5 Tanda Bayi Muak Kerana MENDERITA Sakit Refluks Dalam Diam...

Ramai ibu bapa terlepas pandang tanda-tanda penyakit refluks senyap ini kerana menyangka bayi yang muak dan muntah susu itu normal. Tapi sebenarnya, anak sedang menderita...
Jika bayi anda mengalami penyakit Gerd atau refluks, anda masih boleh melihat tanda-tanda sakitnya. Namun, bagaimana jika anak kecil itu mengalami refluks senyap?
Refluks senyap salah satu penyakit Gerd yang tidak menunjukkan sebarang tanda, melainkan bayi muak atau muntah. Sebab itu ramai ibu bapa yang terlepas pandang masalah ini!
Mari kita ketahui lebih lanjut tentang penyakit Gerd dan refluks senyap kerana tak ramai ibu bapa yang tahu tentang penyakit ini.
Apa itu penyakit Gerd dan refluks senyap? Apa penyebabnya?
Penyakit Gerd atau gastroesophageal reflux adalah keadaan apabila isi perut iaitu makanan atau minuman yang diambil bayi tertolak semula ke saluran esofagus iaitu struktur seperti tiub yang menyambung mulut dengan perut.
Ia sekaligus akan menyebabkan bayi sedu, meludah atau muntah.
Keadaan ini selalu terjadi di kalangan bayi berumur setahun ke bawah di mana fungsi pencerut esofagus belum matang sepenuhnya. Kadang-kala, ia diburukkan lagi dengan pemberian susu lebih daripada apa yang bayi perlukan (terlampau banyak).
5 simptom refluks pada bayi - ibu bapa wajib peka!
Kebanyakan ibu bapa melaporkan bayi mereka selalu muak setiap kali selepas penyusuan dan ada ketikanya berlaku semasa menyusu. Hal ini sekaligus membuatkan ibu bapa lebih risau.
Muak atau muntah adalah normal bagi bayi, tapi hati-hati dengan simptom refluks senyap.
Refluks senyap adalah keadaan apabila isi kandungan perut keluar, contohnya bayi sudah menelan susu tapi ia mengalir keluar semula dari perut. Refluks senyap juga dikenali sebagai Laryngopharyngeal Reflux (LPR).
Berikut simptom yang boleh dialami bayi yang mengalami refluks senyap:
- Batuk kronik
- Penyakit nafas reaktif seperti asma
- Berhenti sejenak dalam pernafasan (apnea)
- Masalah berat badan
- Sering meludah dan muntah kembali makanan atau minuman yang dimakan
Kesan-kesan penyakit Gerd dan refluks senyap pada bayi
- Mengecilkan kawasan di bawah pita suara
- Masalah ulser
- Jangkitan telinga yang berulang
- Ada cecair di bahagian telinga tengah
Perlu atau tidak bayi dibawa berjumpa doktor?
Kredit : The jama network
Ya, bayi perlu dibawa berjumpa doktor supaya pakar dapat memastikan si kecil itu hanya mengalami masalah refluks fisiologi. Ciri-cirinya seperti berikut:
- Pertumbuhan fizikal seperti berat badan bayi masih normal.
- Kandungan muntah atau muak adalah sedikit tanpa mengandungi cecair hijau, kuning atau darah.
- Biasanya berlaku selepas penyusuan.
- Bayi kekal ceria dan aktif tanpa rasa lemah atau tidak bermaya.
Rawatan yang boleh diberikan pada bayi yang mengalami masalah refluks senyap
- Tinggikan sedikit kepala sewaktu penyusuan dalam 45 darjah.
- Kekalkan posisi sama lebih kurang 30 minit selepas menyusu.
- Doktor akan beri anggaran keperluan dan jumlah susu yang perlu diminum sehari sekiranya ia susu formula.
- Ibu dinasihatkan supaya tidak memberi terlampau banyak susu sewaktu penyusuan yang boleh menyebabkan overfeeding. Namun, jika bayi menyusu badan ia jarang berlaku kerana bayi akan melepaskan puting setelah kenyang.
- Elakkan pakai barut atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggang.
- Jika terlalu kerap muak, doktor akan memulakan rawatan ubat-ubatan bagi mengurangkan masalah ini.
Namun begitu, ibu bapa tak perlu bimbang kerana kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan pulih sepenuhnya apabila usia mereka mencecah satu tahun.
Tapi sebilangan kecil mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih.
Justeru, anda harus selalu berjumpa pakar pediatrik jika prihatin terhadap kesihatan bayi anda walau apa cara sekalipun.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : Baby YumYum
Sumber: My Health & Penulis asal Nalika. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Ingatkan Normal Anak Selalu Muntah Lepas Menyusu, Rupanya Ada Penyakit Kronik Stage 4!
Waspada, Ini 9 Ciri-Ciri Bayi Baru Lahir Batuk Disebabkan ASAP ROKOK!
11 sebab kenapa susu badan anda kurang - apa anda patut buat seterusnya?
Luka Bersalin Bernanah Teruk, Ibu Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!