X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

6 Resepi Sandwich Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Turunkan Berat Badan

4 min bacaan
6 Resepi Sandwich Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Turunkan Berat Badan

Resepi sandwich untuk ibu berpantang yang lengkap dengan protein dan vitamin dapat dijadikan sebagai menu sarapan pagi atau minum petang

Selepas melahirkan bayi, ibu-ibu perlu melalui tempoh berpantang bagi mengembalikan kesihatan tubuh seperti sedia kala. Antara perkara paling kena jaga adalah pemakanan. Bagi mengelakkan anda bosan dengan makanan sama, apa kata cuba beberapa resepi sandwich untuk ibu berpantang sebagai hidangan sarapan atau minum petang.

Selain mengenyangkan, ia lengkap dengan protein dan vitamin yang diperlukan tubuh selepas bersalin. Caranya juga cukup mudah, ibu juga boleh minta tolong suami atau ahli keluarga buatkannya.

Senarai resepi sandwich untuk ibu berpantang yang sedap dan mudah

Seorang pengguna Facebook, Cik Merpati Putih telah berkongsikan beberapa resepi sandwich sihat, mudah dan boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat. 

#1. Wanpaku sandwich tuna

resepi sandwich untuk ibu berpantang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping roti wholemeal
  • 1 tin tuna mayonis
  • Tauhu
  • 3 ketul dada ayam
  • Telur hancur
  • Salad
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Garam, secukup rasa
  • Minyak zaitun

Cara-caranya:

  1. Di dalam kuali panas, masukkan minyak zaitun dan masakkan tauhu. 
  2. Rebuskan ayam dengan sedikit garam.
  3. Sediakan tuna dan telur hancur.
  4. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  5. Seterusnya, susunkan tauhu, ayam, tuna dan sayur secara berselang-seli.
  6. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  7. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti. 
  8. Sandwich tuna sudah siap untuk dinikmati!

#2. Roti sandwish ayam panggang & tauhu

Resepi sandwich untuk ibu berpantang

Bahan-bahan perapan yang dikisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Stevia (atau gula), secukup rasa
  • Cili kering

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping roti wholemeal
  • Dada ayam
  • Tauhu
  • Kacang panggang
  • Mayonis
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Salad

Cara-caranya:

  1. Perapkan dada ayam dengan bahan kisar dan panggang.
  2. Dalam kuali yang panas, masukkan minyak zaitun dan masakkan tauhu.
  3. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  4. Seterusnya, susunkan sayur, ayam, kacang panggang dan tauhu secara berselang-seli.
  5. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  6. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti. Siap untuk dinikmati!

#3. Sandwich ayam panggang

resepi sandwich untuk ibu berpantang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping roti wholemeal
  • Ayam panggang
  • Telur mata
  • Mayonis
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Salad

Cara-caranya:

  1. Sediakan ayam panggang dan telur mata kerbau.
  2. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  3. Seterusnya, susunkan ayam, telur mata dan sayur secara berselang seli.
  4. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  5. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.

#3. Sandwich ayam panggang bersama telur hancur

resepi sandwich untuk ibu berpantang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping roti wholemeal
  • Dada ayam
  • Telur hancur
  • Mayonis
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Salad

Cara-caranya:

  1. Sediakan ayam panggang dan telur hancur.
  2. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  3. Seterusnya, susunkan ayam, telur hancur dan sayur secara berselang seli.
  4. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  5. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.

#5. Wanpaku sandwich sardin bersama ayam

6 Resepi Sandwich Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Turunkan Berat Badan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping roti wholemeal
  • Sardin
  • Dada ayam
  • Telur hancur
  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Salad

Cara-caranya:

  1. Rebuskan dada ayam bersama garam. 
  2. Sediakan telur hancur dan sardin.
  3. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  4. Seterusnya, susunkan ayam, telur hancur, sardin dan sayur secara berselang seli.
  5. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  6. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.

*Nota: Untuk resepi sandwich ibu berpantang ini, anda juga boleh menggunakan sayur seperti salad sebagai lapisan pertama untuk mengelakkan roti menjadi lembap.

#6. Sandwich buah pear dan keju

Untuk resepi ekstra kali ini, kami mengambil perkongsian daripada Wan Noor Farhana menerusi Facebook (Resepi Ibu Berpantang) iaitu Buah Pear dan Keju Sandwich. Nampak simple je!

6 Resepi Sandwich Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Turunkan Berat Badan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping roti kosong
  • 1 biji buah pear
  • 1 keping keju cheddar
  • 2 sudu mentega kacang

Cara-caranya:

  1. Amik 2 roti kosong dan asingkan dalam pinggan.
  2. Potong buah pear tersebut kepada saiz yang lebih kecil.
  3. Kemudian letakkan satu keping keju cheedar dan letakkan buah pear yang telah dipotong di atas roti.
  4. Susun secara berselang-seli buah pear dan keju di roti tersebut.
  5. Pada bahagian inti, sapukan mentega kacang dia atasnya.
  6. Ambil lagi satu keping roti dan tutupkannya.
  7. Masukkan dalam microwave selama 3-5 minit sehingga keju tu mencair.
  8. Siap dan hidangkannya.

Dah siap, mudah sahaja ibu-ibu. Kalau nak makanan yang sihat dan berkhasiat sewaktu berpantang, bolehlah cuba resepi di atas.

Info tambahan: jenis-jenis roti untuk ibu berpantang

  • Roti gandum penuh.
  • Roti ‘Sourdough’.
  • Roti oat.
  • Roti rye.
  • Roti pita.

Semoga bermanfaat.

Wan Noor Farhana | Facebook, Cik Merpati Putih | Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Cucur Durian Yang Sedap & Menjadi, Buat Minum Petang Mesti Anak-Anak Suka!

Baca juga: Resepi Cempedak Goreng Rangup & Sedap, Ini Tips Bancuh Tepung Agar Tidak Makan Minyak

Baca juga:  Resepi Rotiboy Homemade Yang Sedap & Lembut, Buat Minum Petang Anak Mesti Suka!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 6 Resepi Sandwich Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Turunkan Berat Badan
Kongsikan:
  • Tubuh Rasa Panas Membahang Selepas Bersalin, Ibu Kenali Apa Itu Gejala 'Hot Flashes'

    Tubuh Rasa Panas Membahang Selepas Bersalin, Ibu Kenali Apa Itu Gejala 'Hot Flashes'

  • Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

    Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

  • Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!

    Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!

  • Tubuh Rasa Panas Membahang Selepas Bersalin, Ibu Kenali Apa Itu Gejala 'Hot Flashes'

    Tubuh Rasa Panas Membahang Selepas Bersalin, Ibu Kenali Apa Itu Gejala 'Hot Flashes'

  • Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

    Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

  • Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!

    Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.