X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tidak Semua Wanita Boleh Ambil Pil Perancang, Ia Berisiko Jadi Darah Beku & Meragut Nyawa

3 min bacaan
Tidak Semua Wanita Boleh Ambil Pil Perancang, Ia Berisiko Jadi Darah Beku & Meragut Nyawa

Kesan sampingan pil perancang tidak hanya menjejaskan haid, namun ia berupaya menyebabkan darah beku jika tidak diambil dengan cara betul

Umum mengetahui pil perancang fungsinya adalah untuk mencegah dan mengawal kehamilan. Terdapat banyak jenis pil ini di pasaran. Setiap apa yang kita makan atau minum, pasti ada kesannya pada tubuh badan. Jadi apakah kesan sampingan pil perancang kepada seseorang wanita?

Tular di media sosial sebelum ini mengenai kematian seorang wanita yang dikaitkan dengan pengambilan pil perancang. Namun, sejauh manakah benarnya mengenai perkara ini?

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Kesan sampingan pil perancang tidak bahaya jika diambil cara betul
  • Penting dapatkan nasihat doktor sebelum ambil pil perancang

Kesan sampingan pil perancang tidak bahaya jika diambil cara betul

Kesan sampingan pil perancang

Wanita itu dikatakan telah mengambil pil perancang untuk suatu jangka masa dan dikatakan mengalami darah beku susulan pengambilan pil itu. Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan perkara berkenaan dan punca kematiannya.

Sebenarnya, walau apa pun ubat yang kita ambil, adalah lebih baik dapatkan dulu nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Tidak boleh hanya merujuk kepada media sosial dan sebagainya tanpa membuat pemeriksaan lanjut mengenai pil yang sesuai untuk anda. 

Ini berikutan jika pil itu berkesan dan baik untuk orang lain, belum tentu ia baik untuk anda. Sekiranya anda memerlukannya, rujuk dulu kepada doktor untuk mengetahui apa yang lebih sesuai.

Kesan biasa jika mengambil pil perancang termasuklah:

  • Pening kepala
  • Kenaikan berat badan
  • Kurang selera makan/bertambah selera makan

Penting dapatkan nasihat doktor sebelum ambil pil perancang

Kesan sampingan pil perancang

Namun, jika diambil dengan cara yang salah, dikhuatiri ada kesan sampingan negatif yang bakal berlaku.

Antara kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan pil perancang jika tidak diambil dengan cara yang betul adalah akan berlakunya pulmonary embolism atau pembekuan darah.

Pembekuan darah boleh menyebabkan berlakunya gangguan kepada sistem kardiovaskular yang akhirnya mengakibatkan serangan jantung dan strok.

Anda perlu tahu, jika anda berusia lebih 35 tahun dan seorang perokok, anda tidak boleh mengambil pil perancang.

Pil perancang terlalu mudah didapati di pasaran. Disebabkan itu ada yang membelinya tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu yang akhirnya penggunaan dengan cara yang salah seperti digunakan lebih lama daripada tempoh yang diperlukan  akhirnya membawa mudarat kepada penggunanya. 

Disebabkan itu, ambillah pil perancang dengan cara yang betul dengan mendapatkan nasihat terlebih dulu daripada doktor atau ahli farmasi supaya ia tidak memudaratkan anda. Semoga bermanfaat!

myhealth, my news viral

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanya Sis Min: Saya Ingin Tahu, Apakah Kelebihan Pil Perancang Noriday?

Baca juga: 3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!

Baca juga:  Apa Jadi Pada Tubuh Jika Anda Berhenti Ambil Pil Perancang?

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Tidak Semua Wanita Boleh Ambil Pil Perancang, Ia Berisiko Jadi Darah Beku & Meragut Nyawa
Kongsikan:
  • Ujian Darah Ketika Hamil Perlu Dilakukan Bagi Mengenal Pasti Bayi Kecil & Yang Berisiko Lahir Mati. Take Note, Ibu-ibu!

    Ujian Darah Ketika Hamil Perlu Dilakukan Bagi Mengenal Pasti Bayi Kecil & Yang Berisiko Lahir Mati. Take Note, Ibu-ibu!

  • Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

    Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

  • Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

    Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

  • Ujian Darah Ketika Hamil Perlu Dilakukan Bagi Mengenal Pasti Bayi Kecil & Yang Berisiko Lahir Mati. Take Note, Ibu-ibu!

    Ujian Darah Ketika Hamil Perlu Dilakukan Bagi Mengenal Pasti Bayi Kecil & Yang Berisiko Lahir Mati. Take Note, Ibu-ibu!

  • Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

    Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

  • Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

    Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.