TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Pantaulah Anak Bermain Gajet, Ada Yang Masuk Wad Sebab Berat Susut & Air Kencing Pekat

4 min bacaan
Ibu Pantaulah Anak Bermain Gajet, Ada Yang Masuk Wad Sebab Berat Susut & Air Kencing Pekat

Keburukan gajet boleh menyebabkan anak terlalu fokus pada skrin sehingga mereka sanggup menahan lapar, kencing dan buang air besar

Kehidupan norma baharu telah mengubah segala-galanya termasuklah aktiviti seharian anak-anak. Sistem penggiliran sekolah telah membuatkan mereka memiliki banyak masa bermain telefon atau menonton televisyen di rumah. Justeru adalah penting anda mengetahui banyak keburukan gajet terhadap kesihatan jangka panjang mereka.

Tidak dinafikan hampir setiap kanak-kanak, malah yang masih bayi pada zaman kini sudah pun diberikan satu telefon. Bagi sesetengah ibu ayah, anda mungkin menganggapnya sebagai ‘senjata’ dalam mengawal tingkah laku mereka sama ada di rumah ataupun luar rumah.

Keburukan gajet, anak masuk wad disebabkan oleh rutin harian yang tidak sihat

Menurut perkongsian oleh salah seorang pengguna di Facebook, Hairi Mohd Ramli, dia meluahkan rasa bimbang melihatkan keadaan kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam wad hospital.

kesan anak bermain gajet

gambar sekadar hiasan. Kredit foto: daus redscarz

Saya jadi risau, sebab kanak-kanak yang masuk ward, bila periksa darah nampak kering sangat.

Bila buang air besar pun keras, padahal masuk wad bukan sebab ciri ke atau denggi ke

Masuk wad sebab jatuh..

Tanya punya tanya, rupanya sejak duduk dekat rumah ni, anak kurang minum dan kurang makan. Sebab setiap hari masa banyak dihabiskan dengan gajet.

Saya tahu ramai dah rasa malas nak dengar. Bebel tentang keburukan gajet lagi.

Apa kami perasan, rutin pesakit kanak-kanak ni kat rumah.

Bangun 8 pagi, mereka akan sarapan. Kemudian main games atau tengok youtube sampailah waktu petang. 8.30pagi hingga 5 petang (ada sampai malam pun gajet lagi)!

Tak rasa lapar masa lunch, tak rasa nak kencing atau mungkin tahan kencing dan tahan buang air besar.

Masuk wad, berat susut. Kencing pekat, result darah kering.

Nampak lesu tak bertenaga. Mata merah dan sakit kepala.

Di wad kami akan pantau makan dan minum mereka. Kami juga larang penggunaan gajet yang berlebihan.

Terus dia berubah ceria, cergas dan bertenaga. Hydration pun bagus.

Kesan gajet yang digunakan berterusan boleh dilihat dalam tempoh 20 tahun lagi

Kalau dibiarkan generasi ini dengan bermain gajet sahaja, tidak mustahil 20 tahun lagi bentuk tubuh mereka boleh jadi macam gambar tu.

Gambaran di bawah adalah gambaran mereka yang menghabiskan 6 jam SEMINGGU untuk online.

Mereka beri nama patung tu ‘Micheal”. Ini lakaran worse case scenario mungkin. Lakaran masa depan. Tapi macam kes atas tu lima jam sehari.

anak ketagihan gajet

Bayangkan 5jam x 7hari= 35jam seminggu. Lagi dahsyat..

Jika dibiarkan saja kanak-kanak dengan gajet, ada logiknya akan terjadi seperti gambar Micheal tu. Sebab anak banyak habiskan masa online atau bermain gajet akan:

  • Kurang tidur
  • Kurang vitamin D
  • Postur badan tak elok sebab duk tunduk menghadap games
  • Tubuh tidak cukup zat
  • Atau terlebih mengunyah sampai obesiti
  • Kurang aktiviti fizikal

Jadi ibu ayah, kita intai-intai ya anak-anak di rumah. Tak tahu nak cakap macam mana dah.

Keburukan gajet terhadap anak dalam jangka panjang 

Menurut Penyarah Kanan Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nellie Ismail berkata, ibu ayah hendaklah berilmu dalam merangsang perkembangan anak dari segi kognitif dan tingkah laku dengan cara mampu memberikan kesan positif untuk jangka panjang.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Kekerapan menggunakan gajet sehingga terlebih masa berupaya menjejaskan fungsi otak kanak-kanak dan perkembangan kognitif mereka.

kesan gajet terhadap anak

credit to sources

”Pertuturan anak menjadi lemah kerana mereka kurang berinteraksi dengan ahli keluarga sendiri. Ini sekaligus menjejaskan perkembangan sosial kanak-kanak, menyebabkan mereka tidak pandai bergaul dan berinteraksi dengan orang sekeliling.” katanya.

Masalah yang paling ramai dialami oleh anak-anak ketagihan gajet ini adalah rabun. Ia berlaku kerana ibu ayah membiarkan anak mereka terdedah dengan waktu skrin dalam tempoh lama.

”Anak kecil ini turut berisiko mengalami masalah obesiti memandangkan mereka kurang bergerak dan badan tidak mengeluarkan peluh. Ketika bermain gajet, ada sesetengah anak akan membaringkan badan sambil tidak berhenti mengunyah makanan.” jelasnya.

Sumber: Hairi Mohd Ramli, Harian Metro

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Biarkan Bayi Duduk Posisi Bahaya Ini Ketika Main Telefon, Ibu Ayah Sila Pantau!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ibu Pantaulah Anak Bermain Gajet, Ada Yang Masuk Wad Sebab Berat Susut & Air Kencing Pekat
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham