X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Risau Hamil Lagi Ketika PKP? Ini 5 Kaedah Merancang BERKESAN Ikut Saranan Pakar!

4 min bacaan
Ibu Risau Hamil Lagi Ketika PKP? Ini 5 Kaedah Merancang BERKESAN Ikut Saranan Pakar!

Kaedah perancang keluarga ada pelbagai jenis mengikut kesesuaian diri. Menambah cahaya mata pada waktu yang tepat membolehkan anda benar-benar bersedia

Memandangkan kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua di negeri-negeri tertentu, ramai wanita bergelar isteri meluahkan rasa bimbang dan takut hamil lagi. Dalam hal ini, kaedah perancang keluarga yang betul dapat membantu anda!

Sebenarnya kehadiran setiap anak adalah pembawa rezeki. Namun ada banyak keluhan dalam kalangan ibu muda dan sudah berpengalaman mengenai kesediaan diri menimang lagi cahaya mata baru selepas melahirkan anak.

Baca juga: Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Mengira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan

Kaedah perancang keluarga mengekalkan keharmonian hidup berumah tangga

kaedah perancang keluarga

credit to sources

Menurut Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan, ia mampu mempengaruhi kadar kelahiran bayi di negara ini.

”Sembilan bulan kemudian terjadinya ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar biasa) kerana kebanyakan rakyat terpaksa duduk di rumah dan menikmati waktu bersama pasangan masing-masing,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, beberapa perkara perlu dititikberatkan sebelum memiliki atau menambah lagi cahaya mata seperti faktor kewangan, kesihatan dan kerjaya. Dengan peningkatan kos sara hidup zaman kini, memiliki ramai anak mungkin bukan keputusan yang bijak.

Kesannya, kebajikan anak terabai dan para ibu berdepan kekurangan masa untuk menikmati kehidupan harian kerana perlu menguruskan rumah tangga serta anak-anak di rumah.

Menurut pakar Sakit Puan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Prof Dr Harlina Halizah, para isteri yang ingin merancang kehamilan sepatutnya menyuarakan pendapat secara baik dengan pasangan untuk kebaikan jangka panjang.

Ada beberapa kaedah perancang keluarga yang boleh dipilih mengikut kesesuaian, iaitu:

#1. Pengambilan pil hormon

Bagi wanita yang tidak hamil, anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa terutamanya dalam masa 7 hari pertama pusingan haid. Manakala jika pernah mengalami keguguran, anda boleh mula mengambilnya serta merta.

Jika ibu selepas bersalin, jika anda tidak menyusukan bayi boleh mula mengambilnya 3 minggu selepas kelahiran anak. Jika menyusu, mulakan 6 minggu selepas melahirkan anak atau lebih awal sekiranya digantikan dengan susu formula.

#2. Suntikan hormon

suntikan perancang keluarga

credit to sources

Biasanya, suntikan ini boleh dimulakan dalam masa 7 hari datang bulan dan serta-merta jika anda mengalami keguguran. Namun bagi ibu selepas bersalin dan tidak menyusu, boleh mengambil suntikan ini dengan serta-merta. Jika menyusukan bayi, sebaik-baiknya 6 minggu selepas melahirkan anak.

Terdapat dua jenis suntikan yang biasa digunakan iaitu Depo-Provera dan Noristerat.

#3. Penggunaan kondom

Kondom adalah kaedah paling mudah untuk digunakan. Tidak hanya lelaki, kondom untuk wanita juga ada dijual dalam pasaran. Ia diletakkan dalam faraj dan di sekeliling bahagian luar labia. Jika digunakan dengan betul, keberkesanan dikatakan sehingga 95 peratus.

#4. Implan

Kaedah implan ini boleh kekal selama 3 tahun. Sebelum memilih untuk menggunakannya, pastikan anda dan pasangan sudah fikir masak-masak.

Dalam kaedah ini, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4cm panjang dan diameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan.

Tiub ini mengandungi progestogen. Anda boleh mengambil implan selepas 21 hari bersalin. Kaedah ini berkesan lebih daripada 99 peratus dan boleh dikeluarkan apabila ibu mengambil keputusan untuk hamil lagi.

#5. IUS & IUD

merancang kehamilan

credit to sources

Sistem intrauterin (IUS) adalah implan yang dimasukkan ke dalam rahim (uterus). Ia membebaskan sedikit dos progestogen secara berterusan sehingga 5 tahun. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Para ibu boleh menggunakan cara ini pada bila-bila masa bermula 4 minggu selepas bersalin normal atau caesar. IUS dikatakan memiliki sehingga 99 peratus keberkesanan.

Manakala alat intrauterin atau IUD digunakan selama 3 hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis yang anda gunakan.

4 minggu selepas bersalin, anda sudah boleh menggunakan kaedah IUD ini pada bila-bila masa. Doktor atau jururawat akan memasangnya untuk anda dan keberkesanannya juga dikatakan lebih daripada 99 peratus.

Namun hal yang paling penting adalah anda tidak boleh menggunakan kaedah perancang keluarga dengan gabungan hormon estrogen dan progesteron (CHD) ketika menyusu badan (ia boleh mengurangkan bekalan susu) seperti:

  • Pil
  • Tampalan berupa plaster yang ditampal pada kulit
  • Cincin plastik fleksibel yang dimasukkan ke dalam faraj

Kesimpulannya, ada pelbagai kaedah perancang keluarga yang boleh anda lakukan bagi mengekalkan kesihatan diri dan kepentingan hidup berumah tangga. Pastikan berbincang terlebih dahulu dengan pasangan sebelum membuat keputusan, ya!

Sumber: Harian Metro, Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kehamilan Muda Bawah Usia 20 Tahun Boleh Membahayakan Ibu & Janin- Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Risau Hamil Lagi Ketika PKP? Ini 5 Kaedah Merancang BERKESAN Ikut Saranan Pakar!
Kongsikan:
  • 13 Cara Mencegah Kehamilan Zaman Kuno Yang Pelik, Tak Boleh Diterima Akal, Jijik Pun Ada!

    13 Cara Mencegah Kehamilan Zaman Kuno Yang Pelik, Tak Boleh Diterima Akal, Jijik Pun Ada!

  • Gel Rancang Kehamilan Untuk Lelaki Akan Dijual! Hanya Sapu, Tiada Kesan Sampingan

    Gel Rancang Kehamilan Untuk Lelaki Akan Dijual! Hanya Sapu, Tiada Kesan Sampingan

  • 13 Cara Mencegah Kehamilan Zaman Kuno Yang Pelik, Tak Boleh Diterima Akal, Jijik Pun Ada!

    13 Cara Mencegah Kehamilan Zaman Kuno Yang Pelik, Tak Boleh Diterima Akal, Jijik Pun Ada!

  • Gel Rancang Kehamilan Untuk Lelaki Akan Dijual! Hanya Sapu, Tiada Kesan Sampingan

    Gel Rancang Kehamilan Untuk Lelaki Akan Dijual! Hanya Sapu, Tiada Kesan Sampingan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham