Selepas bersalin, sudah pasti ramai para ibu yang memilih untuk berpantang. Kalau anda perlukan sedikit idea, apa kata anda cuba 25 set makanan orang berpantang yang telah dikongsikan oleh seorang ibu di FB ini, Tuan Adriana Arissa.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- 25 set makanan berpantang untuk ibu baru bersalin, sedap dan mudah disediakan
Melihat set makanan orang berpantang yang telah ditempuhinya selama 40 hari, setiap hidangan ini memang nampak lazat dan menyelerakan!
Yang paling penting, ianya bernutrisi dan sihat untuk para ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan cahaya mata.
25 set makanan berpantang untuk ibu baru bersalin, sedap dan mudah disediakan
1. Nasi putih + Ayam bakar kari + Selar singgang + Ulam pegaga + Serunding ikan bilis halia + Crunchy garlic

2. Nasi putih + Kerabu pegaga + Selar bakar + Epal merah + Serunding ikan bilis halia + Crunchy garlic

3. Nasi putih + Sawi stim + Siakap stim + Oren sunkist

4. Nasi putih + Siakap singgang + Sawi celur + Crunchy garlic + Serunding halia ikan bilis + Oren sunkist

5. Nasi putih + Tenggiri bakar + Sawi celur + Jus anggur merah

6. Nasi putih + Daging black pepper halia + Sawi stim + Crunchy garlic + Epal merah

7. Lempeng gandum cicah gula + Nestum oat

8. Nasi putih + Sup ayam berempah + Sawi celur + Ayam bakar kari + Serunding halia ikan bilis + Crunchy garlic + Oren sunkist

9. Bubur nasi + Selar bakar + Sawi celur + Daging cincang masak black pepper halia + Serunding halia ikan bilis + Crunchy garlic

10. Nasi putih + Peria katak celup tepung + Sup ikan siakap + Buah prun + Serunding halia ikan bilis + Crunchy garlic

11. Nasi putih + Ayam bakar + Sawi kicap + Oren sunkist

12. Nasi putih + Ikan selar goreng + Sayur sawi tumis air + Serunding halia ikan bilis + Crunchy garlic + Buah prun

13. Nasi putih + Kari ayam tanpa santan + Sawi celur + Ikan selar bakar + Oren sunkist

14. Nasi putih + Ikan selar masak asam + Ikan selar goreng + Sawi celur + Serunding halia ikan bilis + Crunchy garlic + Oren sunkist

15. Sandwich roti wholemeal + Epal

16. Lamb chop versi pantang + Jus oren

17. Roti wholemeal + Ayam masak stew

18. Nasi putih + Ayam goreng + Sup sayur + Serunding halia ikan bilis + Oren sunkist

19. Nasi putih + Siakap stim + Ayam bakar + Serunding halia ikan bilis + Epal merah

20. Tortilla wrap dengan ayam bakar + Salad + Oren sunkist

21. Sup ikan siakap + Oren sunkist

22. Tortilla wrap + Ayam black pepper + Salad + Tomato + Mayo

23. Tempe celup tepung beras + Sambal kicap bawang + Teh O

24. Roti wholemeal + Gulai kambing + Apam bakar

25. Nasi putih + Ikan Selar bakar + Ikan selar singgang + Sawi celur

Set hidangan makanan berpantang yang enak dan berkhasiat
Nampak enak tak set makanan ketika berpantang yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini? Memang menyelerakan, kan?
Rasanya, ia bukan sahaja sesuai untuk ibu yang baru bersalin, malah untuk mereka yang ingin berdiet dan menjaga pengambilan kalori mereka juga boleh cuba. Anda cuma perlu mengurangkan sahaja sedikit portion nasi dalam setiap set.
Bagi setiap set di atas, pastikan anda memilih hidangan bergoreng hanya selepas anda telah memasuki fasa berpantang pada minggu ke-3 dan ke atas sahaja ya.
Selamat mencuba dan selamat berpantang! Jika anda berminat dengan makanan berpantang ala Cina dan lain-lain, anda boleh merujuk kepada kategori confinement recipe kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Buah Untuk Ibu Berpantang, Ini Senarai Jenis Buah Yang Boleh & TIDAK BOLEH Anda Ambil
Baca juga: Senarai Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Normal & Czer, Ibu Wajib Cuba
Baca juga: Makanan Dalam Pantang 44 Hari Yang Sedap, Buat Ibu Berselera Makan & Lebih Kenyang
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!