X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pancut Luar Boleh Mengandung, Adakah Kaedah Merancang Keluarga Ini Benar-Benar Berkesan?

8 min bacaan
Pancut Luar Boleh Mengandung, Adakah Kaedah Merancang Keluarga Ini Benar-Benar Berkesan?

Pancut luar atau "tembak luar" adalah kaedah merancang yang paling mudah dan selamat bagi pasangan belum bersedia menimang cahaya mata

Mengharungi kehidupan moden ini memberikan cabaran tersendiri apabila ia memerlukan perancangan rapi terutamanya dalam aspek keluarga dan bilangan anak. Bagi pasangan yang merancang, kaedah paling mudah dan senang adalah pancut luar untuk mengelakkan kehamilan.

Kebiasannya merancang keluarga ini dilakukan bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental ibu. Mana tidaknya, jika setiap tahun check in wad bersalin, sedikit sebanyak boleh menjejaskan kesejahteraan isteri kerana mereka mengurus anak-anak kecil seorang diri sementara suami keluar bekerja.

Isi Kandungan

  • Sejauh manakah kaedah pancut luar elak kehamilan?
  • Cara yang betul pancut luar boleh elak kehamilan
  • Bagaimana mahu elak “terbabas” selepas lelaki pancut luar?
  • Punca mengapa pancut luar boleh mengandung
  • Pancut luar dalam islam
  • Keadaan yang membenarkan suami isteri merancang kehamilan
  • Suami isteri perlu sepakat dan bersetuju
  • Adakah setitik air mani boleh mengandung?
  • Perkara yang boleh menyebabkan mengandung
  • Cara mengelak mengandung dengan kaedah moden
  • Cara mengelakkan mengandung secara tradisional

Sejauh manakah kaedah pancut luar elak kehamilan?

pancut luar elak kehamilan

Pasti ramai ibu ayah di Malaysia bergantung kepada cara mencegah kehamilan yang satu ini sebagai kaedah semulajadi untuk elak mengandung.

Pancut luar lebih dikenali sebagai withdrawal method. Ia merupakan kaedah yang paling selamat, mudah dan tanpa kesan sampingan berbanding cara mencegah kehamilan yang lain. 

Tapi sejauh manakah keberkesannya bagi mengelakkan kehamilan?

Menurut WebMD, anda masih boleh mengandung walaupun pasangan “tembak luar”. Kaedah semulajadi ini telah berjaya membuatkan hampir 25% wanita mengandung.

Kebarangkaliannya lebih tinggi berbanding pasangan yang menggunakan kondom (18% sahaja).

Namun jika pancut luar ini dilakukan dengan betul, hanya 4% sahaja wanita boleh mengandung. 

Cara yang betul pancut luar boleh elak kehamilan

Kaedah pancut luar ini memerlukan kepercayaan antara dua pihak. Satu bagi pihak lelaki dan satu bagi pihak wanita. 

Seorang suami hendaklah mempunyai daya kawalan kendiri yang kuat untuk menarik keluar kemaluannya pada masa yang tepat sebelum pancut air mani.

Daya kawalan pancut air mani ini mungkin boleh terganggu dan terjejas jika suami telah mencapai orgasma dan leka dengannya.

Bagi isteri pula, anda perlu sentiasa mengingatkan suami untuk segera menarik keluar kemaluannya. Di samping itu, anda juga digalakkan untuk ada plan B.

Cara yang betul untuk menggunakan kaedah semulajadi pancut luar adalah dengan menggunakan:

  • Spermicide *ubat yang boleh membunuh sperma
  • Jangan bersenggama atau bergantung pada teknik pancut luar ini pada hari anda ovulasi
  • Jalan terbaik untuk elak mengandung adalah dengan mengira kitaran haid anda dengan kalendar haid (atau aplikasi dalam telefon)
  • Suruh pasangan kencing dulu sebelum bersenggama untuk mengeluarkan sperma yang mungkin telah ada
  • Pastikan suami tidak pancut air mani berhampiran vagina atau sekitar paha

Bagaimana mahu elak “terbabas” selepas lelaki pancut luar?

Langkah yang paling selamat untuk mengelak accident dan pasangan termengandung, walaupun selepas anda menggunakan kaedah tembak luar, adalah dengan menggunakan kaedah perancang lain juga.

pancut luar

Contohnya seperti pil perancang, pil emergency atau kondom. Dengan cara ini, kalau anda terbabas pun tidak perlu risau.

1 – Kondom

Kondom antara salah satu cara paling selamat untuk dilakukan dengan teknik pancut luar. Jadi kalau suami tidak keluarkan penisnya dalam waktu yang tepat pun, kebarangkalian untuk mengandung masih rendah.

Jangan tak tahu, kadang-kadang precum juga ada sperma, ya!

2 – Pil kecemasan (morning-after pill)

Kemalangan boleh saja berlaku. Kalau pasangan masih mahu menggunakan kaedah semulajadi ini, para isteri sewajarnya menyimpan morning after pill dalam laci. 

Pil kecemasan ini amat berguna jika suami tiba-tiba terlupa untuk tembak luar. Anda boleh memakannya dalam masa 24 jam selepas berhubungan intim.

Kaedah semulajadi  “tembak luar” ini bukanlah kaedah yang berkesan 100 peratus untuk elak kehamilan. Namun, ia menjadi cara merancang keluarga paling mudah tanpa kesan sampingan.

Punca mengapa pancut luar boleh mengandung

Menurut Pakar Sakit Puan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Harlina Halizah Siraj, kaedah ejakulasi luar faraj ini bukan kaedah terbaik untuk mencegah kehamilan ketika melakukan hubungan kelamin.

“Punca pancut luar boleh mengandung kerana air mazi atau precum yang keluar sebelum klimaks berkemungkinan mengandungi air mani yang tinggal dalam salur kencing daripada ejakulasi sebelumnya,” jelasnya.

Pancut luar dalam islam

Islam melarang umatnya melakukan pencegahan kehamilan termasuk mengeluarkan air mani di luar rahim tanpa sebab munasabah kerana perbuatan itu akan mengurangkan bilangan umat Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, anak-anak merupakan rahmat dan warisan agama maka membanyakkan anak yang soleh bererti mengukuhkan kekuatan dan kedudukan umat Islam.

“Perbuatan pancut luar dalam islam ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal’. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan daripada mengandung.

Mohd. Asri berkata, hasrat mencegah kehamilan disebabkan bimbang kepapaan, kekurangan rezeki atau kurang kemewahan adalah haram kerana tidak meyakini rezeki Allah.

Stories Rakan Kongsi
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Infant safe products for your home
Infant safe products for your home
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Give your child so much more for his overall growth and development
Give your child so much more for his overall growth and development

Keadaan yang membenarkan suami isteri merancang kehamilan

pancut luar boleh elak kehamilan

Bagaimanapun katanya, jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan, terancam atau dalam bahaya seperti peperangan serta ancaman pihak lain maka ia diizinkan.

Perkara ini sebenarnya adalah salah satu cara elak hamil pada zaman dahulu untuk merancang keluarga. Ia dilakukan sahabat bertujuan yang baik dan mulia seperti keutamaan menjaga agama serta negara yang ketika itu dalam tempoh berperang dengan musuh Islam.

Bagi mengelak tidak risaukan isteri yang mengandung ketika sesi peperangan, maka mereka cuba menjaga supaya isteri tidak mengandung walaupun tuntutan nafsu perlu dipenuhi oleh setiap pasangan.

Sehubungan itu, ulama berpendapat perbuatan azal atau merancang keluarga dengan pelbagai cara elak hamil seperti memakan pil hormon dan lain-lain adalah dibenarkan.

Namun, mereka mestilah mematuhi syarat, iaitu tidak menafikan hak Allah SWT untuk menganugerahkan nikmat anak kepada setiap pasangan walaupun pelbagai pencegahan telah dilakukan.

Yakin bahawa anak mempunyai rezeki tersendiri, tidak melakukannya dengan tujuan yang haram seperti untuk berzina dan sebagainya

Suami isteri perlu sepakat dan bersetuju

“Perlu diingatkan oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (orgasm), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.

“Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri, demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama,” jelas Dr. Mohd. Asri.

Adakah setitik air mani boleh mengandung?

Sperma ialah sel yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, manakala cecair putih yang “ditembak” oleh zakar dikenali sebagai air mani.

Sperma ialah sel pembiakan yang dikeluarkan daripada kemaluan lelaki bersama air mani. Dalam erti kata lain, dalam air mani, ada kandungan sperma.

Adakah setitik air mani boleh mengandung? Jawapannya ya. Proses persenyawaan hanya memerlukan satu sperma yang berkualiti terbaik (bentuk normal dan pergerakan ideal).

Ini bermakna daripada berjuta-juta sperma yang pergi ke telur, jika satu sperma berjaya bertemu dengan telur , kehamilan masih boleh berlaku.

Justeru, risiko untuk hamil tetap ada kerana sperma dapat hadir dalam air mani meskipun jumlahnya sedikit.

Perkara yang boleh menyebabkan mengandung

Perkara yang boleh menyebabkan mengandung adalah dengan mengadakan hubungan kelamin.

Setiap hubungan kelamin tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan. Air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula.

Semasa mengadakan persetubuhan, suami akan mengejakulasi air mani yang membawa berjuta-juta sperma. Ia akan berada di dalam vagina, berjuta-juta sperma akan mati tetapi hanya beberapa sahaja akan berjaya melalui tiub fallopio.

Sekiranya telur wanita berada dalam tiub fallopio, sperma akan menyertai telur dan berlakulah persenyawaan.

Cara mengelak mengandung dengan kaedah moden

Cara mengelak mengandung

Bagi pasangan suami isteri yang merancang, terdapat beberapa cara mengelak mengandung menggunakan kaedah moden iaitu:

  1. Kontraseptif boleh ubah jangka panjang – implan atau peranti dalam rahim (IUD)
  2. Kontraseptif hormon – pil atau suntikan Depo Provera
  3. Kaedah penghalang – kondom
  4. Kontraseptif kecemasan
  5. Kontraseptif kekal – vasektomi dan ikatan tiub

Cara mengelakkan mengandung secara tradisional

  • Air rebusan tradisional

Terdapat ramuan tradisional yang diamalkan oleh sesetengah wanita sebagai petua tradisional elak hamil. Ramuan ini menggunakan bahan yang mudah didapati, iaitu:

  • lengkuas sebesar ibu jari
  • 10 biji lada hitam
  • 1/4 keping ragi
  • air perahan limau nipis

Bahan-bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan di dalam air suam dan diminum. Ia dikatakan elok diminum selepas tamat haid untuk mengelakkan kehamilan. Ia juga dikatakkan elok diminum sebelum tidur.

Walaubagaimanapun, wanita hamil harus mengelak  dari minum ramuan tradisional ini kerana risiko keguguran. 

  • Makan buah betik separa masak

Cara mengelakkan mengandung yang seterusnya adalah makan buah betik. Anda boleh makan buah betik separa masak dua kali sehari selama tiga hingga empat hari berturut-turut.

Hal ini kerana, betik muda atau separa masak mempunyai banyak getah. Kandungan getah yang tinggi boleh menyebabkan kontraksi rahim.

  • Teh dengan halia

Cara mengelakkan mengandung yang seterusnya ialah teh dicampur dengan halia. Halia boleh menyebabkan haid dan mencegah kehamilan. Ibu boleh mengambil teh halia ringkas sebagai usaha untuk mengelakkan kehamilan.

Caranya adalah dengan:

  • Masukkan halia yang telah dihancurkan atau parut ke dalam air mendidih.
  • Selepas 5 minit, tapis dan sedia untuk diminum.

Ibu boleh amalkan minum 2 cawan teh halia yang kuat setiap hari untuk mengelakkan kehamilan.

Semoga bermanfaat!

WebMD, Isteri Sihat, Modulace, Berita Harian, MuftiWP

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sudah Ikat Peranakan (BTL) Tapi Masih ‘Lekat’, Ibu Terkejut Dapat Tahu Mengandung 6 Bulan

Baca juga:  Kekerapan Hubungan Seksual Suami Isteri Yang Ideal, Setiap Hari @ 3 Kali Seminggu?

Baca juga: Ramai Isteri Kurang Yakin Melakukan Seks Ketika Hamil, Ini Cara Untuk Menghadapinya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Pancut Luar Boleh Mengandung, Adakah Kaedah Merancang Keluarga Ini Benar-Benar Berkesan?
Kongsikan:
  • BAHAYA! Wanita ini hampir maut lepas implan yang dipakai terkena saluran darah

    BAHAYA! Wanita ini hampir maut lepas implan yang dipakai terkena saluran darah

  • "Bijak Rancang Kehamilan!" - Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!

    "Bijak Rancang Kehamilan!" - Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • BAHAYA! Wanita ini hampir maut lepas implan yang dipakai terkena saluran darah

    BAHAYA! Wanita ini hampir maut lepas implan yang dipakai terkena saluran darah

  • "Bijak Rancang Kehamilan!" - Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!

    "Bijak Rancang Kehamilan!" - Ini 16 Jenis Perancang Keluarga Untuk Pasangan Suami Isteri Cuba!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.