X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Susu Ibu Adalah Suci & Tidak Boleh Buang Merata, Ini Hukum Buang Susu Badan Ibu Kena Tahu!

4 min bacaan
Susu Ibu Adalah Suci & Tidak Boleh Buang Merata, Ini Hukum Buang Susu Badan Ibu Kena Tahu!

Hukum buang susu badan dibolehkan apabila susu berkenaan telah rosak. Namun ibu kena tahu ada cara yang betul jika hendak membuangnya

Pasti ramai ibu menyusu di luar sana yang ingin mengetahui hukum buang susu badan. Adakah ia dibolehkan untuk kita membuang susu badan begitu saja atau diolah menjadi sabun untuk bayi mandi?

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini? 

  • Hukum buang susu badan dalam Islam 
  • Cara buang susu badan dengan betul dan lebih selamat

Jika difikir logik akal, apabila dibuat sabun, ia akan dibuang juga akhirnya. Jadi adakah dibolehkan?

Hukum buang susu badan dalam Islam 

hukum buang susu badan

Menurut perkongsian nyusoo.official, susu badan tidak boleh dibuat sabun mandian bayi. Ikuti perkongsiannya:

“Susu badan tidak boleh dibuat sabun mandian bayi. Susah payah ibu mengepam, tapi bila dah rosak dan tidak elok terpaksa juga dibuang. 

Susu ibu suci, perlu treat macam air zam-zam. Tidak boleh dibuat mandian, siram pokok, beri kucing minum atau dibuang terus dalam tong sampah.”

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah, hukum asal menggunakan susu (yang suci) sebagai salah satu bahan dalam sabun adalah harus seperti susu kambing atau lembu. 

Namun menjadikan susu badan sebagai salah satu bahan di dalam pembuatan sabun, kami (Pejabat Mufti Wilayah) cenderung untuk mengatakan bahawa perkara tersebut adalah dilarang dan tidak dibenarkan.

Hal ini kerana kedudukan manusia itu tinggi di sisi Allah SWT berbanding makhluk yang lain, jadi semua anggota atau apa sahaja yang berasal daripada tubuh manusia perlu dihormati dan dimuliakan, serta tidak boleh dimanfaatkan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi jika ia digunakan sebagai bahan mencuci (sabun).

Perkara ini bertepatan dengan kaedah Sadd al-Zarai’ iaitu menutup jalan yang boleh membawa kepada penyalahgunaan bahan yang berasal daripada manusia seperti susu ibu serta merendah-rendahkan kemuliaan seorang manusia.

Lebih-lebih lagi, sabun adalah termasuk dalam perkara tahsiniyyat (menambah baik) dan bukannya hajiyat (keperluan) atau darurat (keperluan mendesak).

Sudah memadai apa yang telah Allah SWT sediakan buat manusia mengambil manfaat daripadanya seperti haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan kepada beberapa perkara iaitu:

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada  Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
  1. Cenderung kepada pendapat yang melarang susu badan atau susu ibu dijadikan sebagai sabun. Ini kerana kedudukan manusia itu sendiri yang mulia dan tinggi di sisi Allah SWT.Justeru, semua anggota atau apa sahaja yang berasal daripada tubuh manusia perlu dihormati dan dimuliakan, serta tidak boleh dimanfaatkan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi jika ia digunakan sebagai bahan mencuci (sabun).
  2. Larangan ini juga adalah selaras keputusan mesyuarat panel pakar syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke-86 yang tidak membenarkan penggunaan susu ibu sebagai bahan kosmetik termasuk dalam penyediaan sabun.
  3. Dalam Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia juga menyatakan bahawa semua bahan-bahan yang tersenarai di dalam Annex II tidak boleh digunakan bagi menghasilkan produk kosmetik. (Lihat Guidelines for Control of Cosmetic Product in Malaysia, Bhg. Cosmetic Ingredients, halaman 10). Antara bahan-bahan terlarang yang telah disenaraikan di dalam Jadual Annexe II Part I ialah sel, tisu atau sebarang bahan yang berasal daripada manusia. Oleh itu, susu ibu adalah termasuk di dalam larangan tersebut dan sabun adalah merupakan salah satu daripada produk kosmetik.

Cara buang susu badan dengan betul dan lebih selamat

hukum buang susu badan

Satu-satunya cara untuk membuang susu badan adalah dengan mengalirkannya di bawah air yang mengalir seperti air paip. 

Jadi ibu-ibu, ambil perhatian ya, jangan sewenang-wenangnya membuang susu badan atau menjadikannya sebagai sabun mandian.  Semoga bermanfaat!

Pejabat Mufti Wilayah, Instagram nyusoo.official

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Bayi Batuk Berkahak, Buat Tepukan Percussion & Beri Susu Badan Antara Tips BERKESAN!

Baca juga:  Benarkah Susu Badan Akan Kering & Tak Berkhasiat Jika Ibu Menyusu Minum Alkohol?

Baca juga: Tambah & Lancar Susu Badan Ibu Dengan Urutan Payudara Oketani, Ibu Menyusu Boleh Cuba Ya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Susu Ibu Adalah Suci & Tidak Boleh Buang Merata, Ini Hukum Buang Susu Badan Ibu Kena Tahu!
Kongsikan:
  • Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

    Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
    Stories Rakan Kongsi

    Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

  • Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

    Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

  • Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

    Ibu Tertanya Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan Buat Si Comel? Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Tumbesaran Bayi Dengan Sempurna

  • Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
    Stories Rakan Kongsi

    Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

  • Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

    Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan Atau Botol, Keliru Puting Salah Satu Puncanya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.