TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Sedu Selepas Menyusu: Adakah Saya Perlu Risau?

5 min bacaan
Bayi Sedu Selepas Menyusu: Adakah Saya Perlu Risau?

Bayi sedu selepas menyusu merupakan perkara normal yang berlaku dan ia tidak memudaratkan jika berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

Bayi sedu selepas menyusu sememangnya normal terjadi, dan tidak menjadi masalah terutamanya ‘newborn‘. Ramai orang kata tampal kertas atau tisu di atas dahi dan tak lama selepas itu sedu akan hilang dengan sendirinya. Ibu-ibu pernah cuba tak cara ini? Mungkin pelik, tapi kadangkala menjadi juga ya.

Isi Kandungan

  • Kenapa Bayi Sedu?
  • Adakah Sedu Satu Masalah?
  • Apa Perlu Saya Lakukan Jika Bayi Tersedu?
  • Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mencegah Sedu?

Kenapa Bayi Sedu?

Ibu ayah pasti perasan bayi anda sering sedu dan mereka mungkin juga sedu ketika berada di dalam kandungan. Sedu merupakan tabiat pertama yang bakal dikembangkan oleh bayi anda.

Sedu juga sememangnya penting untuk perkembangan otak dan pernafasan bayi. Yang penting, bayi yang sedu sebenarnya adalah bayi yang sihat dan sedang membesar dengan sihat.

Adakah Sedu Satu Masalah?

Jawapannya, tidak. Ini kerana sedu adalah perkara normal dan tidak menyakitkan bayi anda. Untuk bayi yang baru lahir, sedu kebiasannya tanda mereka perlu didudukkan tegas semasa/selepas menyusu.

Manakala penyusuan pula perlu dilakukan dengan lebih perlahan serta mereka memerlukan tempoh untuk relaks sebelum/selepas menyusu.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sedu terlalu lama iaitu sehingga berjam-jam, ibu ayah disarankan untuk membawa bayi anda berjumpa dengan pakar secepat mungkin.

Apa Perlu Saya Lakukan Jika Bayi Tersedu?

1. Sendawakan Bayi 

Kadang-kadang, sedu terjadi ketika menghisap susu badan. Apabila ini berlaku, berhenti seketika susukan bayi dan sendawakan si kecil itu terlebih dahulu.

Dengan cara ini, ia dapat membantu hilangkan sedu bayi dengan cara meletakkan mereka dalam kedudukan menegak bagi membolehkan gas yang berlebihan dalam badan dilepaskan.

Tip:

  • Gosok belakang badan si kecil perlahan-lahan dari pinggang ke bahu ketika dia duduk menegak.
  • Sekiranya masih sedu, teruskan lagi dengan lembut.
  • Jangan lakukan sentuhan ini atas buaian atau kerusi bergoyang yang boleh menyebabkan bayi muntah dan mual. 

2. Selimutkan Bayi 

Jika langkah pertama tidak berjaya, ibu jangan cepat putus asa. Anda boleh mencuba cara selimutkan bayi. Ketika bayi menghisap hujung selimut ia bantu mengendurkan diafragma dan hentikan sedu. Ibu ayah boleh cuba cara hilangkan sedu bayi ini.

Tip: Jangan biarkan bayi menghisap benda lain seperti jari anda untuk melegakan sedu tapi gunakan selimut bersih.

3. Suapkan Bayi Gripe Water

Gripe water adalah sejenis air yang diperbuat daripada herba yang bantu menghilangkan colic dan ketidakselesaan usus.

Tip: Sebelum menyuap bayi dengan gripe water, baca dahulu kandungan yang terdapat dalam produk tersebut. Ada sesetengah produk ini meletakkan beberapa bahan perisa atau alkohol ke dalamnya. Jadi hati-hati pilih jenama yang sesuai untuk si kecil.

4. Mengalihkan Perhatian Bayi

Ada ketikanya, dengan membuat bayi tertawa dan bermain dapat membantu menghilangkan baby sedu.

Tip: Cari aktiviti yang boleh tenangkan si kecil.

5. Biarkan Sedu Berakhir Sendiri

Setelah buat semua tapi masih gagal, biarkan sedu itu berakhir sendiri kerana ia akan hilang dalam masa 10 minit. Namun, jika ia terlalu lama dan berlanjutan, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan doktor.

Tip: Jangan ganggu sedu bayi itu tapi cuba pantau seketika.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mencegah Sedu?

Jika bayi anda tersedu dalam tempoh yang lama juga tidak elok sebenarnya. Oleh itu, ibu ayah boleh cuba cara-cara ini untuk mengelakkan bayi sedu selepas menyusu.

1. Susukan Bayi Dua Kali Lebih Kerap

Para ibu disarankan untuk lambatkan penyusuan dan hentikan serta bawa bayi anda beralih daripada satu payudara kepada yang lain. Ini kerana, jika mereka terlalu kenyang, ia akan menyebabkan ‘hiccup’ pada bayi.

2. Hentikan Penyusuan Sebentar

Jikalau bayi anda diberikan susu formula pula, para ibu seeloknya hentikan sebentar penyusuan dan sendawakan mereka sebelum memulakan semula penyusuan beberapa minit kemudian.

3. Kurangkan Udara Yang Ditelan Oleh Bayi

Selain menyusu dengan terlalu banyak susu pada kadar masa yang cepat, bayi kebiasaannya menelan terlalu banyak udara semasa penyusuan dan perkara ini akan membuatkan perut mereka mengembang dan menyebabkan kontraksi otot diafragma di mana akan mencetuskan sedu.

4. Guna Teknik Latch-On Ketika Menyusukan Bayi

bayi sedu,cara hilangkan sedu bayi, baby sedu, hilangkan sedu bayi, cara hilangkan sedu, kenapa bayi sedu

Ibu-ibu, pastikan bibir bayi anda terbuka dengan lebar dan membentuk untuk mencakupi di sekitar aerola anda, dan bukan sekadar di bahagian puting. Kalau boleh, dengarkan bayi anda ketika dia sedang menyusu, tegukkan akan berbunyi dengan jelas sekiranya udara ditelan semasa menyusu dengan cepat.

Jika menyusukan menggunakan botol pula, condongkan botol ke sudut 45 darjah supaya udara boleh beralih ke bahagian bawah botol susu mereka.

Keadaan ini sememangnya tidak berbahaya dan langsung tidak mendatangkan apa-apa komplikasi kepada bayi anda. Jadi, ibu ayah di luar sana jangan terlalu overthink, okay?

  1. Health.clevelandclinic.org (March 26, 2021) Here’s What To Do When Your Baby Has The Hiccups. health.clevelandclinic.org/heres-what-to-do-when-your-baby-has-the-hiccups/
  2. Webmd.com (March, 9 2021) What To Do If Your Baby Has Hiccups. www.webmd.com/baby/what-to-do-if-your-baby-has-hiccups

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

Baca juga: Kedudukan Bayi Dalam Kandungan, Ini 7 Petanda Janin Dalam Keadaan Baik Atau Tidak

Baca juga: Air Ketuban Kurang Ketika Mengandung Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Sedu Selepas Menyusu: Adakah Saya Perlu Risau?
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham