X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Muntah Susu Buatkan Ramai Ibu Risau, Ini 10 Sebab Kenapa Bayi Selalu Muntah Susu

7 min bacaan
Bayi Muntah Susu Buatkan Ramai Ibu Risau, Ini 10 Sebab Kenapa Bayi Selalu Muntah Susu

Bayi muntah susu adalah keadaan yang biasa dihadapi oleh kebanyakan anak kecil. Namun jika terlalu kerap, adakah ibu patut risau?

Bayi muntah susu terlalu kerap semestinya membuatkan para ibu berasa cemas dan risau. Walau bagaimanapun jika anda berdepan masalah ini, ia adalah keadaan yang normal dihadapi oleh kebanyakan bayi.

Kebiasaannya susu yang diminum dan diluahkan semula (posseting /spitting up / jeluak / reflux) ini bukanlah satu masalah serius dan ianya bersifat sementara serta akan pulih sendiri dengan sedikit masa.

Tapi, kalau bayi anda selalu sakit atau muntah dalam kuantiti yang banyak, mereka mungkin memerlukan perhatian anda. Ini merupakan beberapa sebab kenapa bayi selalu muntah susu.

Isi Kandungan

  • Kenapa bayi muntah susu dengan kerap?
  • Punca bayi muntah susu
  • Cara mengatasi bayi selalu muntah susu
  • Bayi muntah susu: Bila anda perlu risau?

Kenapa bayi muntah susu dengan kerap?

bayi muntah susu

Asid Refluks

Refluks atau refluks gastro-oesophageal terjadi apabila injap otot pada hujung saluran makanan sedang berkembang.  Ini bermakna, apabila perut bayi penuh, makanan dan asid perut boleh mengalir keluar semula dari saluran makanan mereka.

Refluks boleh menyebabkan bayi muntah susu setiap kali selepas menyusu dan membuatkan mereka tersedu (hiccup).

Jika bayi anda tak menyusu dengan baik atau kelihatan tidak sihat, bawa mereka berjumpa doktor. Doktor mungkin akan beri ubat anti asid yang dibuat khas untuk bayi.

Alahan susu lembu atau intoleransi laktosa

Jika bayi alah pada susu lembu, ini bermakna sistem mereka memberi reaksi pada protein susu lembu. Intoleransi laktosa pula bermakna mereka ada masalah untuk menghadam laktosa, gula semula jadi yang ada dalam susu.

Apabila bayi anda mempunyai alahan kepada susu lembu, setiap kali susu lembu masuk ke dalam mulut mereka, sistem tubuh bayi anda akan memberikan reaksi negatif kepada protein yang ada dalam susu lembut berkenaan.

Protein susu lembu dan laktosa biasanya ada dalam kebanyakan susu formula. Ia juga boleh masuk ke dalam susu badan jika anda makan atau minum susu/produk tenusu seperti keju atau yogurt.

Jika bayi mempunyai intoleransi atau alahan susu lembu, mereka mungkin akan muntah selepas menyusu. Mungkin agak sukar untuk anda bezakan dengan refluks.

Tapi jika bayi anda mempunyai masalah dengan susu lembu, mereka juga akan ada:

  • ekzema
  • kolik
  • cirit-birit
  • sembelit
  • susah untuk naik berat badan

Kalau anda risau bayi ada masalah dengan susu lembu, ini adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:

  1. Jika anda menyusu bayi, tanya doktor tentang mengurangkan susu lembu dalam diet anda untuk sementara waktu. Jika bayi minum susu formula, cuba untuk tukar kepada formula hypoallergenic.
  2. Bincang dengan doktor dulu sebelum cuba langkah-langkah ini. Mereka mungkin akan periksa simptom pada bayi anda untuk mengenalpasti masalah mereka. 

Jika doktor suspek yang bayi anda ada alahan atau intoleransi, doktor mungkin akan rujuk bayi kepada pakar kanak-kanak.

Gangguan pada perut

Jika bayi muntah susu secara tiba-tiba atau disertai dengan cirit-birit, bayi mungkin mengalami gangguan pada perut seperti gastroenteritis. Gastroenteritis boleh disebabkan dari jangkitan bakteria. Kalau anda rasa ini sebabnya kenapa bayi muntah susu selalu, sila rujuk doktor.

Mereka akan minta sampel najis bayi untuk mengetahui cara yang terbaik bagi merawat bayi anda. Muntah dan cirit-birit bermakna bayi kehilangan cecair dalam badan. Cecair ini perlu diganti untuk mencegah dehidrasi.

#4. Jangkitan atau penyakit

Bayi mungkin akan muntah susu kerana mereka mengalami jangkitan atau penyakit. Jika ya, anda mungkin akan perasan tanda-tanda seperti ini:

  • demam
  • kurang selera makan
  • fussy
  • keletihan
  • ruam
  • batuk
  • hidung tersumbat

Stenosis pilorus

Ini keadaan yang jarang berlaku, namun boleh menyebabkan bayi muntah secara paksa dalam masa setengah jam selepas menyusu.

Stenosis pilorus biasanya terjadi apabila bayi berusia enam minggu, atau sebelum dia empat bulan. Kadang-kadang, ia boleh disebabkan oleh keturunan dan bayi lelaki empat kali lebih cenderung mendapat penyakit ini dari bayi perempuan.

Terlebih minum susu daripada yang sepatutnya

Ini juga merupakan salah satu sebab yang menjadi punca bayi muntah susu.

Sebagai contoh, katakan setiap hari bayi anda akan minum susu dengan jumlah 3 auns sebanyak 5 kali, dan secara tiba-tiba anda atau pengasuh terlupa lalu memberikan susu sebanyak 5 auns untuk setiap sesi – maka perut bayi anda akan terkejut dengan jumlah susu yang diberikan.

Sebab itulah mereka akan menolak keluar susu tadi dan menyebabkan berlakunya muntah susu. Oleh itu, ibu ayah di luar sana tolong cakna dan jangan beri terlalu banyak susu kepada bayi anda.

Cara yang terbaik adalah memberikan mereka jumlah susu yang sedikit, namun dengan lebih kerap.

Punca bayi muntah susu

bayi muntah susu

Berikut adalah antara sebab bayi selalu muntah selepas menyusu yang perlu ibu ayah tahu.

Jeluak

Masalah ini adalah disebabkan oleh otot esofagus yang sepatutnya berfungsi sebagai ‘pintu’ untuk menghalang kandungan isi perut dari ‘naik ke atas’ semula belum matang dan berfungsi sepenuhnya.

Dr Rashdan Zaki menjelaskan bahawa hampir 50% hingga 60% bayi berusia lingkungan 3 bulan akan mengalami gejala ini. Ia dijangka akan apabila bayi berusia 1 – 2 tahun tanpa memberi kesan besar terhadap kesihatan bayi tersebut.

Ertinya, anda tak perlu risau kerana bayi akan tetap membesar secara normal dan mempunyai tahap tumbesaran yang sihat.

Posisi menyusu yang kurang selesa

Bayi yang belum biasa mungkin akan mengalami sedikit kesukaran untuk menyusu dengan posisi berbaring. Oleh itu, para ibu disarankan untuk usahakan memposisikan kepala bayi secara menegak semasa menyusu. Selepas itu, jangan lupa untuk sendawakan bayi anda setiap kali selesai menyusukan mereka.

Selain posisi penyusuan, lekapan yang salah pada puting payudara mendorong bayi menghisap terlalu banyak udara bersama susu ibu.

Satu lagi, jangan menggilirkan payudara ketika bayi masih aktif menghisap kerana tindakan ini juga boleh menyebabkan bayi menyusu dalam keadaan tidak tenang. Habiskan penyusuan di satu payudara dan tunggu bayi melepaskan payudara sendiri.

Aliran susu yang terlalu laju

Ada juga situasi di mana aliran susu badan si ibu juga terlalu laju sama ada semasa let down reflex atau kerana susu terlalu penuh.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Oleh itu, untuk mengatasi masalah seperti ini, para ibu disarankan untuk perahkan susu sedikit sebelum menyusu bayi. Pastikan anda mengikut jadual dan jangan biarkan susu terlalu banyak sehinggakan payudara terasa berat dan akhirnya membengkak.

Untuk bayi yang menyusu menggunakan botol susu, periksa saiz puting sebelum membeli dan pastikan ia sesuai dengan umur bayi. Gantikan puting selepas tiga bulan sekiranya perlu. Sterilkan alatan penyusuan dengan cara yang betul.

Minum susu terlalu banyak

Macam orang dewasa juga, kalau terlalu penuh di perut dan terlampau kenyang, kita juga akan merasakan ingin muntah kan? Bayi pun begitu juga. Menyusu terlalu banyak akan membuatkan perut bayi terlalu penuh sehingga menjadi punca bayi selalu muntah selepas menyusu.

Oleh itu, para ibu disarankan untuk membiasakan diri untuk menyusukan bayi sedikit demi sedikit, tapi kerapkan.

Cara mengatasi bayi selalu muntah susu

bayi muntah susu

  • Pastikan ibu-ibu menyedawakan bayi dengan betul dan kerap selepas penyusuan dan antara penyusuan.
  • Pegang bayi dengan lembut dan elakkan menimang atau melambung bayi dengan menggerakkan mereka dengan terlalu cepat.
  • Elakkan penyusuan yang berlebihan. Beri susu dalam kuantiti yang sederhana tetapi lebih kerap.
  • Jika bayi masih menggunakan barut, pastikan ianya tidak terlalu ketat.
  • Lakukan urutan pada perut bayi selepas mandi atau selepas bayi membuang air besar atau kecil ketika menukar lampinnya.
  • Biarkan bayi relaks dalam dakapan si ibu selepas menyusu sebelum anda menyedawakannya untuk mengurangkan kerangsangan perut dan melancarkan proses penghadaman.

Bayi muntah susu: Bila anda perlu risau?

Walaupun bayi muntah susu kebanyakannya normal, anda perlu cepat-cepat bawa bayi anda berjumpa doktor jika bayi anda muntah disertai dengan:

  • kekejangan
  • kerap muntah dalam masa 24 jam
  • muntah memancut
  • dehidrasi
  • muntah berdarah
  • muntah berwarna hijau
  • muntah selepas jatuh
  • tak aktif
  • abdomen membengkak
  • meragam teruk
  • tak mahu makan atau minum
  • demam panas

Kesimpulannya, bayi muntah susu ini bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan kecuali jika mereka mempunyai tanda-tanda di atas.

Jika anda risau, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor dengan kadar yang segera.

NHS

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Ibu perlu tahu ciri-ciri susu badan basi, jangan sampai anak terminum!

Baca juga: Cara Sendawakan Bayi Yang Betul Dapat Elak Masalah Kembung Perut & Muntah Susu

Baca juga: Bayi Muntah Lendir, Adakah Ia Normal Atau Petanda Bahaya? Ketahui 7 Punca Ia Berlaku!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Muntah Susu Buatkan Ramai Ibu Risau, Ini 10 Sebab Kenapa Bayi Selalu Muntah Susu
Kongsikan:
  • 15 Cara Elak Bayi Muntah Selepas Menyusu Dengan BERKESAN, #11 Ramai Ibu Silap!

    15 Cara Elak Bayi Muntah Selepas Menyusu Dengan BERKESAN, #11 Ramai Ibu Silap!

  • Bayi Muntah Menyembur, Normal Atau Bahaya? 6 Tanda Ibu Ayah Perlu Peka!

    Bayi Muntah Menyembur, Normal Atau Bahaya? 6 Tanda Ibu Ayah Perlu Peka!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 15 Cara Elak Bayi Muntah Selepas Menyusu Dengan BERKESAN, #11 Ramai Ibu Silap!

    15 Cara Elak Bayi Muntah Selepas Menyusu Dengan BERKESAN, #11 Ramai Ibu Silap!

  • Bayi Muntah Menyembur, Normal Atau Bahaya? 6 Tanda Ibu Ayah Perlu Peka!

    Bayi Muntah Menyembur, Normal Atau Bahaya? 6 Tanda Ibu Ayah Perlu Peka!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.