X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Rupanya "Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang - Hati-Hati Ibu Semua!

3 min bacaan
Ini Rupanya "Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang - Hati-Hati Ibu Semua!

Proses berpantang memang nampak leceh. Tapi, anda perlu jaga kesihatan diri sepanjang tempoh ini. Tiada jalan short-cut! Jom baca apa lagi panduan yang anda perlu ikut!

Kita masih lagi berhadapan dengan situasi lockdown yang mana ini banyak membatasi pergerakan kita, jadi ada sesetengah ibu baru mengambil keputusan untuk berpantang  sendirian.

Kalau anda wanita yang sedang dalam proses berpantang dan mungkin tanpa mak atau mertua di sisi, hati-hati. Anda perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu yang penting agar proses berpantang  ini berjalan lancar!

Proses berpantang dikategorikan sebagai sebuah rawatan tradisional selepas bersalin. Sebab itu anda perlu mengetahui tentang panduan berpantang  bagi menjaga kesihatan anda.

berpantang

Ini kerana, Malaysia pernah digemparkan dengan kematian seorang wanita di Kulai ketika beliau berpantang  sendirian. Beliau melahirkan anaknya dengan prosedur pembedahan caesarean dan berpantang  sambil menjaga anak pertama berusia 19 bulan.

Punca kematian disahkan akibat paru-paru berair dan masalah jantung.

Semoga arwah tenang di sana. 

“Pembunuh Senyap” Ketika Wanita Berpantang

Anda pasti biasa mendengar tentang insiden tumpah darah selepas bersalin, kan? Tapi, pernahkah anda dengar tentang pulmonary embolism? 

Ha, ini salah satu pembunuh senyap ketika wanita dalam proses berpantang!

Ia adalah penyakit darah beku dalam saluran darah ke paru-paru. Menurut Dr. Mardiana Kipli, penyakit darah beku ini jarang berlaku namun ia mampu mengakibatkan kematian secara mengejut!

Ini Rupanya Pembunuh Senyap Ketika Wanita Berpantang - Hati-Hati Ibu Semua!

Kredit gambar: Mayo Clinic

Apakah tanda-tanda penyakit ini?

Wanita sedang berpantang mempunyai darah yang lebih pekat daripada biasa. 

Akibatnya, mereka akan mengalami kesakitan di bahagian betis ketika berjalan, sukar untuk bernafas, sakit dada, batuk berdarah dan denyutan nadi menjadi laju.

Anda berisiko tinggi untuk mengalami “pembunuh senyap” ini jika anda:

  • berusia 35 tahun ke atas
  • mempunyai lebih daripada 2 anak
  • menjalani pembedahan caesarean
  • dehidrasi
  • tumpah darah semasa bersalin
  • mengandung kembar

Jadi, apa yang perlu anda buat?

berpantang

Kredit: Urut dan Penjagaan Pantang

Oleh sebab itu anda perlu lebih berhati-hati. Jangan ambil mudah proses berpantang  selama 44 hari ini. Kalau anda melalui pembedahan caesarean proses pantang harus lebih lama!

Antara perkara penting yang wajib anda (atau minta tolong suami) buat ketika berpantang  sendirian adalah:

  1. Cari tukang urut. Amalan bertungku dan berurut akan mempercepatkan proses pemulihan. Malah, ia juga melancarkan pengeluaran susu badan.
  2. Ambil suplemen dan ubat-ubatan penting
  3. Jangan takut untuk mandi. Sediakan mandian berpantang yang senang seperti – daun pandan dan serai kayu.
  4. Pakai bengkung. 
  5. Minum banyak air.
  6. Atur masa anda dengan bijak. Jangan kelam kabut nak buat semua benda. Kongsi beban kerja rumah dengan suami.
  7. Sediakan resepi berpantang yang mudah. Beli stok makanan mentah yang segar. Minta suami masak jika tak larat. 

Dan apa yang jangan dibuat?

Jangan sesekali buat perkara-perkara ini pula, okay! Antaranya:

  1. Jangan makan makanan sejuk, gatal, tajam, berbisa, berangin dan terlalu berminyak. Senang suruh suami kukus atau bakar saja makanan anda.
  2. Jangan lupa pakai stokin! Stokin mampu mengelakkan kaki anda dimasuki “angin”. Kalau angin masuk badan, anda akan cepat tak bermaya dan pening.
  3. Jangan terlalu aktif sampai semua benda dalam rumah anda nak buat. Duduk berehat! 
  4. Jangan bersendirian dalam masa yang lama. Anda boleh “meroyan” ketika dalam proses ini. Minta suami sentiasa teman atau ambil berat. Kalau suami kerja, telefon pun sudah mencukupi. 

Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda. Ingat, anda seorang wanita kuat yang takkan memandang mudah tentang kesihatan diri sendiri, apatah lagi kesihatan anak-anak anda.

Jaga diri anda kerana si manja memerlukan ibunya!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Semoga bermanfaat.

Sumber rujukan: The Malaysian Medical Gazette dan Harian Metro 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Baca juga: Berapa Lamakah Tempoh Pantang Bersalin Yang Wajib? Ini Penjelasan Dari Pakar

Baca juga: Ibu-Ibu, Berpantang Moden Pun Ada Juga Makanan Yang Perlu Dielakkan, Semak Senarai Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Ini Rupanya "Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang - Hati-Hati Ibu Semua!
Kongsikan:
  • 25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

    25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

  • Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

    Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

    25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

  • Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

    Senarai Makanan Dalam Pantang, Ini Jenis Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.