • 10 biji lada hitam
  • 1/4 keping ragi
  • air perahan limau nipis

Bahan-bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan di dalam air suam dan diminum. Ia dikatakan elok diminum selepas tamat haid untuk mengelakkan kehamilan. Ia juga dikatakkan elok diminum sebelum tidur.

Walaubagaimanapun, wanita hamil harus mengelak  dari minum ramuan tradisional ini kerana risiko keguguran. Apakah petua tradisional elak mengandung yang anda amalkan? Kongsikan dengan kami!

Sumber: rahsiaummi, vitaminorganik, drzubaidi

Baca juga: Ibu Risau Hamil Lagi Ketika PKP? Ini 5 Kaedah Merancang BERKESAN Ikut Saranan Pakar!

Baca juga: ”Anak Masih Kecil, Dah Mengandung Lagi”-Ibu Kongsi Kisah Hampir Ingin Gugurkan Kandungan

Baca juga: Usah Salahkan Isteri Bila Mengandung Lagi, Allah Beri Rezeki Walaupun Sudah Merancang 

Stories Rakan Kongsi
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
Raising a Resilient Child: 5 Ways Nutrition Contributes to a Resilient Mind and Body
7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Suplemen Kesihatan!
7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Suplemen Kesihatan!
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Belum Bersedia Untuk Hamil? Ini Petua Tradisional Yang Boleh Anda & Suami Amalkan
Kongsikan:
  • Belum Bersedia Untuk Ada Anak? Ini Cara Berkesan Untuk Elak Hamil

    Belum Bersedia Untuk Ada Anak? Ini Cara Berkesan Untuk Elak Hamil

  • Pil perancang untuk lelaki bakal dijual, bagaimana ia berkesan merancang keluarga?

    Pil perancang untuk lelaki bakal dijual, bagaimana ia berkesan merancang keluarga?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Belum Bersedia Untuk Ada Anak? Ini Cara Berkesan Untuk Elak Hamil

    Belum Bersedia Untuk Ada Anak? Ini Cara Berkesan Untuk Elak Hamil

  • Pil perancang untuk lelaki bakal dijual, bagaimana ia berkesan merancang keluarga?

    Pil perancang untuk lelaki bakal dijual, bagaimana ia berkesan merancang keluarga?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.